♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, February 21, 2011

Mencari kejayaan.


Berjalan di jalan yang berbatu, tak takut jatuh atau tersungkur, kerana matlamat besar di hadapan seolah melambai tangan mengajakku kehadapan.

Itulah perumpamaannya dengan sebuah kejayaan.

Meski susah dan ada potensi untuk terjatuh, tapi dengan cita-cita yang menggunung tinggi sedang menggamit jiwa seolah memanggilku untuk mendatanginya.

Allah.

Kejayaan itu milikMu.

Dan tak mungkin aku miliki melainkan dengan izinMu.

Mudahkan urusanku dan luaskan rezekiku.




Ya Allah anugerahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan selawat keatasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga Ya Allah ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. [terjemahan selawat tafrijiyyah]

Mari doa ramai-ramai. Allah sayang hamba yang bergantung harap padaNya.
Senyum seindah suria. J

hamba yg lemah,
husna..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.