♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 10, 2011

Mudahkan semuanya untuk MEREKA…


Assalamualaikum.

Aleeya bersama Papa dan Ummi.

Semalam SMS Abang Sulong saya, Mohd Khairul Azinor Kamarudin bertandang ke telefon NOKIA saya. Jarang Abang Yu menghantar SMS. Biasanya menelefon.

"Salam. To inform all of us, Insya Allah esok Aleeya akan masuk wad untuk operate telinga. Mintak doa dengan adik-beradik. Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga. Ujian yang Allah hantar bukan sia-sia kan? Berat mata memandang, berat bahu memikul.. Doakan kami…"
Muka innocent Aleeya.

Hamper terhempas telefon bimbit sewaktu membaca SMS tersebut. Teringat kelincahan Si Aleeya yang baru berusia 5 tahun. Lincahnya dia. Rajin menolong Umminya mengemas rumah. Sungguh, budak kecil itu sungguh tidak berdosa. Mukanya telus dan mulus. Seolah-olah tidak mengerti apa yang berlaku.

Aleeya dan Mak (Ibu saya) di rumahnya.

Walaupun saya mengetahui anak saudara saya ini akan dioperate sewaktu balik bercuti sebelum shortsem hari tu, tapi perasaan terkejut tetap ada. Cepatnya masa berlalu. Masih saya ingat, di ruang tamu kediaman kami, selepas majlis kenduri tahlil nenda, kami bersidang. Abang mula meluahkan rasa, teruji. Sewaktu itu Aleeya ada mendengar, tapi sungguh, Aleeya tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh orang-orang dewasa di sekeliling. Memandang Aleeya saja sudah membuat saya jatuh simpati. Kasihan Aleeya. Kalau saya diuji dengan kesakitan, saya tahu, sepadan dengan dosa-dosa saya yang banyak mendiami hati. Tapi kalau budak sekecil itu apa yang dia faham?

"Aleeya, tahu tak nanti Aleeya nak masuk wad?" soalku pada Aleeya, sadis.


"Yelah, nanti Aleeya masuk wad, Aleeya boleh tidur atas katil macam Cikna dulu-dulu. Nanti Aleeya tak kena main dengan adik. Cikna suka ke duk kat wad?" walaupun pelat, tapi bicaranya lancar, seperti orang dewasa. Kemudian saya sebak. Tidak mampu menyambung bicara dengan Aleeya. Kalaulah Aleeya tahu perasaan berada di katil wad tersebut. Betapa rasa seperti dalam 'penjara'. Dengan tangan melekat dengan DRIP IV, bergerak sedikit dah boleh buat darah memancut keluar. Belum lagi makanan hospital yang dipaksa telan. Kalau sedap, tak mengapalah. Itu tak kermasuk lagi dengan detikan JAM yang menjadi sangat PERLAHAN. Satu jam yang berlalu terasa bagai 4 jam. Nurse-nurse yang menyakitkan hati dengan tugas yang tidak sempurna dijalankan. Dan lagi tak best dengan pil-pil yang perlu ditelah "on time". Allahu Allah, itu bukan satu kegembiraan.

Aleeya berbaju purple menunggang basikal bersama Munir, anak saudara sulung saya.

Saya memandang Abang Yu, pasti hatinya lebih dari saya. Takpe, itu ujian. Saya yakin, seperti mana Abang selalu tenangkan saya bila saya diuji, seperti mana Abang selalu ingatkan saya pada Allah, seperti itulah motivasi yang Abang ada. Pasti Abang tak cepat melatah.

Kami berbincang. Pembedahan tersebut biasa-biasa, tapi memakan belanja mencecah RM9500. Awas, post ini tidak berniat meminta sumbangan, samasekali tidak. Insya Allah, rezeki buat Si Kecil ini Alhamdulillah melimpah ruah. Lagipun, Mak dan Ayah (Nenek dan Datuk Aleeya, bersamaan Ibu Ayah saya) sedia membantu tanpa berat hati walaupun Abang dah kawin. Itulah Ayah dan Ibu, tak pernah berhenti meringankan beban anak-anak, walaupun anak-anak dah beranak bini. Kasihnya Ayah hingga ke Syurga. Sayangnya Ibu tiada terhingga. Syukran Allah menghadiahkan kami Ibu Ayah yang cukup baik. Alhamdulillah. J

Dan saya pula disini, tidak mampu menghantarnya ke wad. Tidak mampu membawanya makan KFC sebelum menghantarnya ke wad. Tak mampu mengucup ubun-ubunnya sebelum tangannya disuntik-suntik oleh nurse yang mungkin baik, mungkin garang. Saya Cuma mampu menelefon kakak ipar, bertanya khabar. Bukan tidak mahu berada di Kelantan, tapi kekangan yang ada sekarang cukup menghalang. Cuma doa yang mampu dititip buat Abang sekeluarga.

Aleeya dan Munir gembira bermain di air terjun sempena rehlah rasmi kelurga kami setelah mendapat menantu. Bila dapat menantu, mesti datang ke air terjun ini. Tak ada orang, boleh main sepuasnya. Dengar cerita, lepas dapat menantu baru bulan enam nanti, mereka dah plan untuk ke sini lagi. Moga-moga Aleeya mempu bermain dengan Munir seceria ini lagi. Aleeya, semoga Allah merahmati Aleeya. Cikna sayang Aleeya walaupun Cikna garang. Sobss. Sobss..

Akhirnya selepas lamunan yang panjang, saya membalas mesej Abang,

"Orang-orang yang bertaqwa pada Allah, nescaya akan diberikan jalan keluar. Allah uji anak-anak ni insya Allah Allah nak hapuskan dosa ibu ayahnya. Takpe, berlapang dada. Jangan risau, dekna sentiasa doakan abang sekeluarga. Yang penting, letak setinggi-tinggi harapan pada Allah. Aleeya kuat insya Allah. Jangan sedih-sedih ye. Pesan pada Aleeya, dok wad nanti jangan nakal-nakal, nanti cikna balik, Aleeya dah kena keluar wad. Semoga tabah Abang!"
Akhirnya saya senyum. Budak sekecil itu diuji, masih mampu tersenyum walau mungkin tidak memahami. Tapi saya, kenapa begitu cepat melatah bila diuji? Muhasabah diri sendiri.

Moga Allah ampunkan dosa kami sekeluarga, hamba berdosa.

Mohon doa semua pembaca, doakan anak saudara saya semoga semua urusan dipermudahkan. Moga lapang hati ibu ayah Aleeya, tidak gelisah dengan ujian, malah semakin tenang dalam pengabdian diri pada Tuhan. Insya Allah.

Abang, saya tahu abang strong. Sebab tu Allah uji. Jangan sedih ye. Mesti senyum sokmo. J



Tinta adik yang tak mampu bersama,
Bintu Kamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

caliph said...

kawe dok kelate pon tok g jenguk lagi alya. tok dam, keje banyok. sian ko alya. doa banyak2 lah kito ko dio..

hazirah said...

syafahillah.. comelnya anak sedara akak..

cousin said...

semoga aleeya cepat sembuh. dan semoga papa dan ummi aleeya tabah2 selalu. sampaikan salam kami sekeluarga buat mereka ye una~

husnataqwa said...

caliph- g la lawat, dekat je PC dengan HKB tuh..

hazirah- alhamdulillah =)

cousin= amin, senang2 meh la lawat aleeya. =)

Anonymous said...

sedih a dengr cite budak2 kecik operate nih. mmg mudah recover tapi risiko tinggi. sian anak sedara tu.. takpe a. moga allah mudahkan semua.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.