♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, April 07, 2011

Budaya Mathurat di UIA?


Suatu ketika dulu setiap pelajar UIA hafal bacaan Al-Ma'thurat, wirid indah yang dipopularkan oleh Imam Hassan Albana. Waktu itu pegawai2 STAD/HEP dan kebanyakan pensyarah adalah dari kalangan mereka yang mengamalkan wirid tsb.
Tiga amalan warga UIAM yang menjadikan UIA begitu unik adalah usrah, Al-Ma'thurat dan alunan Asma' ulhusna. Ketiganya2 menjadi  identiti budaya UIAM suatu ketika dulu selain daripada istilah2 arabic untuk kolej kediaman dan fakulti yang cukup memberi kesan kepada setiap pelajar. Songkok hitam yang dililit dengan pita logo warna emas akan membuat pemakai rasa bahagia menjadi warga UIAM.
Sehingga ke hari ini, semua pelajar baru masih dibekalkan dengan buku kecil 'Al-Ma'thurat'. Tetapi berapa ramai agaknya yang menjadikannya wirid harian. Kalau ditanya siapa Hasan Albana pun tidak ramai pelajar yang tahu. Asma' ul Husna masih dialunkan tetapi tidak sekerap dulu. Mereka yang mencintai kedamaian, keharmonian dan persaudaraan meyakini doa dan amalan tsb mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.
Apabila ianya menjadi budaya dengan semua orang di sekeliling kita mengamalkannya kita akan merasa rendah diri jika tidak mengamalkannya.
Sekadar mengulangi kembali, bukankah bacaan Alfatihah, Albaqarah, ayat kursi, alIkhlas, AlFalaq, Annas dan surah2 lain dalam alMa'thurat adalah ayat2 Allah yang apabila dipandang saja pun sudah diberi pahala, apatah lagi jika diwiridkan. Membacanya dengan penuh penghayatan selepas subuh dan asar…… masyaAllah, syahdunya apabila membayangkan rahmat Allah yang begitu besar. Apalah lagi yang lebih kuat sebagai pengukuh jiwa seorang muslim kalau bukan Al-Qur'an zikir dan doa. Apalagi kehebatan warga UIA kalau bukan kehebatan pembudayaan ilmu, membaca Al-Qur'an, zikir dan doa.
Dulu setiap program pelajar mesti ada Qiyamullail. Sekarang aktiviti 'explorace', 'telematch', 'cabutan bertuah' mengmbil tempat. Kata mereka untuk lebih 'fun' supaya lebih ramai orang datang. Yang terbaru pula ialah lenggang-lenggok poco poco…ramai yang menyukainya tetapi tidak sesuailah lelaki dan perempuan berjoget dengan goyang dangdut yang kelihatannya agaknya seksi dan ia dibuat tanpa ada dinding pemisah antara mereka. Silap kawalan ia akan membawa fitnah yang menjejaskan ibadah. Katanya untuk kesihatan. Niat yang baik tetapi perlulah berhati2 dengan syariat yang jadi pegangan kita. Lagu yang dipilih hendaklah bukan lagu yang senikatanya berunsur lucah. Itu yang tertulis dalam cultural guideline UIAM.

Click here to read MORE >>> <<HERE>>





***

Membelek helaian blog yang ditulis, saya kagum. Idealisme yang bagus, saya kira. Mungkin tidak ramai yang berani mengeluarkan pendapat sebegini, maka saya respect dengan pensyarah yang berani mengeluarkan statement sebegini. Suka untuk saya katakan, statement sebegini bukan berniat untuk menjatuhkan nama gah UIA sendiri, malah sebaleknya memerlukan penelitian agar ke'izzahan UIA mampu kembali dicapai. Kita, masing-masing inginkan yang terbaek di UIA, sepertimana juga saya dan kawan-kawan yang laen. Setentunya, langkah yang boleh diambil adalah "jangan menuding jari pada orang laen, sebaliknya perbetul diri sendiri". Makna kata, sebagai seorang student, tidak perlu menyalahkan system UIA, pentadbiran UIA, saya kira sebelum kita menuding jari, kita perbaiki diri sendiri. lihat sejauh mana kita berusaha untuk menjaga ke'izzahan tempat pengajian kita.

Bagaimana saja pemakaian kita di Mahallah. Penat mata memandang, penat mulut menegur, tapi kita seolah-olah tidak punya kesedaran untuk berubah. Kemudian bercakap pom pang pom pang, menyalahkan UIA begini dan begini. Namun demikian, jangan menganggap system UIA sangat sempurna, mungkin ada kesilapan yang orang berhak wajar bermuhasabah untuk memperbetulkannya. Tujuan saya, bukan untuk menghentam mana-mana pihak, sama sekali tidak, tetapi sekadar memberi peringatan kepada kita, student UIA untuk sama-sama berubah kearah kebaekan. Ada undang-undang, sila ikut. Jangan sampai nak kena saman baru terhegeh-hegeh pakai tutup litup.



Saya teringat sewaktu semester dua di tahun dua yang lepas, saya sedang berborak di lobi Mahallah Khadijah bersama Wirdah. Kemudian terdengar jerit pekik maki hamun seorang wanita. Saya menjenguk. Kelihatan seorang wanita, mungkin berpangkat ibu, sedang memaki hamun seorang Pak Guard di depan Mahallah Khadijah. Mencabar Pak Guard untuk membawa kes ini ke depan rector UIA. Bila saya tanya pada Mak Guard, apa masalahnya, jawab Mak Guard, "Tadi Guard tahan kereta mereka depan main gate, tapi mereka tak berhenti. Bila Guard masuk cek ke dalam, mereka maki hamun pulak. Kami jalankan tugas. Kalau jadi apa-apa pada anak mereka, mereka salahkan kami. Pelik sungguh ibu bapa ni."



Ini luahan Mak Guard. Saya hanya diam, tidak mahu menyiram minyak tanah kea pi yang sedang marak. Cukup sekadar tersenyum dan terus menyaksikan adegan maki hamun yang sedang berterusan. Entah apa silapnya. Sehingga maki hamun begitu sekali, merendah-rendahkan pangkat guard dan sebagainya. Jadi, anak mana yang tak naik kepala? Saya buntu. Kalau begini sikap ibu bapa, bagaimana dengan anak mereka? sepatutnya sesiapa yang menghantar anak ke UIA, wajar bersedia dan menerima semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan UIA.



Kalaulah ibu dan sister tersebut terbaca, membaca post ini, suka untuk saya syorkan, lebih baek pergi memohon maaf dengan guard tersebut. Tidak guna mengangkat diri, kelak di akhirat kita sama saja. Dan apa salahnya sebagai seorang yang lebih muda, kita menghormati golongan yang lebih tua. Sekalipun guard tersebut melakukan kesilapan, toleransi dan budi bahasa yang diajarkan Nabi kita, bukan maki hamun dan tinggi suara. Seterusnya, saya mohon maaf, andai saya silap mentafsir, tapi ini apa yang saya dapat dengan pandangan mata sendiri, pendengaran telinga sendiri dan menyoal mak Guard juga sendiri. maka, ini bukan khabar angin yang ditokok tambah.



Saya sayangkan UIA, disini tempat saya menyemai budi dan ilmu. Bukan mudah mencari tempat sebaek UIA untuk menghabiskan 6 tahun tempoh pengajian. Maka, bersyukur dengan apa yang kita ada, dan berlaku baeklah dengan nikmat yang kita kecapi. Terima kasih UIA atas segala kemudahan yang disediakan. Terlalu banyak yang pihak pentadbiran sediakan, namun, masih banyak yang perlu diperbaiki dan saya cukup optimis, UIA tidak pernah lepas tangan dan berniat mengabaikan segala kekurangannya, pasti sedang di post-mortem dan sebagainya. Pinta saya, mohon saya, kekalkan biah solehah yang ada dan kalau boleh, pertingkatkan biah solehah yang sedia ada. Insya Allah, keberkatan pasti terus bersama-sama tempat pengajian saya yang terchenta ini. J



Tinta Student CFS UIA PJ,
Mantan Deputy President MEDCY. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

jumudkah kak husna?

husnataqwa said...

kenapa tanya cantu?

Anonymous said...

maaf, nampak akak sgt syadid.. kdg2 rase akak sedikit jumud..

husnataqwa said...

syukran teguran.. *~*


=)

Anonymous said...

kak husna tak strict, tapi such a disipline person kowt. ni pemerhatian saya selama mana saya keje dengan dia lah dan kekadang lepak bilik dia..hidupnya sendiri ada peraturan. jadi kadnag2 mmg kita akan rasa dia strict walaupun sebenarnya dia sedang strict dengan diri sendiri. pandangan je kowt. salah tak tahu. ;) ngee..

husnataqwa said...

tak strict pun.. =)

belom kenal belom tahu. =)

tak kenal maka tak cinta. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.