♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, March 27, 2011

Bila mahu istiqamah Berniqab?


kenangan tetratravelog Hospital Selayang.
Soalan yang seolah-olah sinis.

"Bila mahu istiqamah berniqab? On Off je. Suke suki dia je.."

Ya, anda prihatin.

"Bukan suka-suki. Mana ada suka-suki nak amalkan pemakaian sunnah zaujah Nabi ni."

"Jadi, kenapa sekejap pakai, sekejap tidak?"

"Mungkin pemakainya memakai purdah bila berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah."

"Contoh? Apa keadaan yang boleh menimbulkan fitnah?"

"Contohnya bermusafir seorang diri. Might be rasa 'save' bila berpurdah. Atau dalam keadaan yang tertentu yang apabila ia dilihat di satu tempat tu, boleh menimbulkan fitnah. Terpulang pada pemakainya."

"Sedap lah macam tu. Rasa nak pakai, pakai. Rasa tak nak pakai, tak payah pakai!"

"Bukan macam tu. Sebelum kita judge mereka, lebih baik kita dalami ilmu tentang niqab ni terlebih dulu. Masing-masing ada pegangan masing-masing. Khilaf, perkara biasa."

"Apa alasan awak tak isitqamah dengan niqab?"

"Saya? Sebab ibu bapa berat hati. Bukan tak izinkan, mereka izinkan, tapi mereka berat hati. Jadi saya mengambil langkah menyempurnakankewajipan untuk taat kepada ibu bapa terlebih dulu, berbanding hukum yang saya pegang dalam pemakaian niqab adalah untuk lebih sempurna dalam menutup aurat. Jadi. Saya sempurnakan yang wajib terlebih dahulu, taat ibu bapa."

"Jadi sampai bila-bila awak takkan pakai niqab dengan istiqamah?"

"Tak semestinya. Ketaatan saya selepas ini adalah kepada suami saya. Jadi, kalau suami mengizinkan dengan perbincangan yang hikmah dan bersesuaian dengan waqi' dan ditimbang segala urusan, insya Allah, akan istiqamah."

"Begitu rupanya. Saya terlupa bahawa ketaatan seorang wanita bakal berpindah pada suami."

"Ya, itulah sebabnya kena pilih suami yang bagus-bagus."

"Dan si suami pun kena pilih isteri yang bagus-bagus jugak. Bukan semua orang faham hukum taat suami dan willing untuk taat pada suami, kan?"

"UWafiq miah bi miah. Saya rasa saya kena offline dulu. Saya mahu ke pengajian Habib Munzir. Saya harap penerangan saya tidak diambil terlalu rigid, rujuklah ustaz/ustazah lain terlebih dahulu, seperti yang saya katakana sebelum ni, saya bukan ustazah, ilmu agama pun tak banyak. Sekadar pandangan manusia biasa yang normal melakukan kesilapan."

"Habib Munzir? Apa tu?"

"Oh, try search kat google, taip namanya. Habib Munzir Fuad Al-Musawwa. Saya tak boleh lama, terpaksa minta diri, mereka sedang menunggu disana."

"Baiklah pemilik blog. Salam perkenalan dan terima kasih atas perkongsian."

"Wassalam."



Demikianlah perbualan dengan seorang hamba Allah yang tidak diketahui identitinya. Ber'chatting' menggunakan nama samarannya, HAMBA ALLAH dari chat box di blog ini. Terima kasih kerana sudi bertanya dan mengemukan persoalan. Terima kasih juga kerana selalu follow up blog ni. Syukran ala kulli khair. J

Saya tidak kenal siapa anda, tapi saya yakin, anda tidak berniat menjatuhkan saya atau mempermainkan saya. Saya jujur menjawab persoalan anda dengan harapan anda juga jujur dengan saya. Kalau anda kenal siapa saya pun, saya tak kisah. Its OK. [walaupun anda kata anda tak kenal.]

Maaf kalau pendapat saya tidak bagus. Ilmu saya masih kurang. Mohon penambahbaikan jika kurang.

Atau boleh rujuk disini jika mahukan penerangan yang lebih baek. [sini]


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

zubaidah said...

bila tgk org pakai niqob..terasa jugak nk pkai..tp terasa banyak lg yg wajib belum sempurna..insyaAllah..kalo diizinkan Allah..terasa untuk istiqomah pkai niqob..ameen..

Zahra Ameerah said...

akk, sgt setuju dgn apa yg akk ckp.

bg sy, itu bukan alasan, as long as kita tahu kenapa kita pakai(sama ada pakai terus/ on-off). sy rasekan si pemakai cukup tahu sebab dia memakainya. jd,niat tu tak perlu diuar-uar, cukup setakat diri sendiri dan mungkin famili terdekat perlu tahu.

pandangan orang lain tu belakang kira. pandangan Allah lebih utama.

mungkin akan ada yang kita seolah mempermainkan dan sebagainya, tapi hakikatnya Allah lebih mengetahui.

p/s: baca blog yg akk link kn tu, hati sungguh tersentuh dgn ayat akk tu

"Alangkah indahnya andai daulah islamiyah tertegak, tidaklah org yg berniqob kelihatan pelik"

:)

Zahra Ameerah said...
This comment has been removed by the author.
husnataqwa said...

siti zubaidah- insya allah, kekuatan itu tidak datang dengan sendiri, jadi meh kita pakat2 cari kekuatan..

minn edina- akak kagum dengan orang2 macam anda. bertuah anda. =)
suatu hari nanti, kita jadikan niqab pakaian yang tak nampak pelik dan tak memelikkan.
hari tu pernah pakai niqab naik tren, budak kecik tu asek usya, pastu nangis2 takut tengok akak. aduyai. sabo je laa. dah la nak turun kat seremban, lama lagi. takleh nk lari den pun. =)

harap2 kita semua sentiasa istiqamah dengan kebaekan.

niat dihati untuk mendapat rahmat allah, tidak lebih, tidak kurang. =)

sufygirl said...

slm singgah, dik..:)

pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan, insyaallah.
lumrah & fitrah manusia, suka bertanya, suka mempersoalkan.. tapi kadang2 seronok juga bila dikenang2 kembali, hehe..

moga terus istiqamah biiznillah. ^_^

husnataqwa said...

betul tu. seronok dapat orang yg boleh komen tentnag diri kita. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.