♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 08, 2011

Final touch for EAP.


Bila orang tanya apa tajuk EAP, mesti saya malu-malu nak jawab.

Ahha. Klo orang laen hebat mengkaji berkenaan migraine, methadone, psoriasis, ADHD dan macam-macam yang pelik-pelik. Tapi saya cume memilih tajuk yang cukup simple. Bila kakak tanya tajuk saya, dan saya menjawab, kakak kata saya pemalas. Tajuk yang senang dan remeh.

Classmate saya tentu tahu apa tajuk EAP saya. Takkesah la orang nak buat muka ke nak gelak ke nak kata saya pemalas ke. Takkesah. Memang takesah.

Apa yang penting saya dah melepasi semua ujian dengan tajuk ini tanpa apa-apa cemuhan dari Madam. Malah,kali pertama saya bagi tajuk pada Madam, Madam puji. J

Tajuk ni saya dapat ilham sewaktu berborak-borak dengan Siti Zakirah, one of my bestfriend, waktu dalam bas perjalanan pulang ke Kelantan. Dan Alhamdulillah. Tajuk ni saya mampu bawa sampai ke hari ini, dan esok will be submitted. Insya Allah. Pray for me. J

Kenapa memilih tajuk,

"NAPPING IS THE BEST FORM OF RESTING"?

Sebab saya suka tido tengahari? Bole tahan la. J

Yang penting sebab banyak research yang mengatakan tidur tengahari ni bagos. Yang lagi penting, qailulah tu sunnah Nabi kita. J

Lantas saya memilih tajuk itu dan saya cukup kagum, bermakna dan hebatnya kesan qailulah iaitu tidur siang pada manusia. Memang hebat. Erk, nak tahu apa hebatnya? Kena tunggu saya siap touch up saya punya tesis dulu lah ye.

erk,kantoi, tungkus lumus buat EAP ke update blog ni? two in one. twinning program. :)

Sedang bertungkus lumus menyiapkan EAP sehingga terlupa malam ni ada kuiz Chemistry. Erk, memang tak baca lagi. Apa nak jadi…..

Apapun, kepada classmate EAP yang digemari,

Aina Fauzi, Bahiah Shakiman, Qurrotu Aini Sanusi, Musyirah Amaran, Liyana Arsani, Hani Nabilah Suhaimi, Khadijah Abbas, Fathy Nabila Najla, Fathiah Radzi, terima kasih sebab sudi menjadi teman sekelas yang baek untuk saya. Memberi tunjuk ajar bila saya tadatang kelas dan selalu layan saya bila saya boring dalam kelas. Tahniah! J

[mesti terkejut semua DQ kan classmate saya. Banin pun semua DQ. Memang kelas banin banat je lah ni. Patutlah tsiqah. :P)

Doakan saya. Terbaek. J


p/s:because of this thesis, saya suka tido siang. kadang-kadnag rasa nak suarakan kepada UIA, buat waktu kelas start 7 pagi hingga 12 tengahari. supaya waktu rehat bermula jam 12-2petang. 2jam sempat untuk solat, makan dan qailulah. :) tapi angan-angan sajalah.....

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.