♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, February 19, 2011

Nak tengok movie…


"Abang. Heh. Apesal abg tak bagi saya letak movie dalam laptop?"

"Budak kecik mana boleh tengok-tengok movie. Bahaya."

"Kawan kata, bukan sume movie teruk. Ada je movie Jepun yang banyak pengajaran. Story pasal family. Story pasal penyiasatan. Sal abg tak bagi sangat? Bukan budak kecik dah. Dah besar."

"Hem.. memang la.. Ada movie yang bagus-bagus. Kenapa tibe-tibe ni? Nak tengok movie ape? Exam dah habis ke?"

"Dah tu kenapa abang tak bagi saya tengok movie yang bagus-bagus? Takdelah. Saya segan la kat kawan-kawan. Saya asyik tengok movie yang same je. Satu tu je yang ada dalam laptop saya. Yang abang kasi tu je lah yang ada. Kawan-kawan saya macam-macam movie diorang tengok. Saya nak dewasa jugak."

"Dewasa tu dengan tengok movie ke?"

"Alah. Nape la payah sangat. Bukan orang mintak apa pun. Yang abg tak bagi sangat tu kenapa?"

"Fikirlah sendiri. katanya dah dewasa."

"Grrr… Cepat la cakap. Serius orang nak tahu kenapa abang tak suke sangat saya tengok movie. Bagi la saya movie yang sesuai untuk tontonan umum. Tayah bagi cite yang pelik-pelik. Kawan saya kata ada je movie yang bagus-bagus tapi takde pelik-pelik."



"Wonder. Kenapa tibe-tibe adik jadi macam ni. Sapa kata abang tak bagi tengok movie sebab ada benda pelik-pelik? Sebab 18SX? Sapa kata sebab tu? Pernah abang kata?"

"Dulu orang tanya apehal abang kata sebab saya kecik lagi."

"Kalau setakat benda pelik-pelik tu, abang tahu kamu dah reti nak jaga diri. Yang abang tak bagi kamu isi tangki hard disk kamu dengan movie tu sebab abang tak nak kamu lagha. Asyik tengok movie. Abang tahu lah. Kita sama-sama pernah dewasa dik.. Abang dah lalui time line yang kamu tengah lalui. Abang tak nak whole day kamu habiskan dengan laptop untuk movie. Banyak lagi kerja lain yang kamu boleh buat.."

"Hem… ye ke. Sayangnya abang kat saya."

"Kamu ingat abang tak kenal sapa kamu? Sayang la. Abang tak nak adik abang dok buang masa, lagha, pastu jadi bengong kepala otak sebab otak dah jadi otak movie. Abang rela adik abang otak program dari ojadi otak movie. Sekarang ada faham? Ada nak marah lagi? Nak movie ke?Nasib abang tak block FB kamu je.."

"Tanak.. Tanak. Serius terkedu. Thanks abang sebab jaga saya sampai macam tu. L"

"I should do better. Bukan tak kesian tengok adik abang asyik out of date dengan benda macam tu. Kasihan. Sebab memang abang tahu kawan-kawan kamu mesti tengok movie lah. Pastu kamu jadi bengong. Lebih baik macam tu. Tapi kan abang bagi can kat kamu bile kamu cuti. Kan abang bagi hard disk abang kalau kamu balik kampong? Tu bonus lah. Abang tak de nak penjarakan kamu.."

"Wah. Terharunya i. Tak sangka sangat.. Selama ni saya selalu memberontak bila selalu out of date bila kawan-kawan cakap pasal movie. Now I know. Thanks sangat bang sebab bagi jawapan yang.. buat saya senyap."

"Kalau abang tak jaga kamu, nanti kamu cari orang lain pulak suruh jaga kamu. Kang dosa free pulak abang dapat… Ok lah. Abang ada presentation esok. Adios."

"J Present molek-molek. Hanya Allah mampu balas usaha abang didik adik abang. Take care dear.."

"Hah! Study molek. Amigooos….!"



Perbualan YM tamat disitu. Dengan linangan air mata. (Ceyt, jiwang pulak tiba-tiba)

Memang jiwa muda saya pernah memberontak. Kini saya faham kenapa setiap kali saya simpan movie dalam laptop, mesti abang delete. Dia tak cakap banyak, dia delete je. Dan dia tinggal satu saja movie dalam laptop saya. Yukan Club. Dia nak delete, tapi saya merayu. Akhirnya tidak di'delete'. Dia tak pernah kata apa-apa kenapa saya tidak dibenarkan menonton movie. Dan malam ni dia reveal semuanya. Mana tak terharu beb. J

Dan betul lah. Saya tak pernah perasan, setiap kali saya balik bercuti, beliau mesti pulang ke rumah dengan hard disk nya. Rupanya nak bagi can. J tak pernah faham. Game yang diinstal dalam laptop saya pula, game yang menguji minda berkaitan fizik. Huh, penat main tak lepas-lepas. Akhirnya boring. J



Renungan--

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.(surah Furqan Ayat 72)

Pengajaran ayat yang berwarna merah : Susah untuk kita lari dari perkara yang sia-sia, sebagai contoh, menonton movie, berborak, lepak dan sebagainya. Disini Allah memuji orang yang apabila dia bertemu dengan sesuatu yang sia-sia, maka dia meninggalkan perkara sia-sia itu. J

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (Surah Furqan Ayat 73)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Furqan Ayat 74)

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(Surah Furqan Ayat 75)



Lihat bagaimana Allah membalas dengan syurga bagi golongan hambaNya yang dinyatakan sifatnya dalam ayat 72-74.

Maka, mari kejar berusaha menjadi manusia yang berguna. J

Saling peringatkan antara kita.

Jika lepas ni saya lupa, ingatkan saya. J


 
Hamba Allah yang sering lupa,
Dhaifatul Husna.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

caliph said...

woi tak aci lah banyak skip!!

nurulhusna said...

ehem2.. ni blog saya. =)

zati said...

game ape yg ade fizik2 tu? nakkkkkk....

nurulhusna said...

best zati. crayon fizik. tapi kite tak pandai maen la. canne nak bagi eh.. nanti kite tanya abang kite gane nak bagi. klo boleh bagi emel ke. :)

zati said...

hntar kt ym ke...hehe...slame ni asek maen zombi ngn farm frenzy je...huhu

nurulhusna said...

haha. zombi sampai sekarang berhajat nak maen tapi takdapat2.. kena tunggu cuti la nampakny.
ehheekk, tak tanya lagi abang. kita tatau nak cari sebab hari tu dia yg install. sabaq naaa

caliph said...

search je dik. copy sume file die n send.

nurulhusna said...

ehhee. thanks bang. dah jumpe.
zati, nati bagi la emel. nati kite send. klo ym cam lambat sket. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.