Hari ini kertas terakhir dalam calendar peperiksaan UIA. Biology II, subjek kegemaran saya. Sungguh, saya sangat shukee subjek ni. Dan subjek ni banyak bantu saya increase my pointer. Alhamdulillahh. Ada minat semua jadi. Ada cinta ramai yg merana. J
Start the day dengan meeting. Mungkin ini meeting terakhir untuk semester ni. Eh, memang terakhirlah! Kemudian, mengambil sedikit masa bertemu Ustaz Muhadir. Sape tau kalau tak ambil shortsem, tak dapat dah nak jumpa Al Fadhil Ustaz. Lama juga berjumpa Ustaz. Alhamdulillah. J
Semalam ada majlis Maulid. Oo. Memang saya shukee Qasidah ni. Selalu berlatih kat bilik, siap ada rakaman lagi. Qasidah best, kalau baca maksudnya lagi-lagi la best. mengalir air mata tanda cinta ummat pada Allah dan Nabi.
Kemudian, makan chicken chop. Oo. Sungguh mengidam sejak semalam lagi. Kadang-kadang kita kena raikan diri sendiri. ini namanya, masa untuk manjakan diri. Hilanglah segala tensi. J
Sayu pulak bila jumpa sahabat-sahabat yg bakal ke Gombak. Susah dah nak jumpa lepas ni. Sedih? Tidak juga. Tapi terkilan kerana tidak mampu menjadi sahabat yang baik sewaktu kita bersama. Maafkan saya sahabat.
Alhamdulillah. Semua orang dah habis exam, semua orang mula kosongkan bilik dan macam-macam aktiviti 'pelik' yang menarik. J
Menemani seorang sahabat ke pejabat pos di Jaya One. Kemudian, pulangnya ke sini, ditemani butir-butir hujan yang membahagiakan. (bukan air mata, ni betol-betol hujan). Bukan main lebat. Angin pula bertiup kencang, habis jatuh bangku padang yang baru tuh. J hebat. Itu baru sikit Allah buat. Belum kiamat lagi. Best mandi hujan;antara aktiviti favaurite ni.
Sampai di UIA, ramainya orang kat lobi. Stuck rupanya. Takpe-takpe. Hujan berhenti nanti entum keluarlah balik beramai-ramai. Jangan redah hujan tu, lebat sangat. J
Entah apa saya merepek. Saya pun tatau. Mata dah kuyu, minta dipejamkan.
rindu berpencak. :) |
Alhamdulillah, bilik dah kosong sekosong-kosongnya. Tengahari tadi abang ipar datang ambil barang. Mulanya dia nak datang malam, tapi tak jadi. Dijanjikan nak datang lepas Subuh esoknya. Tapi tunggu-tunggu, tak datang jugak. Sebak hamba menunggu. Terpaksa angkat printer kehulur-kehilir, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Nak tinggai kat situ kang dikebas orang pulak. Air mineral HPA pun ada orang kebas, ni kalau letak printer kat situ. Maka, kebetulan Ibu menelefon. Saya ceritakan masalah saya yang menunggu abang ipar dari semalam. Terpaksa pula menganggkat printer dengan tangan yang minta direhatkan. Kemudian, ibu menelefon kembali, kata Ibu, "Ba kata letak je printer tu kat bawah, tawakkal kat Allah. Takpe kalau hilang Ba beli lain. Insya Allah takde orang ambek. Kakak jangan angkat barang berat-berat. Sakit tangan tu nanti. Tinggal je Ba kata.."
i miss u all keluargaku. terima kasih kerana menyayangiku. :) |
Sungguh, hati ini terlalu bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang sungguh menyayangiku. Pasti semua orang begitu. Mempunyai sebuah keluarga yang menyayangi. Bahagia bukan? Kerana itu yang halal dan mendapat keberkatan. Sehingga membuatkan aku takut berpaling dari Tuhan, bimbang kasih sayang mereka hilang dari pandangan. Kenapa? Kerana bukankah kasih sayang itu dari Tuhan? Maka, kedapa siapa lagi harus aku panjatkan kesyukuran? Dan bukti kesyukuran itu adalah ketaatan. Tuhan, terima kasih atas segalanya.
Beberapa hari might be offline.
Nak balik Johor. Janji abang nak bawak jalan PD. Pergi Teluk Kemang. Pergi Sirusa. Whoa. Best. best.
J
Enjoy your life and make it worth for akhirah. J
Nak enjoy-enjoy juga, amalan jangan lupe. J
No comments:
Post a Comment