♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, April 08, 2011

Weekend


Sama seperti anda, saya juga menunggu-nunggu hari Jumaat, yang kemudiannya diteruskan dengan hari Sabtu. Kalau di kampong, saya tertunggu-tunggu hari Khamis, kemudian diteruskan dengan hari Jumaat yang sangat membahagiakan di kampong. Ya, anda semua patut merasainya.

Semalam talaqi berjalan seperti biasa setelah minggu lepas talaqi batal kerana Ustaz melawat saudara zaujahnya yang bersalin, kalau tak salah. J

Entah kenapa rasa macam berkurang ahli talaqi. Adakah masih tak mampu nak terima kenyataan bahawa sekarang adalah shortsem dan hanya kita-kita yang terpilih saja berada di UIA? Ah, tidak! Mencari muka-muka talaqi tegar, beakhir dengan kekecewaan. Lupa, dulu pernah mengucapkan selamat tinggal. Entah bila bakal bersua kembali, kita serah pada Allah. J

Berhajat untuk balik ke Seremban, lantas terlupa pada janji dengan mereka untuk ke Shah Alam pada hari Sabtu, jumpa orang-orang Kelantan di sana. J Tapi terpaksa juga pulang ke Seremban, mengambil barang-barang keperluan. Baju kurung 4 pasang yang ada tak mencukupi untuk seminggu. Tudung putih yang kena pakai pada hari Rabu pun masih di Seremban. Maka, gagahkan kaki untuk ke Seremban di pagi Jumaat yang murni. J

Hari Sabtu nanti, bakal bersama mereka di Shah Alam. Kembara banyak-banyak tempat ni tak laen tak bukan pakai duet yang banyak, kebetulan, nak pakai kereta sewa. Bukan berlagak tamau naik kenderaan awam, tapi kebetulan ada orang offer, khair saja. J

*kuat berjalan-jalan seolah-olah tak perlu amek midterm pulak minggu depan*

Ahad pula ada talaqi bersama Sheikh Fahmi Zamzam di USJ 9, Masjid Al-Falah. Untuk kali ni, tak pasti mampu join atau tidak. Jika sudah di UIA, insya Allah bakal menyertainya. Kebetulan, di Senawang pun ada talaqi bersama Sheikh Nuruddin. Jika berkesempatan, teruja untuk bersama beliau. J

*menghadiri majlis orang-orang 'alim tak pernah rugi dan tidak merugikan*

Rasanya baru sekejap di CFS, tapi bila dihitung program-program nak buat, macam dah tak sempat. Penuh agenda. Nak pergi picnic lah. Nak pergi Book Fair lah. Macam-macam. Full planning sehingga habis sem. Terbaek. Inilah orang yang hebat merancang a.k.a suka berjalan-jalan. J

Tuhan, dalam kembara aku sebagai hambaMu, tidakku damba kekayaan di dunia, cukuplah untukku keredhaanMu dan rasa redha dengan segala ujianMu.

Semua orang tak sangka, begitu cepat saya 'pulih'. Saya sendiri tidak sangka, dan tak pernah menyangkakan secepat ini saya 'pulih'. Saya percaya, bila Tuhan memberi ujian, pasti Tuhan sediakan ubat. Dan cukup optimis, pasti tiba kejayaan buat kita, Cuma sekarang tengah tunggu turn. Sewaktu sedang menunggu turn, perkasakan hati, moga-moga kelak bila rahmat Allah datang kepada kita, kita tidak lupa pada Dia malah semakin dekat dengan Dia.

*Kembara mencari cinta Ilahi tiada berkesudahan*

Syukran kepada yang membantu saya 'pulih' secara langsung atau secara tak langsung. Entum terbaek. J

Tak sabar nak jumpa adik-adik. Kali ni nak buli depa pulak. Selama ni den suap-suap sampai terjeluak. Kali ni nak depa pula suap den. Bila lagi nak melihat anak didik menjadi 'permata yang berharga'. Moga-moga kalian benar-benar 'berharga'.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.