♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, April 11, 2011

Don’t!


Setiap kali nak datang belajar, bermastautin kat Petaling Jaya, mesti macam-macam Ibu pesan.

Dan antara pesanan yang paling selalu Ibu cakap,

"Kakak dok tempat orang jangan sakitkan hati orang. Jangan buat orang tak senang dengan kita. Jadi sebaek-baek manusia yang beri manfaat pada orang lain."

Selama ni, tak pernah pun terfikir-fikir kenapa Ibu selalu pesan macam tu.

Mungkin terlupa bahawa, kalau kita buat baek pada orang, nanti orang pun tak susah nak buat baek pada kita. Terfikir juga, kalau kita baek, Allah pun mesti tak berat hati nak tolong kita.

Ibu pesan juga, "Jaga hak orang dan adab kita. Jangan sebab sikap kita pada orang, Allah marah pada kita."

Kemudian saya terfikir, kalau kita tak jaga hak orang lain, tentu Allah tak jaga hak kita.

Dan kata Ibu bila dah nak naek bas, "U get what u give."

Ya, apa yang kita beri pada manusia, yang itulah yang kita dapat. Kalau beri perfume, wanginya pasti kita dapat. Kalau beri sampah, busuknya pasti kita dapat. So, itu adil.

Tapi, kalau orang beri kejahatan, jangan balas dengan kejahatan. Balaslah dengan kebaekan, itu satu perkara yang cantik dan membahagiakan.

Susah nak jadi sebaek-baek anak. Susah nak jadi sebaek-baek sahabat.

Tapi mesti berusaha. Mula-mula payah, lama-lama mesti mudah.

*baru rasa susah nak jaga diri di tempat orang. Baru rasa susah nak jaga hak orang. B

Yang penting, rasa nak sangat jadi manusia yang bermanfaat pada orang laen, walaupun saya sedar, saya seorang yang "SERBA KEKURANGAN".

Maafkan saya atas kekurangan yang tak terlengkap. J

Dan terima kasih kerana sudi menjadi puzzle-puzzle yang mebuatkan saya belajar banyak benda dalam hidup yang mencabar.



Okies. A very nice sweet escape to Shah Alam. Syukran kepada yang bersama dengan travelog to Shah Alam semalam.

Farah Adlina, Asyitah Idris, Wirdah Mohd Zain dan Asma' Afifah.

Erk, sesapa yang rasa mereka juga terlibat, jazakumullahu khairan kathir.



P/S: Ibu, saya nak jadi anak ibu yang mampu survive well di tempat orang. Mohon doa berterusan. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

post ni bunyi macam sedih. harap2 penulisny tak sedih spt mode post ni.

luv to see da smile.

Anonymous said...

apa maksud sweet escape tu ek?

husnataqwa said...

senyum seindah suria. =)

sweet escape- keluar daripada kehidupan sbg seorang mahasiswa, melakukan apa yg jarang dilakukan, meninggalkan sebentar segala timbunan tutor dan nota yg perlu dibaca, dengan mengisi jiwa dnegan sesuatu yg menarik dan mampu menaekkan semangat. sweet escape ni sesuai unt jiwa yg tengah 'lemah', perlu nyawa.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.