♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 08, 2011

Menjadi kaki buku.


Sekembali ke UIA, melangkah kaki masuk ke gate of garden knowledge and virtue, harapan saya, mahu menjadi kaki buku untuk tiga minggu yang bersisa. Menjadi kaki buku dengan harapan kejayaan yang ditempa memberi kebaekan untuk Islam, dunia serta isinya lantas membawa kejatuhcintaan pada akhirat yang berganda-ganda. Ameen…

Lama dah tak update. Bukan takde connection internet. Kat rumah ada wireless. Selalu juga online. Bukak FB, tengok perkembangan mereka, bukak blog-blog yang sudah mula diupdate oleh empunya-empunyanya,menjenguk email dan sebagainya. Tapi bila buka blog sendiri, takde mood pulak nak update. J

Cuti yang menarik. Memang menarik. Panjang kisah yang boleh dirungkaikan. Bahagia. +_____+

Paling menarik, melihat perkembangan anak saudara-anak saudara yang semakin membesar. Menarik juga, meluangkan masa bersama semua adik-beradik. Berbincang itu dan ini. J

Lantas terlupa EAP term paper kena submit hari Selasa. L Bila bukak laptop, Ali datang kacau. Bila bukak hardcopy term paper, Naim datang nak makan kertas. Bila bagi kertas lain, tanak pulak dia makan. Kertas EAP Cikna jugak yang dia nak makan. Sampai hati Naim, Cikna tahulah kertas EAP Cikna banyak salah. Jangan sampai Naim nak makan. J Sabar sajelah….

Memandang langit di kampong, tidak sama perasaannya memandang langit di PJ. Memandang langit di PJ, berat dan rimbun dengan tugasan-tugasan yang belum selesai dan perlu diselesaikan. Memandang langit di PJ, penuh dengan penyelesan yang tidak ada tolak tandingannya serta tanggungjawab yang tidak sempurna. Memandang langit di kampong, penuh dengan harapan dan sinar bahagia. Memandang langit di kampong, penuh dengan semangat dan cita-cita mulia. Beda… memang beda. J

kelas Chemistry 9 pagi di hari Selasa. =)


Kembali semula, [selasa]. Dah skip kelas hari Isnin. Bijak. Bijak. Bijak anak Ibu. J Bukan sengaja. Dah tempah tiket dengan Perdana. Tapi bas Perdana pula batal. Sabar sajalah. J

Detik-detik terakhir sebagai seorang mahasiswi di CFS. (erk,sekali kena amek shortsem,tak jadi la terakhirnya.)

Moga Allah melapangkan dada hambaNya yang mencari keredhaanNya.

Kasih. Kasih Allah. Kerjakan suruhanNya. Tinggalkan larangannya.

Kasih. Kasih Nabi. Jangan lupa banyakkan selawat padanya. Tanda ingatan Ummat terhadap Baginda. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

caliph said...

bagus bagus. inilah adik paling bagus yg dengar nasihat abg.

study2 jugak, ibadah jgn lupe. quran, solat taubat,dhuha,tahajjud.

ngaji sungguh..pahtu baru pk benda lain deh.

k.a.k.a.k said...

dia nak sedapkan hati sep kito jah ni..kea?

husnataqwa said...

yg bekerja, sila pergi bekerja. yang bercuti,sila kemas rumah sampai berkilau. jangan kaco blog orang. =)

yolah be, nok ngaji sungguh doh ni. jange rusim.

mc kak- i know what u did last holiday~ :P

mohon doa dari kalian. :))

k.a.k.a.k said...

doa kami penuh kasih sayang. :P

Anonymous said...

slmt kembali =)
nk jd ulat buku gak.. doakan saya.
bersama brjuang!!

Anonymous said...

langit di PJ ada yang isitmewanya,kan?
langit di PJ walau berat dan menyesakkan nafas, tapi penuh hikmah di sepanjang perjalanan.

jangan risau.. usaha selagi ada masa.

selamat study kuat-kuat. hebat-hebat. suke2

husnataqwa said...

kakak - i know u are. :)

syara - jom syarah. study baekbaek.

anonymous - syukran... betol la tu... berat macamana sekalipun langit di PJ ni, tetap ade buah yang manis, tetap ada yang isitmewa menemani. mmg manis dan istimewa. maka,senyumlah tatkala memandang langit biru PJ yang memberat itu. moga kelak langit PJ dirindui dari kuantan kelak. :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.