♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 26, 2011

Membandingkan diri



Diari seorang AKU.

[Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggalkan dunia]



Siapa kata aku tidak pernah kecewa dengan diri sendiri? mereka yang mengatakan demikian sangat silap. Perasaan yang aku tanggung sebagai seorang adik kepada engineer yang bermutu tinggi keluaran Universiti Teknologi Petronas dan seorang kakak, graduated dengan 1st class degree dari Universiti Luar Negara. Sedangkan apabila melihat pada diri aku sendiri, ibarat gajah dengan kucing. Tak sama padan dan tak sama tinggi. Sungguh, perasaan yang ditanggung bukan sedih yang biasa-biasa, tapi cukup luar biasa. Mereka yang memandang menyangkakan wajah ini redha dan tenang dalam ketentuan Dia. Tapi hati yang melalui, hati yang merasai, hati yang melihat semuanya. Sungguh, tak mudah.

Semua orang membandingkan kami. Ya, hamper semua orang. Malah, lebih teruk apabila mereka meletak HIGH EXPECTATION terhadap seorang aku. "Bakal mengikut jejak langkah kakak dan abang.." dan sebagainya. Mendengarnya saja mengundang gugur mutiara jernih dari wajahku. Tapi kekuatan yang Allah beri Alhamdulillah bukan kekuatan yang biasa-biasa. Malah, kekuatan yang luar biasa. Walaupun kadang-kadang rasa tersindir. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kakak dan abang. Terlalu jauh.

Tapi siapalah aku untuk membandingbezakan kami. Bukankan apa yang dipandang Allah adalah taqwa? Dan aku mengejar erti sebuah TAQWA. Kerana disitu aku mahu menang.

Dalam pencarian sebuah kemenangan dalam perbandingan, aku tersentak, terlupakah aku pada qadar ketentuanNya? Itu qadar buat kakak. Dan itu juga qadar buat abang. Kenapa mesti aku menbedakan aku dan kakak? Aku dan abang? Sedangkan abang adalah abang. Dan kakak adalah kakak. Terlalu hipokrit dan tidak berpuas hati seorang manusia apabila membanding bezakan apa yang dimiliki.
Hilang rasa bersyukur, terbang keimanan pada Qadak dan Qadar Tuhan. Entah dimana letaknya keimanan. Aku sering membandingkan kami, sehinggakan aku merasakan, aku terlalu serba kekurangan. Kemudian, timbullah bibit-bibit rasa ketidak adilan Tuhan. Sedangkan, siapalah aku mengajar yang Maha Bijaksana itu? DIA yang memberi segala kelebihan kepada Kakak dan Abang. Dan DIA juga memberi banyak kelebihan kepada aku, tapi aku tidak pernah meluangkan masa untuk memandangnya.
Betapa kurangnya rasa bersyukur hamba ini. Sedangkan apabila dihitung nikmat Allah buat kita, tidak terhitung. Terlalu banyak.
Tapi sayang, apabila dibandingkan dengan yang lebih hebat, hilang segala nikmat, tinggal segala bala. Maka, sukar untuk berhusnu dzon dengan DIA.

Ampuni kami Tuhan Rabbul Jalil.

Kami terlalu asyik memandang kelebihan orang lain sehingga kami terlupa pada kelebihan yang KAU beri pada kami. Kami lupa pada kelebihan sendiri, dan akhirnya kelebihan yang KAU beri, tersia-sia begitu sahaja dek kerana habis masaku memandang kelebihan orang lain. 
Dan kini, aku mampu berlapang dada. Benar, setiap orang ada rezeki kurniaan masing-masing. Usah pertikaikan kenapa aku begini, dia begitu.
Ambillah masa, renunglah apa yang kita ada, dan gunakan semua kelebihan yang kita ada pada jalan yang sepatutnya. Bukan melihat kelebihan orang, sehingga terabai amanah kelebihan yang kita ada. 
Sungguh manusia itu mudah lupa pada nikmat yang Allah berikan.
Sungguh, keampunanMU sajalah yang mampu aku mohon. Tidak ada daya upaya untuk aku membandingkan aku dengan makhluk lain dan mempersoalkan kenapa dan kenapa. Sedangkan aku adalah HAMBA dan KAU adalah TUHAN kepada HAMBA.
Salam Muhasabah~


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.