♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, February 23, 2011

Menyahut seruan KHAIRA UMMAH.


Satu persoalan yang dilontarkan di Formspring.

Saya tertarik dengan soalan tersebut. "bagaimana kalau ada yg berfikiran cukup saja menjadi orang yg biasa2..(sebab saya sdg berperasaan sebegitu sekarang ini..) sbb sy mmg x punya apa2.. salahkah sy jika berfikiran seperti itu? memohon pandangan..."

Alhamdulillah. Soalan yang Berjaya membuat saya berfikir kembali. Kenapa kita berkejar-kejar untuk mencari kualiti diri? Apakah kerana duniawi? Bagaimana pula sisi pandangan Allah?

Membaca soalan ini, ayat Al Quran bermain-main di kepala. Surah Ali Imran ayat 110. Sungguh, tidak ada soalan yang tidak punya jawapan dari Kalam Allah itu. Cuma kita yang tak jumpa jawapan itu.


110. Kalian adalah umat terbaik yang diutus untuk manusia. Kalian menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahlul Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Menyahut seruan Khaira Ummah. Be part of it!


Dalam ayat ini Allah menggunakan gelaran yang sungguh hebat buat kita. Ibnu Kathir dan Muhammad Ali Ashshobuni berpendapat bahawa perkataan "KALIAN" itu membawa maksud UMMAT MUHAMMAD. Sapa lagi kalau bukan kita yang termasuk sebagai UMMAT MUHAMMAD. Menjadi ummat yang terbaik, pasti memberi satu indicator mudah untuk kita menjadi manusia yang sentiasa memperbaiki diri kearah kebaekan. Di samping itu, menjadi indicator juga untuk kita mempertingkatkan kualiti diri. Sebab tu persoalan untuk menjadi orang yang biasa-biasa, tidak patut ada dalam diri kita, kerana mahu atau tidak, kita sudah menjadi ummat yang terbaek. Nak tak nak, kita mesti berusaha mempertingkatkan kualiti diri.

Pernah mengetahui satu hadis berbunyi, "Aku diberi sesuatu yang tidak diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku." Kata Rasulullah. Apakah itu? Antaranya adalah "Ju;ilat Ummatiy khairul umami" yang bermaksud, dijadikan ummatku adalah ummat yang terbaek. Subhanallah. Sebagai ummat Muhammad, membacanya saja menjadikan hati ini bersemangat untuk meningkatkan prestasi diri.

Semua orang tidak bermula dengan kehebatan. Permulaan kita sama. Lahir sebagai seorang manusia yang bodoh dan tidak punya apa-apa. Apa yang membezakan antara manusia, tentunya pengalaman hidup dan perjalanan yang dilaluinya. Atau nak kata senang, tarbiyyah hidup seseorang. Carilah pengalaman dan tarbiyyah yang boleh mematangkan kita. Yang boleh memberi kita ilmu yang tidak kita dapat di dalam bilik darjah. Yang penting, menuntut ilmu sufi haraki juga tidak boleh ditinggalkan. Menjadi orang yang hebat, tidak dari satu cabang saja. Mesti hebat dari cabang yang pelbagai. Baru sesuai dengan erti kata HEBAT itu sendiri. bukan begitu?

Selain itu, sabda Nabi juga yang berbunyi, "Khairunnaas, anfa'uhum linnaas.."

Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain.



Ayat ini jelas menunjukkan satu pujian terhormatdari Baginda untuk ummat baginda. Bagaimana mahu menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain seandainya kita tidak punya apa-apa yang boleh dimanfaatkan? Maka, untuk merealisasikan ayat ini, kita perlu menjadi manusia yang berkualiti tinggi. Supaya kelak, kita boleh bermanfaat kepada orang lain. Bagaimana kita yang biasa-biasa mahu memanfaati orang lain? Maka, disini perlunya kualiti-kualiti yang baik. Sebab tu, kita mesti usaha jadi ummat yang terbaek sekaligus memberi manfaat pada orang lain.



Kadang-kadang saya mengeluh pada Ibu, bila terlalu banyak taklifat dan gangguan kesihatan yang kadang-kadang tak menentu. Ibu menguatkan saya dengan hadis ini. "Bermanfaat kepada orang lain itu sebaik-baik manusia.." Kata Ibu. Ayat ini selalu membuat saya bangkit semangat. Saya mesti jadi sebaik-baik manusia. Saya mahu menyahut seruan KHAIRA UMMAH. Tapi saya tidak mahu bangkit sorang-sorang, saya mahu ramai-ramai! Ya, itu dia, RAMAI-RAMAI.

Tengok semula tafsir surah Ali Imran ayat 110 diatas. Selepas "Kalian adalah ummat terbaek yang diutus untuk manusia", frasa yang seterusnya berbunyi, "Kalian menyuruh kepada maaruf dan mencegah dari mungkar". Maka, bagaimana proses amar maaruf nahi mungkar ini dijalankan seandainya kita benar-benar tidak ada kualiti yang baek? Tentu proses amar maaruf nahi mungkar tidak dapat dijalankan bukan? Tanpa proses penambahbaikan pada diri, tentu kita tak mampu untuk menjalankan amanah besar yang Allah beri, iaitu Amaar Maaruf dan tak boleh lupa, Nahi Mungkar. "ISLAH NAFSAK, WAD'U GHAIRAK" Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain. Frasa ini juga menunjukkan bahawa kita perlu memperbaiki diri sendiri. tentu disini, kita tak boleh menjadi yang biasa-biasa.



Mengapa kita mengelak daripada di taklifkan menjadi hamba yang terbaek sedangkan kita sudah memperoleh title tersebut.



Usah risau. Kualiti diri adalah sesuatu yang subjektif. Ramai orang mengatakan "saya tak punya apa-apa" sedangkan Allah memberinya banyak peluang untuk punya segala-gala. Percaya atau tidak, kualiti adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang yang hebat dalam menulis. Ada yang hebat merancang. Hebat bercakap. Dan macam-macam kebolehan. Jangan memaksa diri untuk menjadi orang lain. Tapi jadilah diri sendiri dan carilah kelebihan diri sendiri untuk diperkualitikan. Kelak tentu kita hebat dengan cara kita sendiri. itu tentu lebih baek. Kenal pasti kelebihan diri dan jadikan kelebihan itu satu wadah untuk kita menyahut seruan KHAIRA UMMAH.



" Apakah manusia itu mengira bahwa dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa mempertanggung jawabkan apa yang telah diperbuatnya?"



surah At-Thur ayat 21 yang bermaksud : ' Setiap orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dikerjakannya '

jadi mengapa menolak seruan KHAIRA UMMAH? Tidak ada alasan untuk menolaknya.

Mari mempertingkat kualiti diri. Insya Allah, kejayaan yang besar bagi orang –orang yang bertaqwa.

102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kalian rnati kecuali dalam keadaan muslim. [Ali Imran]

Mari menyahut seruan Khaira Ummah.



[maaf pada setiap kesilapan yang pernah dilakukan]



Bakal pendakwah muda,

Husnataqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

bakal pendakwah muda... insya allah.. sinar dunia..

Anonymous said...

Syukran kpd saudari.. :)
insyaAllah boleh menjadi pembangkit semangat.

"jadilah diri sendiri dan carilah kelebihan diri sendiri untuk diperkualitikan...Kenal pasti kelebihan diri..."

itu perkara yang paling sukar yang saya alami sepanjang saya hidup. 'ala kulli hal, syukran alhamdulillah. doakan saya jadi orang yang bermanfaat juga.

saya ini miskin jiwa daie. saya perlu mencari jiwa yang hidup. doakan kekuatan buat saya, buat anda, dan umat Islam keseluruhan. moga hidup anda diberkati Allah. syukran buat saudari.

husnataqwa said...

Cik Anonymous;
la syukran 'ala wajib..

man qalaa LA ILAHA ILLA ALLA wa hua da'ie..

sesiapa yg mengatakan 'tiada tuhan melainkan ALLAH' adalah daie.

mari mencari jiwa daie.
itu perlu,bukan pilihan. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.