♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, May 11, 2011

Tahniah Aleeya!

Aleeya di dalam wad sebelum operation. 
Bila dapat gambar ini di telefon bimbit, syahdu pula memandang wajah Aleeya. Macam menjadi pulak dia posing.

Alhamdulillah, Aleeya selamat dan sihat kembali seperti biasa. Harap-harap lepas ni Aleeya boleh cergas main-main macam dulu.

Allah menguji pasti tidak sia-sia.

Terima Kasih atas yang mendoakan~

Ini pula Adik Aleeya, namanya Ali. Comel. Sedang dimandikan Umminya di sinki rumahku.
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang tidak boleh kami dustakan. Semoga segala ujian dan nikmat yang Kau beri kepada kami tiada lain melainkan mendekatkan kami sekeluarga kepadaMu. Insya Allah.

p/s: Maaf, telefon bimbit saya 'meracau'. Tiba-tiba jadi OFFLINE, dan kadang-kadang MATI dengan sendiri. Penangan 'berenang' dalam gulai di UKC barangkali. Minta maaf jika ada SMS lambat dibalas, panggilan tak dijawab atau SMS yang dibalas menggunakan telefon orang lain. Tidak ada niat tak nak kawan dan sebagainya, tapi ada musyaqqah yang menghalang. Mohon difahami. =)

Sehingga ketemu lagi~

mode: Merindui keluarga. Bersabar, 4 hari lagi bakal pulang dan berkampung di kampung hampir 4 bulan!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

mabk.abubakar said...

:)..COMEL..

cousin said...

alhamdulillah syukur alya dah selamat. alya kecik2 dah kena uji. sian dia..... nt balik kita main lagi ye alya si bawang putih..

nurulhusna said...

=)

budak2 semuanya comel...

cousin- yolah, balek jangan tak balek.

Anonymous said...

anak sedara strong macam mak cik dia la.. baiknya alya...

cousin said...

"cikna..cikna.. mak teh dah ada suami, kenapa cik na tak de suami lagi? alya nak main dengan suami cikna.."

teringat ayat alya pada cikna dia.. ngeh2.. tpi cikna dia poyo je..

"cikna,cikna, cepatlah bawa suami cikna, alya nak main kucing dengan dia.."

cikna sayang sangat kat anak sedara dia ni haa

nurulhusna said...

lawak kan aleeya tuh. tergelak je dengar ayat dia. macam budak besar je.

pastu cikna pun jawab,
"Aleeya ingat suami cikna tu umur dia 5 tahun ke nak buat main-main?"


wa, nak nangis teringat kenangan dengan budak kecik ni...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.