"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Subhanallah, ampunkan daku, sepanjang perjalanan daku mencari cintaMu, kadang-kadang tersasar di siang hari, kembali kepadaMu dimalam hari. Esoknya tersasar lagi. Malamnya kembali lagi. Ampunkan aku atas dosa dan kelalaianku sendiri.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Malam bukan untuk menonton movie hingga lewat malam sehingga Subuh esoknya menjadi Subuh gajah atau Subuh dinasour. Malam bukan untuk bergelak ketawa sehingga terlupa taubat dan witir sebelum memejamkan mata.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Malaikat mencari hamba yang beribadah di malam hari, malunya seandainya malaikat melihat kita sedang bergelumang dengan maksiat di malam hari. Ampunkan hamba ya Rabbil Izzati. J
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.
tapi kita.. bila diuji, bila datang dugaan, bila sedang memohon sesuatu, kita sanggup bangun malam.. jika tidak.... katil lebih jauh menjadi pilihan.. J
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."
Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.
manisnya tahajjud apabila dikerjakan dengan hati yang ikhlas...
manisnya tahajjud apabila kita dapat bersendirian dengan Allah...
manisnya tahajjud apabila kita dapat menangis kerana Allah..
manisnya tahajjud apabila kita dapat melembutkan jiwa dengan zikrullah...
manisnya tahajjud di saat sujud memohon keampunan...
manisnya tahajjud apabila ditemani malam yang dingin...
manisnya tahajjud apabila disulami dengan perasaan kerdil...
manisnya tahajjud apabila diiringi dengan hati yang sarat dengan rindu...
manisnya tahajjud apabila mengadu kepada Allah...
manisnya tahajjud apabila ia jauh dr perasaan riak...
manisnya tahajjud apabila kita istiqamah....
manisnya tahajjud apabila kita dapat bersendirian dengan Allah...
manisnya tahajjud apabila kita dapat menangis kerana Allah..
manisnya tahajjud apabila kita dapat melembutkan jiwa dengan zikrullah...
manisnya tahajjud di saat sujud memohon keampunan...
manisnya tahajjud apabila ditemani malam yang dingin...
manisnya tahajjud apabila disulami dengan perasaan kerdil...
manisnya tahajjud apabila diiringi dengan hati yang sarat dengan rindu...
manisnya tahajjud apabila mengadu kepada Allah...
manisnya tahajjud apabila ia jauh dr perasaan riak...
manisnya tahajjud apabila kita istiqamah....
Tahajud bukan mudah, perlu pada mujahadah. tinggal lagi usaha kita mengawal nafsu malas. Witir jangan dilupakan pula. Hari-hari yang dilalui lebih bermakna dan penuh bersedia andai dimulakan dengan tahajud dan taubat.
tinta anak muda:
Cik Husna
6 comments:
Salam alaik.
Memang nak bangun malam tu sgt susah kan, memang kena kuat mujahadah melawan nafsu, nak lawan mata mengantuk lagi.
(=
betol tu. nk lawan keempukan katil lagi. tapi bila ingat semua tu sementara, insya Allah, buleh kuat untuk dapatkan kenikmatan yg selamanya. =) meh same2 mujahadah. =)
InsyaAllah (=
jom2 ^^
jgn makan byk dan tidur awal, insyaAllah senang nak bangun dan mendapat qiam yg berkualiti.
pesan luqman al-hakim, jgn bermewah dgn tmpt tidur.
amat malang bagi pejuang Islam kalau tahajud pun terbabas.
setuju. malam2 isi perut banyak2, tonton movie puas2 baru tido, mana nya tak terbabas tahajud. subuh pun semput2. tu bukan kita lah, orang kat africa tu. ehhee.
zuhud. sebab tu ada katil orang tu cadar pun takde, bantal pun takde. selimut dengan kaen pelikat je. =)
tak same ke klu kita solat sunnat lain dgn tahajud? solat sunnat banyak2.. sebab tak mampu la nk bangun malam. =(
nak cakap gak, rindu husna. =)
Post a Comment