keliru dengan diri sendiri... Oh Tuhan, tunjukkan aku jalan... |
Hari ini saya cukup tidak faham kenapa 4 orang male workers naik ke level mahallah saya, kemudian mereka beramai-ramai membuang pintu bilik mandi kami. Daripada enam bilik mandi, empat pintu yang dibuang. Tinggal dua pintu yang masih sedia ada. Penat saya fikir, sampai jiran-jiran kata, tak perlu fikir. Buat susah otak saja. Tapi masalahnya, saya cukup musykil, entah kenapa mereka buang pintu tersebut, malah bahan-bahan yang buang pintu tu, mereka selerakkan depan tandas. Macam-macam bau ada. Siap ada tong cat, kayu-kayu, alat-alat menukang. Musykil! Kalau sehari dia buang pintu tak mengapa, ini dah nak dokat seminggu dah. Mana tak musykil? Kemudian berlakulah fenomena beratur panjang-panjang bila semua orang berebut nak mandi pergi kelas. Macam cerita P-Ramlee pulak. Lepas tu ada lah yang Cuma gosok gigi je sebelum ke kelas. Haih, memang saya tak faham. Saya rasa saya fikirkan benda ni sampai dalam kelas. Memang polik. J
Macam tu jugak dalam hidup kita. Banyak benda yang berlaku kita tak faham. Kenapa begitu? Kenapa tidak begini? Kita selalu persoalkan bukan? Ya, betul lah tu. Banyak benda dalam dunia ni kita tak faham. Langkah pertama kita, berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah. Susah nak buat, ya, memang susah. Tapi percayalah, tak ada benda yang sia-sia diciptakan oleh Allah, mahupun ujian menguji hati. Pasti tidak sia-sia. Sama juga dengan kisah di atas, tak adanya male worker tu sengaja nak buang pintu, mesti ada sebab. Tapi kita tak tahu. Kenapa kita tak tahu? Kerana kita bukan AHLI dalam soal pintu dan sebagainya. Kalau nak tahu? Kalau nak tahu, silalah tanya. Cadangan roommate saya, "Kak Husna letak notis kat situ, tanya mereka awat cabut pintu. Nant depa jawab."
Oh, bernas idea itu. Tapi saya tak buat OK, harap maklum. J
Begitu juga sebagai hamba. Allah yang mengatur dan merancang. Maka, segala perancangan pasti ada hikmah dan tidak sia-sia. Kalau ada yang meragukan, mengadulah pada DIA. Mohonlah pada DIA moga dikurniakan redha. Malah moga ditunjukkan jalan. Insya Allah, pasti dibantuNya. J
Banyak benda saya tak faham. Tapi lama-lama bila saya hayati segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Ya, benarlah, terlalu tersembunyi. Ya, terlalu. Kadang-kadang kita tak pernah sangka. Akan hikmah itu. Walaupun sekecil-kecil kejadian, pasti ada hikmah. Kadang-kadang lama masa diambil sebelum kita sedar hikmahnya. Kadang-kadang mengambil masa setahun. Setelah setahun, baru kita sedar, wah, ada hikmahnya Tuhan buat aku begini dan begitu. Tapi bayangkan, dalam masa setahun itu kita asyik bersangka buruk dengan Allah. Ruginya. L
Konklusi, bersangka baik dengan Allah. Walaupun kita rasa "ini tidak adil.". Percaya dan yakinlah Allah pasti meletakkan sesuatu perkara dengan BAIK. Tidak pernah DIA tersalah atur, tidak pernah DIA tersalah rancang. Kerana DIA sebaik-baik perancang.
J
Redha dan ikhlas pada apa yang melanda. Sertakan dengan kesabaran dan keimanan yang mapan, insya Allah jiwa pasti tenang.
p/s : Sudah kehilangan LAMAN untuk menulis 'berat-berat'. Terfikir-fikir untuk menulis disini atau membuat LAMAN baru.. Inilah nasib apabila LAMAN sudah bertukar tangan, atau dalam bahasa jahatnya, DIRAMPAS dengan KEJAM tanpa notis 24 JAM. Sabarlah. Pasti ada hikmahnya. Yang penting, pastikan LAMAN yang dirampas sentiasa PANAS dan tidak menjadi beku seperti AIS! Oh, AIS………J
4 comments:
hoo.. pg meting, blur.. sebab pk pintu tandas ke? lawak gile..
patut la blur sangat.. ish..ish..
sampai tersebut2 nama orang len.. gelak besar ni. nati nak cite kat orang lain, mesti tergelak2 terbahak2..adui.. kang ada orang marah lak sebut name orang len.. huuu
Apakah. Mana ada fikir pintu tandas pg meeting. Ada pulak. Senget sungguh. Stakat pintu tandas, den tak terbawak2 dalam meeting =)
Tapayah la cite kat orang lain. Nt tak private and confidential pulak.
Takde sape nak marah pun. Saya Marah pada diri sendiri ada lah. Entah apa yang merapu-rapu..
Ni lagi teruk, pakai nama UTM terus. tah sape tah.
Husna on la YM. nak cakap. huuhuhuhu
Post a Comment