♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, May 04, 2011

Apa itu M.A.T.A.N.G?


Tahun lalu, saya berpeluang mengikuti jejak saudara kandung saya menghadiri satu Kursus Motivasi Diri. Pada awalnya saya menolak pelawaan abang, kata saya,

"Tayah secular sangat. G dengar kuliah agama lagi best. Dah la kena bayar mahal."

Tapi ternyata jawapan Abang merubah pendirian saya,

"Jangan pisahkan dunia dan akhirat. Kita selalu pergi kuliah agama, tak salah pergi kuliah motivasi. Lengkapkan diri dengan semuanya. Dah ada ilmu, kena tahu cara menguruskan diri pulak."

Akhirnya dengan muka tak puas hati saya menemaninya. Padahal beliau sengaja nak berteman, maka dipujuknya saya dengan wajah serius dan wajah WAJIB PATUH. Sabo je la. Nasib jadi adik. Bila jadi adik, kena selalu mengalah. Ye ke? Atau dalam kata lain yang lebih tepat, TAAT. Wah. Betul-Betul-Betul. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu saya bayar untuk dapatkan 'kasihsayang' mereka. dan kebenaran mereka setiap kali saya nak "outstation". Ok, yang ni kena belajar topic khusus, "Bagaimana cara mengikat hati orang." J

Tiba di sebuah hotel di Kota Bharu, saya terkejut. Tangan Abang saya cubit sekuat hati. Mana tidaknya, semuanya yang hadir adalah Engineer. Dah namanya Engineer, populasi lelaki lebih mendominasi. Sabo je la. Lepas tu beliau boleh buat tatau pada perasaan saya. Tak mengapalah, saya enjoy sajalah. Terpaksa berpura-pura jadi Engineer. Wah, semua orang kagum pada saya. Kata mereka, "Susah nak jumpa Engineer semuda ini dan menutup aurat macam ni." Jawapan saya, "Biasalah, student UIA.." (Tidak bernada riya'.) Kemudian, mereka membalas jawapan saya, "Bukan student UIA selalu kena extend year ke?" Lawak pulak soalan mereka, saya sekadar tergelak kecik. Ada patut kutuk student UIA depan-depan den. Memang nak kena. Sabo je la. J

Kemudian, majlis dimulakan. Saya tak faham apa yang motivator tu cakap, sebab beliau punya English, slang ape pun saya tatau. Memang susah nak tangkap. Tapi saya tengok orang lain rilek je. Jadi saya pun berlagak rilek. Nanti mereka kata, "Eh bukan student UIA terror BI ke?" Kantoilah saya nak jawab. Kemudian, datang pula motivator dari Japan. Hah, yang ni lagi la tak paham apa yang beliau kata. Tersengguk-sengguk den. Hilang focus. Macamana nak focus, faham pun tidak? Itulah, penting kan aspek kefahaman ni. J

Kemudian Abang mesej, (beliau berada di sebelah lelaki dan saya berada di sebelah perempuan, biasalah, Kelantan.. J)

"Hoi, bangun la mek. Ingat free ke forum ni?"

Wah, sudah diugut nampaknya, maka saya terpaksa membuat sesi hilangkan mengantuk dengan melakukan "petua pelajar bahagia di dalam kelas tanpa mengantuk."

Tapi serius, memang tak paham. Bahasa Jepun yang sempat saya belajar dari Abang-Abang cume beberapa patah perkataan saja. Itulah, sekadar "how to great people" dan "how to express feeling." Aduyai. J Takpelah tengok muka motivator pun jadilah, amek berkat, kang ada orang mengungkit pulak bayarkan yuran motivasi untuk saya. J

Lepas tu datang seorang penceramah dari Malaysia. Entah apa namanya pun saya tak amek perhatian. Tapi bahasa Melayu dan campur-campur Englishnya boleh difahami. Maka, saya bersungguh-sungguh mendengar inputnya.

Yang sempat saya amek dari isi motivasinya, "How to be matured."

Sebagai seorang engineer, beliau mendefinisikan matured as an engineer. Makna kata, bila bekerja dalam KILANG. Tapi saya kira boleh diaplikasi dimana-mana. Maka, kita umumkan skopnya. Insya Allah.

HOW TO BECOME MATURED.


  1. Mission Statement
    Bermaksud, "ACTION BASED ON VALUE, NOT FEELING." Atau dalam bahasa mudahnya, bertindak tidak mengikut perasaan tetapi mengikut nilai-nilai dan logic akal. Kadang-kadang, dalam menyelesaikan masalah, kita prefer untuk ikut perasaan, sebagai makhluk yang memang berperasaan. Jadi, untuk menjadi matang, kita mesti mengenepikan perasaan dan mengikut VALUE dan segala kebaekan dengan professional. Tapi, WARNING, jangan buang kesemua perasaan. Put feeling at least 5% only to or action. Kenapa? Sebab beliau kata, sebagai manusia, kita tak boleh nafikan perasaan yang wujud, kita Cuma boleh CONTROL the FEELING.


     
  2. Knowledge+ Experience
    Makna kata, kita tak boleh jadi orang yang sentiasa mengkaji dan mengkaji pelbagai buku dan menggali semua ilmu, tapi sayang kita tak ada praktikal. Bila tak ada praktikal, semua ilmu tu ZERO. Maka, beliau katakan, orang yang matang adalah orang yang menggabungkan ILMU dan PENGALAMAN dalam tindakannya. Maksudnya, bila nak bertindak, kita rujuk pada ilmu dan ambil kira pengalaman yang lepas. Kalau diri sendiri tiada pengalaman, maka sila ambil pengalaman orang yang ada pengalaman. Ilmu tanpa pengalaman MACAM TAYAR KERETA TANPA SPORT RIM. J


     
  3. Allah's inside
    "When u put Allah inside, then you will be the true caliph." Bila kita rasa Allah ada bersama kita, kita tentu tak berani nak buat rasuah, nak curi tulang dan sebagainya. Itu apa yang engineer tu kata. Bagi kita pula, kalau kita letak Allah ada bersama kita, tentu kita tak berani buat maksiat walau sorang-sorang. Dan yanglagi penting, tentu kita tak buat tindakan bodoh, sebab kalau kita ikut apa ajaran Allah, tentu kita tak songsang. So, orang yang matang adalah orang yang beriman dalam melakukan semua perkara, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak melakukan perkara yang bagus, tetapi melanggar syariat Allah, bak kata, "Matlamat tak menghalalkan cara." Kalau orang yang tak letak Allah bersama, apa saja matlamatnya pasti mereka dapatkan walaupun halal atau tak halal. Halal atau tak halal tidak langsung menjadi perhatian mereka. Maka, bagi saya sendiri, put Allah inside adalah satu eleman yang sangat-sangat penting untuk menjadi orang yang matang. Yelah, buat apa matang, kalau iman tadak. J





    Sebenarnya mereka bagi 5 ciri-ciri, tapi saya Cuma ingat 3 saja. Ada disebutkan juga tentang 2 jenis matang, iaitu;
  • Matang pemikiran
  • Matang kelakuan


Mengikut apa yang beliau kata, biasanya orang yang matang pemikiran akan melahirkan kelakuan yang matang. Tapi orang yang matang kelakuan belum tentu mempunyai kematangan pemikiran. Maaf, saya juga tidak begitu jelas bagaimana nak membezakan matang kelakuan atau matang pemikiran.

Itu saja yang mampu saya kongsikan daripada motivation course setahun yang lalu. J

Yang penting, sebagai seorang daie, kita mesti compatible. Iatiu, dapatkan semua benda yang baek. Lengkapkan diri dengan segala ilmu, bukan saja ilmu agama. Malah motivasi dan sebagainya.

Peringatan saja, saya pun jenis orang yang tak suka pada motivasi-motivasi. Cuma mendapat galakan dari orang-orang terdekat. Biasalah, kita mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Sekadar perkongsian dan pengalaman. J



Syukran Abang kerana banyak berjasa pada saya. J

Syukur Allah kerana memberikan saya orang sekeliling yang baek-baek walaupun saya tak berapa nak baek.


 Tinta Motivated Person,
Husnakamarudin.




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

sukma atiqah said...

salam k.husna. boleh saya copy sebahagian entry ni? i'll link to your blog.. =)

husnataqwa said...

sila... pleasure~

caliph said...

tahniah. adik aku mmg bagus.
bilo balik kelate? RHOM ada buat lagi, nk ikot lagi dok?

husnataqwa said...

tok sei..
nak g hiking. buleh deh? deh? =)

balik 16/17hb? belanje la tiket flight... =)

caliph said...

weh, bukan dekna kena warded 18/5 ke? lewatnya balik. awal la sikit. jange buat mum dad risau.

semalam baba mcm nk bagi je dekna g hiking. tapi tak tahu la gapo syarat dio. g la pujuk lagi, buleh la tu.

adios amigos.
(blog ni berat, lambat loading, malas nak buko)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.