Alhamdulillah. Segala kesyukuran kepada Allah selayaknya dipanjatkan. Syukur untuk 22 Feb yang menjadi saksi sebuah larian Berjaya ditamatkan. Bukan sedikit, ramai yang menamatkan larian hari ini. Ada yang termengah-mengah. Ada yang sempoi. Ada yang bahagia semacam.
Pelbagai wajah. 1001 wajah mampu dilihat dari riak mereka. Sungguh, kegembiraan penamatkan sebuat larian, memang bermakna.
Begitulah berserinya wajah ini dulu sewaktu penamatkan pelarian di DQ.
Dan teringin untuk ulang ayat yang sama seperti pernah diulang dulu,
"larian ini tamat, tapi perjalanan baru ingin bermula. Larian di sini tamat. Tapi bukan noktah pada segalanya. Larian hari ini tamat. Tapi satu kehidupan baru yang lebih mencabar bakal bermula."
Lipatkanlah lengan bajumu dan bersiap-siaga untuk naik ke tingkat hidup yang lebih mencabar. Ya. Tentu lebih mencabar. J
Usah berpangku lengan dan berpuas hati dengan usaha yang dilakukan hari ini. Tapi semailah satu ruh untuk menjadi lebih baik apabila melangkah satu langkah lagi kehadapan.
Kepala rasa ringan. Tidak ada apa yang memberatkan. Cuma sedikit sedih. Meninggalkan UIA serta kenangan yang ada padanya.
Sama. Sama keadaannya seperti meninggalkan DQ serta segala kenangan indah padanya. J Tragis dan sedih.
Dulu, sewaktu meninggalkan DQ untuk ke UIA, memang dah rasa mesti jarang untuk kembali semula ke DQ. Jarak PJ ke DQ bukan dekat. Hampir 3 jam. Boleh nak pergi, tapi perlu pada masa yang khusus. Insya allah, cuti ni mahu ke DQ. J Moga Allah mudahkan.
Dan sekali lagi sejarah berulang. meninggalkan PJ untuk ke Kuantan. Jarak Kuantan dan PJ juga hamper 3 jam. Tentu jarang dapat melawat PJ seperti yang berlaku pada senior yang sudah di Kuantan. Begitulah bakal berlaku kepada kami.
Terasa dewasa pula. Lepas ni kalau ada orang tanya Ibu,
"Anak yang nombor 6 tu belajar kat mana sekarang?"
"Ha, dah dok UIA Kuantan dah…"
Ehhee.. Macam besar dah rasa. J
Kalau dulu selalu rasa budak-budak kecik bila Ibu sebut, "Dok matrik lagi.."
Status bakal berubah kepada seorang Mahasiswa yang betol-betol Mahasiswa.
Lepas satu-satu status berubah.
Status Hamalatul Quran. Status Mahasiswa.
Moga-moga setiap perubahan status itu ada kesan pada empunyanya.
Jiwa yang kuat serta tabah tertarbiyyah dengan hidup yang dilalui. Bukan mudah menjadi seperti hari ini. Maka, biar bermakna mewarnai hari-hari yang dilalui.
Mungkinkah semangat yang berkobar-kobar ini bakal mundur selepas cuti hamper 7 bulan? Wallahu a'lam. Harap-harap TIDAK!
Larian ini tamat pada zahirnya. Tapi pada batinnya, insan ini baru mula mahu melangkah ke alam yang betul-betul mencabar.
Mencari status diri yang lebih baik. J
Langkah demi langkah diatur indah.
Moga kekal pengakhirannya juga cantik.
Moga kelak penamat hakikinya yakni mati juga molek.
Allah, padaMu kami serahkan hidup ini. Maka aturlah hidup ini dengan seni yang paling hebat. J
Kelak tercatat sejarah dengan keindahan seni hidup seorang hamba yang menarik.
Mari mencipta sejarah. J Sejarah yang baek dan menarik.
[mood : selepas menghadap paper chemistry yang boleh tahan mencabarnya]
Tinta budak habis exam,
husnakamarudin
No comments:
Post a Comment