♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, April 17, 2011

Tunjang tarbiyyah


Sunyi juga bila semua roommate balik kampong. Walaupun jiran depan bilik penuh penghuni dan Pendatang Tanpa Izin Mahallah, bilik totap kosong. Sekosong hati ini.

Teruja untuk saya berkongsi satu cerita.

"Husna." Panggil seorang Ustaz. Saya berpaling. Memandang wajahnya yang kusut. Macam nak marah je. Ada buat salah ke?

"Kenapa Ustaz?" soal saya, cuak. Macam biasa, muka sedih dan simpati.

"Enti tahu cerita terbaru?" soal Ustaz, mula menyaingi langkah. Dalam hati, saya mengagak-agak. Cerita terbaru? Isu apa yang Ustaz mahu bangkitkan agaknya. Saya diam. Tandanya mahu Ustaz meneruskan ayatnya.

"Ada 'pasangan' tertangkap di hospital." Saya terkejut. Muka Ustaz terlalu serius untuk saya kata "Tak Percayalah!"

Maka saya mengambil langkah bijak, diam dan mengucap panjang. Sisa terakhir di sebuah sekolah dihabiskan dengan kisah yang begitu. Saya tertunduk malu.

"Maafkan saya Ustaz." Saya sendiri cukup faham kenapa Ustaz membangkitkan isu itu pada saya. Dan saya yakin, bukan Ustaz sengaja membuka aib itu pada saya. Lihat saja pada jawatan yang saya pegang sewaktu sekolah dulu. Itu cukup membuatkan saya "meminta maaf" pada Ustaz.

Ustaz senyum. Kemudian bertanya, "Apa perasaan?"

"Malu dan bersalah." Jawab saya,laju. Kemudian Ustaz menyoal lagi dengan lebih tegas,

"Malu pada siapa?"

"Malu pada Allah.." Jawab saya,juga laju.

"Pandai." Jawab Ustaz sepatah. Tiba di garaj motor. Motor KRISS berwarna purple itu saya tenung kosong. Ada sebiji helmet berwarna hitam dan sehelai sweater berwarna biru.

Langit biru bertambah keruh. Sekeruhnya hati saya pada waktu itu. Tidak lama lagi saya bakal meninggalkan sekolah ini. Ternyata, saya tidak Berjaya.

"Kamu tahu kenapa jadi macam tu?" Soal Ustaz walaupun perjalanan telah tiba di motor saya. Kunci motor saya keluarkan. Walaubagaimanapun, perasaan 'tak sedap' tetap ada, kalau orang Nampak, apa pula kata mereka, walaupun perbincangan kami tidak sia-sia.

"Ustaz rasa?" Saya menyoal soalan dengan soalan. Itu langkah bijak melarikan diri.

"Sebab kamu sorang-sorang."

Berada di sekolah yang kosong tanpa tarbiyyah, memang susah untuk menjadikannya bumi tarbiyyah. Susah! Saya mengakui.

"Bukan saya tak pernah ajak orang lain bersama saya.." kata saya, membela diri.

Dipendekkan cerita, selepas bertikam lidah dengan hujah tersendiri, Ustaz memberi resolusi,

"Kamu terlupa sesuatu sewaktu kamu nak jalankan tarbiyyah disini." Kata Ustaz, masih tegas. Saya mengangkat kening, seperti tidak berpuas hati. Apa yang saya tertinggal? Saya berusaha sebaek mungkin, saya rasa.

"Kamu terlupa pada USRAH." Ya, jawapan Ustaz, pendek tapi bernas.

Saya terdiam.

"Jiwa mereka kosong tanpa pengisian. Dan kamu tak dapat membina apa-apa dengan jiwa kosong. Sekalipun kamu ada pengikut yang ramai, sekiranya pengikut kamu berjiwa kosong, seolah-olah kamu tidak ada apa-apa. Bayangkan saya, 100 jiwa didarab dengan kosong, jawapannya tetap kosong." Terang Ustaz panjang lebar, dikaitkan juga dengan sejarah Usrah pertama dalam sejarah di rumah Al-Arqam.

Ya, saya terdiam dan saya membisu. Kesilapan saya? Kenapa saya tidak pernah terfikir pada sebuah perkataan yang cukup indah, "USRAH".

Kini, masa saya sudah tidak banyak, beberapa ketika saja lagi saya bakal meninggalkan tempat itu. Saya terasa ingin menangis. Sia-sia usaha saya, tanpa usrah.

Benarlah, usrah itu tunjang pada tarbiyyah.

"Sekarang kamu dah takde, dan semuanya tak ada. Semuanya dah tak bersambung. Akan terhenti." Kata-kata Ustaz yang terakhir menyebabkan saya terkesima.

Apakah dakwah disini sudah tidak mampu diteruskan? Saya mengelamun panjang.

Akhirnya kunci motor itu dimasukkan pada picunya. Starter ditekan, enjin dihidupkan. Sweater dipakai, helmet disarungkan ke kepala. Lantas, motor purple itu bergerak laju, seperti lajjunya pemikiran saya pada semua yang lepas. Tapi selaju manapun saya memandu, saya tak mungkin kembali pada waktu saya mentarbiyyah. Dan saya tak mampu mengulang semuanya. Itu nyata.



Sekarang, saya sudah tekad. Usrah bukan main-main dan bukan suka-suka. Usrah adalah tunjang pada tarbiyyah.dan saya menjadi orang yang paling jahil sekiranya tidak meletakkan usrah sebagai medan utama tarbiyyah. 


Allah, maafkan saya dan segala kesilapan saya. Saya tidak mahu mengulang kesilapan yang sama lagi. J



Kosongnya jiwa tanpa tarbiyyah. Kosongnya tarbiyyah tanpa usrah. J





p/s: Sungguh, terasa tidak harmonis apabila dihukum kerana kesalahan orang lain. Orang lain buat hal, tapi kita yang kena tempiasnya, sehingga antara kita, tidak ada lagi harmonis. Tuhan, aku malu padaMu dan aku jua malu pada sekalian makhlukMu. Tunjukkan aku jalan kebenaran dan jangan biarkan aku jatuh di tengah jalan. Tuhan, sungguh persahabatan itu harmonis, tapi seandainya ia perlu berakhir disini, moga Kau gantikan dengan yang lebih baek. Aku mohon, tunjukkan aku jalan terbaek menyelesaikan semuanya. Dan lapangkan dadaku dengan apa yang Kau beri. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

ask mart said...

teringat zaman dulu-dulu..
entah kenapa kita tak pernah terfikir pada USRAH..
kesalahan yg paling bodoh..
Una,rindu nk jupo. payah nk jupo ore hebat loni...

husnataqwa said...

betol tu.. pengajaran yg akanku kenang sampai bile2.. =)

*dah tade org panggil aku dengan name tu.. =)

cuti panjang nt buleh la jupo.. =)

ask mart said...

ada dapat mesej alumni tak boss?

husnataqwa said...

ada2 tapi tak reply. insya allah sampai klo tiada aral melintang. =)

ask mart said...

mu tu mcm2 aral melintang..
tok cayo mano~
solo lagi?

husnataqwa said...

haha. itu lumrah orang 'serba kekurangan' mcm aku.. =) tokleh wak gapo..

heh,soalan takleh belah**
ingat ni kumpulan nasyid ke nak ada solo solo pulak?
ahha, anyway, still macam dulu jugak. =) lone ranger. ahha

ask mart said...

tok finish2 lah mu punyo lone ranger..

k la boss. jupo di kelate. no aral2 melintang la. kalu banyok sangat aral melintang, mu jange kejut tengok muko ak depe pitu rumoh mu. whoa!
miss our memory la bos. uhuk uhuk

husnataqwa said...

aku suka tetamu tak diundang. well, i love surprise. =)

yoish. jumpe nati. harap2 tade aral melintang.

inni dhoif..

ask mart said...

sakit mu gane? dah ok?
uhuk uhuk teringat kenangan lama

husnataqwa said...

=)

as sweet as my smile.. =)

anni massanial dhurr..
wa anta arhamurrahimiin...

ask mart said...

uhuk uhuk

payoh dea kecek ngan ustazah gok..

nway, ak doa hok terbaik ko mu. tapi mu jange wak tok ingat pulok ko ak.

aku sekeh mu kalu mu nikoh tok ajok aku!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.