♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 26, 2011

Emel dari Encik Kamarudin.


Anda sedia maklum, Encik Kamarudin Ab Rahman adalah ayahandaku, namanya yang saya bawa ke mana-mana. Setiap kali diminta untuk taaruf, tidak ketinggalan nama ayahanda disebut, NURUL HUSNA KAMARUDIN. Tandanya, anakanda ini membawa restu ayah bonda kemana saja perginya dan apa saja yang anakanda lakukan Insya Allah.




Dengan itu, disini saya teruja untuk meletakkan balasan emel dari ayahanda. Ibarat kata, jawapan ayahanda bila anakandanya meminta kebenaran untuk berkahwin walaupun masih berstatus sebagai seorang pelajar, penuntut university, dan tentunya masih belum graduate. 


Mempunyai 4 anak yang masing bujang, belum berstatus sebagai suami/isteri. Dua lelaki dan dua perempuan.

Ayahanda seorang yang tegas, garang dan berdisiplin. Sejak kecil, kami adik-beradik sangat takut pada beliau, sampai sekarang pun takut lagi, tapi takut dengan cara yang berbeza. Ahhaa. Usianya makin meningkat, kesihatannya kian tergugat, tapi ayahanda masih sanggup mengirim amanat. Emel di hantar sebagai kata-kata wasiat dan pesanan buat sang anak.



Menitis airmata tatkala membaca amanat ayahanda di kotak emelku. Besar dan tinggi harapan ayahanda serta pengorbanan ayah bonda buat anakanda. Sejak dulu, ayahanda sering mengulang ayatnya,

"Pilihlah apa yang anak-anak mahu. Nanti kami berdua bakal mati, kalian yang bakal meneruskan hidup. Maka, pilih dan buat keputusan untuk kehidupan kalian, bukan untuk kami."

Disebabkan ayat ini, patik tidak 'terbang' mengambil jurusan medic seperti kehendaknya ayahanda. Tapi patik tetap tak memilih jurusan kegemaran patik, juga kerana ayah bonda. Patik memilih jalan tengah, yakni jalan yang telah Allah permudahkan buat patik, walaupun jalan ini kadang-kadang ada payahnya, tapi patik mohon moga ini jalan yang terbaek buat patik.



Melangkah dewasa, masuk university, pasti membuatkan ayah bonda senyum hingga ke pipi. Tapi menghampiri usia dewasa, ayah bonda mula takut kehilangan anakanda, takut dibawa pergi oleh anak teruna atau anak dara orang lain. Kataku buat ayahanda, "Perkahwinan tidak pernah merampas kami dari ayahanda dan bonda. Malah, perkhawinan ini kami mahu menambah bilangan anak ayah dan bonda. Usah risau, calon yang kami cari pasti boleh menjadi anak buat ayah bonda. Perkahwinan tidak memisahkan kita, malah ayahanda patut berbangga, anakanda membawa menantu yang Insya Allah istimewa."


Tak guna cakap panjang. Selamat membaca emel dari Encik Kamarudin. J



AMANAT

Sebagai insan yang sempurna zahir an batin tidak terlepas dari heiraki kehidupan sejati. Dari kelahiran Zahiriah kemudian dari kelahiran rohiniyah adalah berturutan…. Bermula dari bapa dan ibu… kemudian melahirkan… kemudian mengasuh….. kemudian mendidik…. Kemudian memberi pelajaran dan pendidikan…… kemudian mendapat pencapaian…. Berjaya… lulus….cemerlang…. gemilang….. dan terbilang……. Dari Peringkat desa, Bandar, jajahan, negeri, Negara dan dunia serta akhirat sehingga kebangkitan semula.



Pengisian kehidupan



a. bermula dari zaman bayi, kanak-kanak, pelajar, penuntut, siswa/siswi graduan/gradui, sarjana, phd. dan tiada lagi, tapi belajar itu masih perlu, dengan nama pengalaman.



b. Peringkat pertengahan-Ibu bapa memerah keringat, menurut keinginan sang anak. Diwaktu ini kedua-duanya tahan nafsu makan, pakai, bergaya dan menghadkan aktiviti mereka demi memperuntukan segala yang ada kepada anak tanggungannya dengan harapan tidak menghampakan hasrat anaknya. Adalah hanya mengharapkan anak mereka tidak terhina antara sesama rakan sebaya, anak orang lain ada, anak kita hendak juga dipenuhi maunya.



c. Pengharapan agar anaknya tidak terhina, dengan mengasuh, mendidik memberi pelajaran dan pengajaran setimpal bagi memenuhi cita-cita mereka. Inginkan anak-anaknya berkelulusan, berpendidikan dan Berjaya dalam mengejar zaman diabadnya, bukan saja DUNIA, tapi AKHIRAT.



d. Kepuasan ibu bapa ialah bila melihat anaknya berjaya dalam menjalani hidup, berkerjaya, berbahagia dan mampu dalam segala.



e. Berdikari dan bebas, setelah usia remaja diberi kebebasan memilih, mencari sesuatu yang lumrah yakni mencari pasangan hidup, kerjaya dan mencipta kebahagiaan dalam penghidupan. Harapan orang tuanya agar mendapat jodoh yang baik dan boleh menyumbang dalam membina sebuah rumahtangga yang bertamadun.



f. Ibu bapa merelakan memberi pelepasan kepada anaknya pergi ke pulau pengharapan bersama pilihannya, bagi mencorakkan kehidupannya yang tersendiri maka lepas bebaslah mereka mencorakkan suasana rumahtangga impian.



Bagaimanakah pengisian sebuah rumah tangga



a. Ilmu agama dan Berkerjaya



b. Mampu milik – rumah idaman – kenderaan terhajat, hartanah dll.



c. Mentadbir – rumah tangga – mertua – ibu bapa – anak-anak dan adik-adik.



d. Mendidik – bersefahaman – melayan suami - mangasuh anak-anak.



e. Kewajiban – kepada keluarga – bangsa – tanah air dunia dan akhirat



f. Cita-cita – diri – suami – anak-anak – keluarga juga.



g. Falsafah – diperlu dalam sebuah kehidupan yang berketerampilan.



Kami sebagai orang tua tidaklah berhajat menakluki kehidupan anak-anak, tiba masanya mereka membawa hala masing-masing (perahu diair, pendayung ditangan kemudilah sesempurna mungkin) Kami merestui pilihan – merestui bila tarikh menamatkan taraf anak dara (perkahwinan) diusia ini segalanya mungkin, itu atas kehendak sanubari sendiri, KAMI HANYA MENGIKUT… merestui asalkan tidak menghalang pengajian, hajat dan cita-cita.









p/s: yang nak kawennya bukan patik, tapi kakanda patik yang sedang menuntut ilmu kedoktoran di Indonesia. Moga-moga Allah permudahkan urusan kakak. Seperti mana patik mahu urusan patik dipermudahkan kelak. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

wow. kawen nanti jemput deh..

husnataqwa said...

bukan saya, kakak.

Anonymous said...

adiknya bakal menyusul dengan cepat kan... insya allah.. hehe

Afiqah Zulkifli said...

ayah saya kawen waktu belajar. ada chance la sy. ekeke

husnataqwa said...

wah,boleh la tu hantaq nama kat JBM..

husnataqwa said...

mak akak dulu dia kawen umuq dia 16 tahun.. nampakny akak dah terlewat beberrapa tahun./. =)

Afiqah Zulkifli said...

xbley langkah bendul. kne tggu senior dlula ;)

husnataqwa said...

saya yakin anda pasti tidak larat unt menunggu. =) lompat je bendul2 tuu.. =)

seni sungguh budak aed ni. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.