♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, April 20, 2011

Homesicking


Baru tiga minggu di PJ, perasaan nak balik rumah, dah setinggi gunung Tahan. Nasib baek Allah sebokkan dengan 'banyak' benda. (macam banyak sangat). Sekurang-kurangnya, ada komitmen. Tak adalah fikir benda yang pelik seperti 'nak terbang balek Kelantan menghabiskan duet mak ayah'. Memang pantang 'dok saja'. Rasa boring dan dunia ni tak guna. J

Semalam dua kali 'on call'. Menarik. J (macam doctor pulak..)

Tengok kucing kat Mahallah, teringat kat Hurairah kat rumah. (note: Hurairah tu nama kucing kesayangan, berumur 10 tahun. Sekarang dah nyanyuk. Gelaran manja "Woh".)

Tengok Ustazah-Ustazah yang datang waktu 'on-call', teringat Ibu kat rumah. Kebetulan, Ibu pun demam. Sampai takde suara terbatuk-batuk. Syafahillah.. J

Telefon Ayah,

"Ba, kakak nak balik. Kakak tak kira kakak nak balik jugak. Kakak taknak duduk UIA. Kakak rindu nak balik." Buat gaya tengah stress.

"Kenapa nak balik sangat ni?" tanya Ayah pulak. Steady je melayan anak-anaknya. Sungguh, terharu.

"Kakak sakit tangan, pastu kakak nak basuh baju, pastu kakak takde syiling 50sen nak guna mesin basuh kat asrama." Itu saja alasan yang mampu difikirkan waktu tu. Tapi Ayah tak marah pun dengar alasan "bodoh" tu, malah Ayah bagi penyelesaian yang cukup "bernas".

"Kakak nak syiling 50 sen? Nanti Ba post… Nak berapa keping?" ok, nak tergelak. Tapi Ayah steady je kat sana. Anak Ayah dah tersenyum-senyum macam kerang busuk. Loyar buruk anak ayah, loyar buruk lagi ayahnya. J

Setelah panggilan ditamatkan dengan loyar buruk tersebut, Ayahanda mesej, "Ada masalah di UIA ke? Kalau kakak nak balik bagitau lah. Nanti Ba belikan tiket."

Sungguh, AYanhanda memang cool dan sporting. Bila baca mesej Ayah, 'hujan lebat'
pulak dah. Walaupun tak pernah nak bagitau anakanda ada masalah, tapi ayahanda memahami. Syukran daddy! J

Takkan nak cakap, "Dad, they put me in the beaker and add Hydrochloric acid with 2.0 Molarity into the beaker after that they shake me like the Shakespeer do! I under stress Dad!"

Atau,

"Ba, diorang jahat! Semua orang dah pandang 'slack' kat kakak!"

Teringat pesan Abang, "If u are under stress, don't make others stress too. Its annoying." Ok, Abang saya mmg pakar falsafah terbaek. Beliau banyak ajar saya "how to be a good couple to ur hubby". Ahha, tengkiu Abang. J Miss u a lot lah!

Teringin sangat nak balik, tapi memikirkan banyak perkara. Tambah-tambah lagi, shortsem, short money. Kasihan mummy daddy asyik bank in duet saja. Kadang-kadang tak mintak pun, tapi depa dah risau. So, tak mungkin saya jadi anak yang 'tak kenang jasa'. Apalagi nak buat benda-benda 'bodoh' di UIA.
J Prove them that, I will make this shortsem benefit me, benefit u and benefit us. J (wah, kalo ayah baca mesti bangga pastu cakap kat semua orang kampong. J)

Apapun, 3minggu yang ada untuk bersama "mereka"
pasti saya gunakan sebaek mungkin.

Nanti, kalo korang datang jaulah ke Kelantan, jemput datang walimah di rumah saya, 4 Jun 2011. Jadi, stay lama sket di Kelantan tu. Boleh makan gulai di rumah. Kalau tak kenduri, boleh menginap di rumah,m tapi kalo kenduri, sorry, out of hotel service. J Tak sabar nak tunggu kehadiran mereka ke Kelantan. Walaupun waktu tu might be…. I cant be with them. J
Bila lagi nak jumpa Ayah saya yang sporting, Ibu saya yang memahami, Abang saya yang suka falsafah, kakak saya yang banyak cerita dan anak sedara saya yang comel-comel. J



Tinta anak ibu ayah,

Cik Husnabaek. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

ok,ini lawak husna.. hahaha. patut ank kelakar, bapak pun kelakar..

husnataqwa said...

eh,janganla cakap macam tu, nati ayah saya baca, terasa hati pulak dia. =)

tapi dia mmg kelakar. =)

athirahariffin said...

baco entry ni raso sgt2x nak balik..
waaa~~
trah balik kamis next week.. jange deki yer kak.. hehe

husnataqwa said...

huu. nk balek jugak... =(

baba bagi je balek..
tirah dah beli tiket ka??

Anonymous said...

ishk...ishk.. anak manja..

seniorita said...

Salam. Baca status blogger yang Husna tulis kat atas tu. Tertarik nak share. Saya antara orang yang mengikuti perkembangan 'masalah' tersebut. Maaf mengatakan demikian. Tapi demi kebaikan bersama. Mereka yang melakukannya memang nak tengok kalian tension, sakit hati, dibenci, sedih dan seerti dengannya. Dan mungkin juga nak melihat kalian 'bergaduh' dan merosakkan gerak kerja. Maka, jika Husna terus menerus tak dapat mengatasi 'perasaan' dalam hal ini, Husna memang tewas dengan permainan tersebut. Mereka mmg nak tengok kekalahan kalian. Berterusan dengan rasa kecewa, malu dan marah memang ada, tapi a very motivated person macam Husna, mesti boleh mengatasinya. Saya cukup percaya. Jadi abaikan 'perasaan' tersebut dan teruslah berjalan seperti biasa, kerana anda mengetahui kebenarannya walaupun mereka tidak mengetahui..
Moga-moga memberi manfaat pada Husna untuk menangani 'perasaan' tersebut..

kuantan :) said...

Agree. totally agree. Jangan tewas dengan perasaan cik husna.

A very motivated person never put the feeling on her way. :)

Tak perlu susah-susah jadi orang lain semata-mata nak suruh orang menarik balik kata-katanya. Tak baik menghukum orang lain atas kesilapan orang lain. Anda nak jadi orang lain untuk dia, sedangkan antara anda dan dia tidak ada apa-apa masalah. Masalah anda adalah dengan 'mereka'. Fikir-fikirkan dan jangan cepat mudah kalah pada perasaan. Husna kuat. Chayyok....

athirahariffin said...

dok ag.. nok beli on the spot..
balek la kak..
ba bg green light doh tu..
trah pun balik sbb umi suh balik..
hee~~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.