Waktu kecik-kecik lagi, saya selalu dengar orang cakap,
MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Masa tu kecik lagi, tapi terfikir, kenapa MALU tu sebahagian dari iman? Sampai besar saya terfikir-fikir. Bila pakai baju kotor pergi kelas waktu sekolah rendah dulu, saya mesti nangis-nangis. Cakap pada Ibu, "Saya malu pakai baju kotor."
Kemudian, dalam hati saya kata, "Wah, berimannya saya, ada rasa malu!"
Sarkastik bukan?
"Ibu, saya malu pada manusia sehingga terlupa malu pada DIA..." |
Bila sekolah menengah. Lain pula ceritanya. Maklumlah dididik di sekolah agama.
Bila nak bercakap dengan lelaki, (dulu waktu kat sekolah Maahad, walaupun ada laki-laki, tapi tak sekelas dengan depa, dan jarang sangat jumpa.) rasa malu sangat. Tapi cakap jugak. Bila cakap, pastu ada orang tengok, bagitau kat kawan sebelah, "Malunya saya… Orang tengok saya cakap dengan banin tadi…"
Dalam hati kata benda yang sama, "Wah, kuatnya iman saya."
Sarkastik juga. J
Sekarang, saya cukup paham, kenapa malu itu sebahagian daripada iman. J
Bagaimana kita rasa malu pada makhluk, tentu lebih-lebih lagi kita wajib malu pada Khaliq.
Bila buat dosa, kita buat sembunyi-sembunyi, bajet takde orang tahu. Kita rasa tak malu. Sebab takde sape pun tahu kita buat dosa. Tapi kita terlupa, Allah tahu. Dan sebab tak ada rasa malu pada Allah, kita mampu melakukannya.
Kita malu kalau orang tahu kita SMS dengan lelaki yang tidak halal untuk kita. Kita tak bagitau sapa-sapa. Melakukan apa saja cara supaya orang tak tahu. Tapi kita lupa, ALLAH TAHU. Dan kita lupa, kita malu pada manusia. Dan kita tidak malu PADA ALLAH. J Kita menuturkan kata yang tidak baek bagi saudara kita tanpa memberi pengenalan diri, kita malu pada makhluk, tapi kita tidak MALU pada Tuhan. Sedangkan Tuhan melihat semua yang kita lakukan.
Ooh, patutlah malu itu sebahagian dari iman. Bila malu pada Allah, kita malu nak melakukan perkara yang Allah tak suka. Automatic dapat halang kita dari melakukan perkara yang maksiat dan dosa.
Ramai orang sanggup bangun tengah malam nak bergayut sebab tak nak bagi orang tahu, tapi terlupa ALLAH sentiasa tahu dan tak pernah tidur, malah malaikat setia mencatatkan semuanya.
Ramai orang sanggup menipu orang sekeliling sebab tak nak malu bila buat dosa, sehingga terlupa untuk aulakan malu pada Allah. Kalau malu pada Allah, tentu tak buat benda-benda yang terang tang tang Allah tak suka. Betul kan?
Ramai manusia hari ini dah hilang rasa malu pada Allah, malah mengagung-agungkan rasa malu pada manusia.Bila bawak beg kuliah buruk, rasa malu pada kawan-kawan sekuliah.
Bila pakai henset murah, rasa malu pada orang lain.
Bila markah exam sikit, rasa malu pada lecturer.
Tapi tak ramai yang lupa untuk malu pada DIA.
Kenapa aulakan pandangan manusia sedangkan pandangan Allah yang lebih utama?
J
Yang haram itu tetap haram. Dan yang halal itu nyatanya halal. Tidak perlu berdalih-dalih dalam urusan agama. Tidak ada toleransi dalam urusan dosa dan maksiat. J
Hentikanlah aktiviti maksiat yang tersembunyi akibat rasa malu pada manusia. Kerana, dengan adanya rasa malu pada Allah, insya Allah itu benar-benar sebahagian dari keimanan yang mapan. J
Saya sedang muhasabah diri sendiri. |
*Saya bercakap pada diri saya.
Kebetulan, tadi satu kejadian berlaku pada saya.
Saya dah rosakkan barang seorang sahabat. Kemudian, rasa takut nak bagitau. Terfikir untuk berhelah, kononnya barang tersebut jatuh dengan sendiri. saya malu dan takut nak bagitau pada beliau bahawa saya sudah rosakkan barangnya. Dan tiba-tiba ada satu bisikan, "Kamu tak malu pada Allah ke nak menipu? Memang orang laen tatau kamu menipu, tapi DIA? Bukankah DIA maha Mengetahui?"
Maka, saya tak jadi berhelah. Saya berterus terang kepada beliau. Dan Alhamdulillah, beliau tenang menerimanya. Syukur, bukanlah Allah berjanji, sesiapa yang meninggalkan larangannya semata-mata takut kepada DIA, pasti DIA bantu? Maka, tidak ada daya upaya menafikan janjiNya Rabbi. J
Malulah pada Allah. Anda mampu menyembunyikannya daripada manusia, tapi tidak sekali-kali mampu menyembunyikannya daripada DIA.
Terima kasih sebab memberi saya pengajaran terbaek** J
1 comment:
ye..btul tu..Allah itu maha mengetahui...
semoga perasaan malu padaNYA itu menebal dalam diri kita..amin
syukran na =)
Post a Comment