♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 26, 2011

Kasihku merayu rindu..




5 tahun

"Kakak nak beskal yang mahal tu. Kakak nak beskal yang canggih, ada gear. Nak yang paling cantik.."

"Mana boleh… Kakak kecik lagi. Belum masanya lagi. Nanti dah besar nanti kita beli."

"Tak nak.. Tak nak. Kakak nak jugak basikal tu. Tak kira kakak nak jugak!"

"Tak boleh!!"

*Menangis Meraung* sambil berfikir dengan lebih rasional.





10 tahun

"Kakak rasa kakak nak belajar motosikal la ibu. Buleh tak?"

"Eh, kakak ni. Kaki pun tak jejak tanah lagi dah berani nak bawak motosikal?"

"Tak pe lah. Boleh tak Bu?"

"Mana boleh. Kakak pendek lagi, nanti kaki dah jejak tanah ibu suruh Abang ajarkan."

*Muncung sejengkal* sambil berusaha makan calcium banyak-banyak supaya cepat tinggi dan besar.



15 tahun

"Baba, kakak nak laptop yang macam abang tu boleh tak?"

"Nak buat apa?"

"Alaa, abang ada laptop, kakak nak jugak."

"Kakak nanti salah guna pulak. Lagipun bukannya kakak perlukan laptop lagi sekarang ni. Nanti kalau kakak perlukan laptop, baba belikan."

*Merajuk 2 hari* sambil berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk ke menara gading dan mampu memiliki laptop seperti abang.



20 tahun

"Ba, Ibu, kakak nak kawen buleh dak? Teringin lah."

"Heh, calon takdak lagi, mana boleh kawen."

"Tak kira. Tak kira. Kakak nak kawen jugak!"

"Ibu kata tak boleh! Persediaan belum cukup pun lagi, calon tadak! Kalau tiba masanya nanti kami pasti izinkan kakak kawen!"

*Membawa diri* sambil memikirkan persediaan yang perlu dilakukan untuk melayakkan diri.



***


Ibu dan ayah cukup tahu akan keperluan anak-anaknya. Mereka tahu apakah anaknya sesuai dan padan dengan permintaannya. Jika tidak sesuai, mereka tangguhkan dulu. Bukan tandanya mereka tidak sayang, tapi mereka terlalu sayang. Takut anak-anak mereka terleka dengan nikmat dan segala kemudahan.

Kata Ibu, tidak mahu terlalu memanjakan anak. Begitulah Dia yang tidak mahu terlalu manjakan hambaNYA.
Begitulah Tuhan. Dia cukup mengenali hambaNya. Kadang-kadang apa yang hambaNya minta tidak terus ditunaikan. Bukan Dia tidak sayang pada hambaNya, malah terlalu sayang. DIa Cuma mahu melihat kesungguhan hambaNya. Keimanan hambaNya. Kemampuan hambaNya.

Begitulah Tuhan. Kasih sayang pada hambaNya tidak pernah kurang. Lebih-lebih lagi hambaNya yang beriman. Mungkin perlu lebih kesungguhan, dan usaha yang lebih berterusan. Bukan Tuhan tidak mahu memberi apa yang kita minta. Tuhan Cuma memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Usah ragu pada kasih Tuhan. Ar Rahman dan Ar Rahim. Ya, Dia maha pengasih dan penyayang. Usah meraguinya. Mungkin ada silap kita. Mungkin kurang usaha kita. Mungkin belum tiba masa kita. Cuma, dalam hati perlu yakin, kelak pasti tiba masanya. Jika tidak didunia yang fana ini, pasti syurga kelak ada balasannya. Yang penting, jangan putus harapan pada TUhan. Dan berbaik sangkalah pada Dia.

Tuhan tahu apa yang kita perlu. Pandangan dan pengetahuan Tuhan tidak terbatas, sedangkan kita, memandang hanya apa yang ada di depan, tidak memandang apa yang bakal terjadi AKAN DATANG. Serahkan sebulat tawakkalmu padaNya, buktikan keimanan teguhmu buatNya.

Mungkin kita diuji dengan ujian kerana Tuhan tidak mahu jika leka dengan belaian nikmat berpanjangan. Mungkin Tuhan risau kita lalai andai diuji dengan nikmat berterusan. Maka dihantarnya sedikit ujian, agar hati ini sentiasa teguh berpegang pada tali Tuhan.
Alangkah indahnya sekeping hati yang diuji dan tidak henti-henti memuji Tuhan. Yang diuji dengan nikmat, bukan lalai dari mengingati Tuhan. Maka, bersyukurlah. Tuhan mahu munajat kita buatnya berpanjangan. Mengapa harus ada rasa sedih dengan ketentuan Tuhan? Sedangkan kita bertuah, Tuhan mahu menghapuskan dosa dan mengangkat martabat hamba. Usah risau, SYURGA ada menanti di sana.
Mohonlah pertolongan dengan solat dan sabar. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Tuhan, gandakan usaha kami, dan gandakan keimanan kami kepadaMu, moga kami menjadi hambaMu yang sentiasa terpilih, bukan saja terpilih didunia untuk menerima ujianMu, malah terpilih di akhirat untuk mendapat keredhaan dan syurgaMu.

Bangkitlah dari kekalahan yang sementara. Sesungguhnya, pasti ADA KEMENANGAN YANG TERTANGGUH buat kita. Usah rasa dukacita. Kita ada Pencipta yang adil dan saksama. Allahu Allah. J


p/s: Apa cerita sahabatku yang sudah mendiamkan diri tanpa berita. Moga-moga anda khair-khair saja disana. Dan ketemu bahagia yang dicari. Yang penting, kalau dah jumpa, jangan lupakan saya! J

mari kita kuat sama-sama.
J
J
J

Pegang erat tanganku, bawaku terbang bersamamu. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

kadang2 tak semua yg kita nak allah beri.. mungkin tertangguh. mungkin juga apa yg kita mahu tidak memberi kebaikan pada kita.. wajarlah unt husnozon pada allah. membuka hati baca post ni.. saat diri teruji, kak husna selalu menjadi strong dan membuatkan orang lain strong... tak nak kehilangan kak husna...


*ye ke tak de calon? betul ke akak mintak nak kawin dengan mak akak tu?

husnataqwa said...

yang laen semua betul, kecuali yg mintak kawen tu yang tak betul. ahhaa. mana ade lah. =) saje nk buat jadi menarik. =)

husnataqwa said...

yang laen semua betul, kecuali yg mintak kawen tu yang tak betul. ahhaa. mana ade lah. =) saje nk buat jadi menarik. =)

athirahariffin said...

ye ke kak husna? hehe..
comel la..
"ba, ibu, kakak nak kawen boleh dok? teringin lah"

hehe..cpt2x la kak husna deh.. x sabar dah ni nok tgk kak husna kawen.. huhu

Anonymous said...

kakak ni demandlah.

husnataqwa said...

atirah- oloss.. lambat lagi tu. wallahu a'lam. tapi dok sedakk tirah dulu ni.. =)

anonymous- mane ade demand

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.