♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, February 20, 2011

Tidak seindah pelangi.


Sebagai seorang hamba yang memang suka mencari kesempurnaan, sehingga kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.




Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim Ayat 7)
Kembara seorang hamba mencari cinta Ilahi, jangan disangka hidup mendaki syurga itu terlalu mudah. Sehingga apabila diberi ujian, menangis tak berlagu. Siapakah kita menafikan ujian yang Dia beri?

[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Ayat Surah Al Baqarah ayat yang ke 24 ini selalu say abaca. Terlalu-lalu suka dengan quote, PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT. J Tapi kadang-kadang sebagai hamba kita lupa pada Allah sehingga kita bersandar pada makhluk. J

Mesti penat korang baca luahan hati orang yang sedang kecewa seperti saya. Kecewa. Allah tidak memilih saya bersama untuk bersama mereka ke Forum Maulidur Rasul di Taman Samudera Batu Caves. Mungkin ada dosa atau niat yang tidak bersih untuk ke sana? Ighfirli Ya Rabbil 'Alamin.. Semangat sungguh saya mencari peta untuk sampai ke sana. Ingat nak pergi sendiri. bila cari-cari peta, jauhnya. Dekat-dekat dengan Selayang Encik Google tu bagitau. Selayang? Oh, ada kenangan indah dengan trip to Selayang. Memang tetra-travelog terindah. Jika punya masa nanti, teringin nukilkan kenangan seindah itu disini. Jauh sangat kalau pergi menggunakan perkhidmatan awam. Tambah pula malam-malam. Sabar ya Cik Husna. Allah sedang berbicara denganmu, kata seorang teman. Macam takde kena mengena. Tapi takpelah. J

erk, masjid background tu macam masjid DQ. Sape buat poster ni eh? Bertambah-tambah rendu pada Masjid DQ. :)

Cik Farah Adlina pula mengajak saya naik bas bersama-sama. Segan, sebab tak daftar nama dan katanya bas dah penuh. Kalau naik boleh, tapi kena berdiri! Part berdiri tu tak kesah. Tapi rasa tak seronok kalau pergi macam tu. Nanti dipertikaikan pula. Saya ni penyegan sikit. Bayangkan, orang lain yang nak pergi, tapi tak dapat pergi sebab bas dah penuh. Tapi saya dengan senang lenang naik bas jugak walau tak daftar nama. Mesti orang kata, "Mentang-mentang dia kenal dengan 'kabel' boleh pergi macam tu je.." Tasedap la kan. Lainlah kalau memang terbuka kat semua orang boleh naik bas tu sampai bas tu penuh macam sardin. Segan tak bertempat! J Takpelah. Dalam hati kata, kalau Allah bagi rezeki dapat pergi forum tu, mesti ada jalannya punya. Yakin.. Yakin.. Tapi tetap rasa kecewa. Pesan pada Cik Farah Adlina, kalau ada tempat kosong dalam bas tu bagitau la. I datang terus. On the spot! Dah siap iron baju dan tudung untuk ready kalau dapat panggilan bas ada tempat kosong. Sungguh, ready sangat dah ni.

Tapi, lepas Maghrib tu, sambil baca Ratib Haddad, dok tengok je henset. Kalau-kalau Cik Farah Adlina call. Tunggu punya tunggu, sampai dah habis baca Ratib. Takde jugak. Hem. Memang takde rezeki lah. Redha. Ada juga cuba dapatkan kereta dari mereka yang dikenali, tapi tak dapat jugak. Dah usaha dah macam-macam, kalau Allah tak bagi pergi, memang tak dapat pergi jugak. Keyakinan kena mantop pada Dia. Tentu hati dikurniakan ketenangan yang fuhhh…… hebat!

Tengah dengar Ikim.fm sambil update blog, dapat mesej dari Cik Farah Adlina.

"Datang tak? Ada banyak tempat kosong. Muslimin ramai tak mai."

Rahang bawahku jatuh. No komen lah. Sebab bas dah gerak… dalam hati memang kecewa rasa macam nak kejar bas tu berkaki ayam. Tapi apakan daya… bisikan syaitan kata, "bukannya diorang nak cakap awal-awal ramai tak dapat datang." Bisikan iman kata, "takpelah. TUhan nak suruh study tu. Lusa kan exam. Allah dah buat elok tu, tentu ada hikmah."

Maka, pilihlah kata iman. Tak guna nak marah orang lain.

Kata Ateh pula, "Semoga apa yang disampaikan malam ni di'bluetooth'kan ke otak adik."

Insya Allah. Moga-moga. J

Hidup memang tak seindah pelangi. Kadang kala segala hajat kita ditunaikan. Tapi kadang-kadang hajat kita terbantut. Takpe, itu tandanya kita ingat bahawa ada kuasa yang lebih berkuasa menentukan perjalanan kita. Tak gitu?

Selera makan sejak akhir-akhir ni berkurang. Makan nasik memang tak habis punyalah. Ibu ayah risau dah kat kampong. Rileks la. Ni tekanan exam mungkin. J Makan megi tu nasib baik habis. Tu je yang berselera untuk dimakan. Tom yam pun dah tak rasa menarik. Apabila nikmat makan ditarik Allah, hidang masak lomak cili padi pun tak rebah punya. Erk, macam sodap pulak masak lomak cili padi. Argh. Bila nak balik Seremban ni…

Tekak pulak rasa sakit nak telan air liur ni. Tonsil lagi ke… Atau nak demam… Memang menduga hati sungguh. Tapi takpe, kita punya sumber kekuatan, tak lain tak bukan zikrullah. J

Tribute untuk Cokdi : Jazakillah sebab belanja Big Apple Donut perisa Alien tadi. Pastu dapat pulak key chain lawa. Allah saja yang mampu membalas kebaekan anda. J Terima kasih sahabat dunia akhirat.

Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, tandanya, Allah mahu kita perbanyakkan doa dan usaha untuk mendapatkannya. Bukankah itu cara Allah menggandakan usaha kita? Jadi kenapa kita mesti rasa sedih dan kecewa?

Ibaratnya orang nak bagi emas. Tapi kita mencemuh di sepanjang jalan untuk mendapatkan emas tersebut. Hati-hati! Nanti pemilik emas tu tarik balik apa yang Dia nak bagi!

Manusia yang paling beruntung adalah manusia yang bersabar. Bukankah Allah menyukai orang yang bersabar?

Tuhan. Tolong aku menjadi hambaMu yang bersabar.

Walaupun hidup tak seindah pelangi, kelak pasti akan tiba bahagianya. Tak rugi susah sikit-sikit demi kebahagiaan yang berpanjangan (Syurga).

Semua orang bila ditanya, "saya mahu syurga."

Saya tak hairan jika mendengar sesiapa pun yang mendamba syurga. Yeah. Sape tak nak syurga?

Tapi yang jadi pelik, ramai antara kita (termasuk saya) tak usaha betul-betul untuk dapatkan syurga. J Malah, kadang-kadang hingga menyimpang dari jalan menuju syurga. Itu yang pelik tu.

Ibaratnya, nak pergi Majlis Kahwin kat hotel tapi masuk bendang hingga kotor baju, makan eskrem comot-comot, sampai kat pintu masuk hotel tu, agak-agak orang bagi tak kita masuk? Mesti tak. Melainkan, kita basuk pakaian kita bersih-bersih. Hah, itu taubat namanya. Jadi kalau kita terpesong,jangan lupa untuk bertaubat.

Heh, panjang pulak. Roommate dah bising sebab asyik update blog. Ok. Ok. Saya stop.. Saya stop.. J

Jumpa lagi!



[3:186] Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.


[moga-moga ada hikmahnya tak dapat pergi forum malam ni. ehhee, PERSIS yang buat jamuan tuh jangan lupa kongsi-kongsi.]


rendu untuk aktif berpencak. Ahh. Sungguh, taksuke takde keje. bila tade keje membuatkan jiwa berfikir benda yang tak sepatutnya. rendu sungguh nak berpencak ni. berikan aku pentas. :)

Pendamba Syurga Ilahi,
Husnakamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

22 comments:

zubaidah said...

rahang jatuh ke bawah??erk..dah kat bawah macam mane nk jatuh..ngeh3..xpe2..jgn berduka cita..kita study chem yokkkk..hehe..pesan adik kepada kakaknya..=)

husnataqwa said...

rahang atas kot yang jatuh. =)

amboi. dah jadi 'kakak' pulak dia..

jazakillah. jom studi jom.

ansarullah hebat. ansarullah cemerlang.

Anonymous said...

takpe kak husna... jangan sedyh2... (bile baca dapat rasa akak desperate gile)

tengok siti ajak studi tu.. rajin bebonar siti tu.. hehe

Anonymous said...

kenapa dalam gambar kat bawah tu akak sorang pompuan dan 4 lelaki??

trainee LG said...

anonymous :
itulah trainer LG kami. Memang kak husna bertahan sebagai muslimat paling tough kowttt... dan memang dia sorang-sorang.. tapi tak pernah menghalang kami sayangkan dia kerana apa yg dia dah train kami...

terima kasih kak husna and others 4 besides u..

hehe, biasanya lelaki yang ada 4 pompuan. tapi akak memang hebat. akak sorang, lelaki 4. hebat2...

trainee LG said...

eh tambah skit, akak, letak la gmbar yang ada kami tu sekali... ooo. crop gambar kami ye....

mujahid islam said...

if i got u i will never let u go.. never..

husnataqwa said...

trainee : nanti rajin akak buat post. :)

akak tentu rendukan entum semua. =)

Anonymous said...

salam husna. bahaya tu dah ada secret admire kat blog. ;P

husnataqwa said...

budak2 maen2 je tuh..

Anonymous said...

eish.. dah dua kali jumpa ayat ni.. main2 ke..

nurhusna said...

kak husna, ada secret admire tu. huhu. if i got u.. hehehehe

Anonymous said...

i will never let u go..

Anonymous said...

akak, kena buat spam ni. bahaya2. meremang bulu roma bile bace. ekekeke

husnataqwa said...

hemm... =)

sebenarnya dah delete banyak kali, tapi ia ditulis berulang2 kali dan selalu muncul di post2 yg lain.
maka, last sekali tayah delete lah. tak terkesan pun.

Anonymous said...

kang ada orang marah kang..ada orang jeles kang..

husnataqwa said...

TAK PERNAH ADA... =)

Anonymous said...

TAK PERNAH PERCAYA. ekekeke.

anyway, all the best kak husna sayang~ may allah bless u...

Anonymous said...

Demi Allah, roomate saya yang buat poster tersebut...

husnataqwa said...

subhanallah.



roomate tu sape?

sungguh terimbau kenangan di masjid yg banyak memberi kekuatan pada hati.

Anonymous said...

maaf, ana terpost comment ini.. roomate ana minta tidak diceritakan...

husnataqwa said...

khair saje. syukran. jazakumullah..

barakallahu alaikuma.. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.