Baru-baru ni den sempat bercuti hamper 5 hari di Kelantan. Kepulangan yang mempunyai banyak motif dan matlamat dan Alhamdulillah motifnya tercapai.
Setibanya di Kelantan, HUSM terus dituju. Ada taklifan yang perlu diselesaikan disitu. Dan Alhamdulillah, walaupun pada awalnya tertunggu-tunggu Prof Imran yang sedikit lewat, akhirnya segala urusan diselesaikan dengan senyum seindah suria. J
Kemudian kereta dipandu perlahan, mencari arah tuju yang sesuai. Nak makan-makan, tadak teman. Maka, memilih untuk melilau di mana-mana butik perkahwinan.
Mata liar ke kiri dan kanan, melihat jika ada butik-butik perkahwinan di tepi jalan. Sempat berhenti di beberapa biji kedai melihat-lihat pakaian dan pakej untuk majlis perkahwinan.
"Mahal gila nak kawen. Pakej pun cecah ribu-ribu ringgit."
"Makin lama barang makin naik, dua tiga tahun lagi, bertambah-tambah mahal pakej-pakej ni.."
Sebagai seorang yang Nampak matang, terpedaya juga jurujual tersebut bahawa saya bakal mendirikan rumah tangga pada Jun nanti. Saya iyakan saja bila ditanya.
"Bakal suaminya orang mana?"
"Oh, bukan orang sini, orang jauh.." kata saya, perlahan, kemudian mengubah topic.
Pemerhatian, hamper lima biji kedai saya buat lawatan, semuanya tidak menarik minat. Nampaknya belum ada aura untuk berkahwin. J
Menarik dan simple. Dinamakan PELAMIN CINTA. Harga sewaan mencecah RM800. Tak termasuk pakaian dan aksesori. Pergh! Nak kawen macam nak beli kereta sebijik! Mahal~ |
Kesemua pakaian-pakaian yang disediakan tidak sempurna. Kecik, seksi, jarang, ketat di part-part tertentu dan sebagainya. Habis tu macamana la orang nak cari baju yang sempurna? Kalau baju kawen pun macam pembarut nangka, macamana nak ada keberkatan? Aduyai.
Dengan kepala pening-pening lalat, saya memandu kereta pulang. Tak guna melilau lama-lama, sudah lah hanrga pakej mahal ribu-ribu ringgit, baju pulak tadak yang cantik sempurna.
Busana muslimah kata si jurujual. Kata saya, abes tu kenapa still ketat? Terdiam dia. =) |
Harap-harap ada Muslimat yang sudi buka butik perkahwinan yang Islamik, menyediakan pakaian-pakaian yang islamik dan tidak terlalu 'menarik' sehingga boleh menjadi hukum haram pula bila dipakainya. Nanti kalau korang bukak, bagitau lah. Kita promote, lepas ni harap2 tadak dah baju yang kecik tang pinggang, jarang tang lengan. J Apo nak jadi den tatau lah. J
Pada hari Sabtu, kembara perkahwinan diteruskan. Bersama bakal pengantin yang betol-betol punya. Seperti biasa, saya dan kakak tidak mempunyai taste yang sama, tapi yang istimewanya, taste kami boleh dipersamakan. Itulah namanya keserasian. Ahhaa.
it should be nice kalau ada jubah with straight cut. =) |
Beberapa butik disinggah. Paling koman orang bagi harga pakej set pelamin dan baju pengantin saja sudah mencecah RM1000. Mati kutu saya dibuatnya. Itu belum idtambah dengan aksesori dan sebagainya. Koman-koman boleh cecah RM2000. Mengeluh panjang saya dibuatnya. Kakak memandang, meminta kebenaran. Biasalah, saya 'berkuasa besar' dalam keluarga. Ahha. J
Butik lain diteroka. Mencari harga yang berpatutan. Teringat pesan Ayah, "Tak perlu membazir duet banyak-banyak, nanti lepas kawen banyak lagi duet nak pakai." Disebabkan itu, kakak pun cuak nak berbelanja sakan. Tambah Ibu pula, "Kalau kakak nak kawen besar-besar, Kakak tunggu kerja dulu, kalau waktu belajar ni ala kadar saja, akad nikah saja pun dah memadai." Saya sekadar menjadi tukang tambah rasa saja kat belakang. Nampaknya tradisi kahwin sewaktu masih belajar sudah dimulakan, pasti tidak payah untuk diteruskan selepas ini. Ahha.
gambar sebagai hiasan. kalau nk lihat pelaminnya, kena datang kelantan Jun nati. Datang lah! |
"Nanti dekna kawen, tanak lah pelamin-pelamin ni semua. Biasa-biasa cukup.." kata saya pada keluarga sewaktu kami berehat minum the Cameron Highland di beranda rumah.
Nampaknya semua ketawa. Kata Abang, "Boleh la cakap sekarang tanak kawen lagi, jangan nanti dekna yang melebih-lebih."
Senget punya Abang. Kakak pula penambah, "Kalau dapat suami yang nak buat kawen besar-besar nanti baru tau. Ternganga la nak ikut cara dia."
Malas saya nak bergaduh dengan mereka. kata saya perlahan, "Sebab tu la kena cari suami yang sama fikrah, sama-sama faham. Hek eleh."
Nampaknya mereka tidak mahu melayan saya. Tidak mengapa, itu perkara normal bila menjadi anak nak dekat-dekat bongsu. Ahha.
Selama saya bersama menguruskan perkahwinan kakak, saya mula belajar banyak perkara.
Perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Kadang-kadang kita bakal berperang dengan nafsu yang mahukan perkahwinan terbaek yang kononnya sekali seumur hidup. Moga-moga iman menjadi benteng dan menewaskan nafsu yang sentiasa mahu kita tenggelam dalam dosa yang berpanjangan.
Bila mahu menjadi suami atau isteri, perasaan tidak menentu. Kacau dan serabut. Menarik membuat persiapan majlis perkahwinan, tapi jangan lupa untuk mempersiapkan rohani dan diri sendiri agar sedia menerima tanggungjawab yang besar. Yang penting, jangan harapkan mencari orang yang sama seperti kita, tapi mencuba mencipta keserasian dalam hidup berumah tangga.
Semua orang mendambakan seorang suami/isteri yang baek, tapi jangan lupa untuk menjaga keberkatan perkahwinan bermula dari hari pertama melangkah ke gerbang perkahwinan iaitu majlis akad nikah.
Usah berusaha memuaskan hati orang lain untuk majlis perkahwinan anda, tapi ketahuilah, majlis anda adalah hari kebahagiaan anda, maka anda mempunyai total kuasa untuk menentukannya.
Wah, dah macam penasihat perkahwinan pulak.
*menaip melepaskan tensi**
Tinta anak perempuan,
Husnakamarudin.
No comments:
Post a Comment