DimaMu dihatiku.........?? |
"Kenapa payah sangat ni…" soalku dalam hati.
Aku mencuba lagi. Dan lagi. Tapi telefon bimbit tetap tidak mahu berfungsi seperti biasa.
Cover belakang aku buka, aku buka bateri dari tempatnya, kemudian aku tiup dan lap bateri tersebut pada cadar katilku.
Sekali lagi aku pasang semula ke tempatnya, "Bismillah…"
Aku tekan butang ON. Lampunya masih tak menyala walaupun sudah 2minit aku menekan butang tersebut. Kepala mula bingung.
Banyak SMS perlu dibalas. Nanti orang salah faham pula kalau SMS tidak dibalas.
Maka sekali lagi aku mencuba. Selepas selawat 11 kali, aku cuba menekan butang ON, lampunya menyala, tertera perkataan NOKIA.
Aku menjerit halus. "Yeah!"
Tapi kemudian lampunya kembali mati. Dan aku kembali masam muka.
Telefon itu aku campak ke tepi. Tensi. Dalam hati aku mengomel macam-macam, "Bukan murah beli telefon, rosak jugak. Asyik buat hal je."
Allah... Aku mahu dekat padaMu.. Dan didekati olehMu... -'Abdullah Hanzalah- |
Lantas, begitulah hamba Allah. Bila diambil nikmat darinya, dia mengeluh dan mengeluh. Apabila dikatakan padanya seruan untuk berusaha, dia berusaha, tapi sekadar cukup syarat. Dia lebih suka bertawakkal. Mungkin dia terlupa, tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia.
Dimana letaknya konsep tawakkal? Tanya pada hati. Berusaha cukup syarat, kemudian mengeluh dan mengeluh.
"Aku dah berusaha, sekarang tawakkal sajalah."
Apabila diberi nikmat, terlupa pada Pemberi Nikmat. Mudah lupa jasa. Kalau jasa manusia padanya, dikenang bertahun-tahun, tapi nikmat yang Allah bagi semalam, hari ini pun sudah mampu dilupakan.
Memang manusia cepat lupa.
Dimana kita di mata Allah, adalah bergantung pada di mana Allah di hati kita.
Letaklah Allah di tempat yang paling agung dalam hatimu, nescaya kasih sayang Allah menjadi milikmu.
Usaha mengeluh dengan ujian yang sedikit, tapi kagumlah pda banyaknya nikmat yang diberiNya.
Kita snagat banyak terhutang budi pada Allah, maka, berbuatlah kebaekan. Seinfinitinya.
Walaupun manusia mengkhianati, tidak mengapa, biar Allah yang mengadili.
Kalaupun manusia tidak mempercayai, tidak mengapa, biar Allah yang memberi bukti.
Sekalipun manusia membenci, tidak mengapa, asalkan ada Allah di hati.
Allah. Allah. Allah.
Rahmati aku dan sahabat-sahabatku. Ameen.
4 comments:
assalamualaikum.. syukran kak.. post yg buat dri ini kembali memuhasabah dri.. syukran..
kita same2 muhasabah...
sudah terhantuk biasanya baru terngadah~
waaah... strongnya orang tu.. dah recover nampaknya...
dah mampu menulis dengan baek..
sebelum ni post *******u je.. hehe.
bagusla, cepat pulih.. gini la muslimat besi ea..
memulihkan jasad mungkin mudah.
tapi pulihnya hati susah,
tapi kita kena gagah,
tak boleh tewas apalagi kalah.
=)
saya kuat!
Post a Comment