♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, May 08, 2011

Seminggu yang tinggal…


Makin dekat dengan tarikh perpisahan sementara didunia. Kaki mula rasa tak berpijak didunia nyata. Terlalu banyak perancangan di rancang.nak makan nasi arab sama-sama. Nak 'hiking' sama-sama. Nak lepak rumah sama-sama. Nak pergi taman bunga sama-sama. Allah. Segala perancangan yang dibuat, terasa hebat. Sesekali, sibuk dengan merancang, sehingga terasa seminggu yang bakal berlalu pasti cepat beransur pergi.

Buat yang bakal ke Gombak, kalian bakal KAMI rindui. Perpisahan ini terlalu sementara. Dan kita menungggu pertemuan seterusnya di akhirat sana.


tak sanggup meleraikan pegangan ini. allahu allah........




Kejauhan itu tidak dinilai pada jauhnya jarak antara kita, tapi ia dinilai pada jauhnya jarak hati-hati kita. Maka, selagi hati-hati kita sering bersatu lebih-lebih lagi tatkala mengingatiNYA yang satu, tentu jarak hati-hati kita terlalu dekat. Insya Allah.

Sedih. Itu tak dapat dinafikan. rasa nak spend whole time dengan anda semua. Siapa sangka, 5 bulan perpisahan sementara (bagi yg ke Kuantan) banyak yang bakal berubah. Yang penting, biar berubah kearah kebaekan, tidak berubah kearah keburukan. Biar perubahan kearah penambahbaekan, tidak dalam urusan kemungkaran. Muhasabah bersama.

Rasa nak cipta macam-macam kenangan dengan entum semua. Kalau mampu, nak bersama setiap masa. Manis rupanya ukhuwwah ini, ibarat sebiji EPAL. J

Mungkin lepas ni walaupun kita sama-sama ke Kuantan, mungkin kita tidak seakrab hari ini. Mungkin kita tidak mampu spend time together seperti hari ini. Mungkin kita tak mampu kongsi suka derita bersama seperti hari ini. Mungkin juga kita tak mampu lagi berkongsi rahsia 'hati' seperti hari ini. Allahu Allah. Saat-saat manis bersama pasti bermain indah di memori. Tuhan. Ikatlah hati kami, dan biar kami seiring sejalan ke SYURGAMU. AMeen. 

Teirngat saat indah bersama mereka. =) Terima KASIH sahabat.


Semakin bersama, semakin banyak yang kita faham tentang 'SAHABAT' kita. Apa yang mereka suka. Apa yang mereka benci. Dan hari ini belajar pula PENGALAMAN BARU dengan SAHABAT, tentang apa yang boleh membuatkan sahabat MARAH dan bagaimana dirinya ketika MARAH. Yang penting, kena tahu bagaimana mengatasi keMARAHannya. Ya, sungguh, benda baru. Kerap bersama, membuatkan kita lebih memahami diri masing-masing. Usah ditilik persamaan antara kita, tapi carilah TITIK PERSEFAHAMAN antara SAHABAT. Moga kita lebih BAHAGIA bersahabat sehingga AKHIRAT.

Bukankah HATI kita telah lama MENYATU...


Tak mampu nak cakap panjang, mata dah memberat. Hari ini memang menarik. Allah sering menghadiahkan UJIAN, tapi digantikan dengan KEADAAN yang MENARIK. Mungkin datangnya UJIAN, adalah kerana ALLAH mahu memberi kita RUANG BERSAMA sebelum masing-masing membawa DIRI dalam jangka masa yang boleh dikatakan PANJANG. Maka, apa saja UJIAN datang, hadapilah kita dengan SENTOSA. Mungkin ini HADIAH dari TUHAN sebelum PERPISAHAN antara kita. Sobss… Sobbssss….




Sentiasa mahu bersama kalian. Moga ketemu di dalam keadaan yang lebih baek. Teringin berjalan di TAMAN-TAMAN SYURGA bersama. Berpegang tangan dan mengimbau kenangan sewaktu BERHEMPAS PULAS mencari gali KEREDHAANNYA. AMeen.. Temukan kami di TAMAN SYURGA AKHIRAT sekiranya tidak mampu kami BERMESRA di dalam SYURGA DUNIA. Apapun, JOM ESOK PERGI JALAN-JALAN ke TAMAN.

Sebelum tu, terimalah dedikasi LAGU NASYID buat yang bergelar SAHABAT. Terima Kasih ala kulli HAL. J

tidak berpisah HATI, sekadar TERPISAH jasad.




Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Sehijau HARI ini... 

p/s: adakah perasaan TAKUT pada PERPISAHAN ini adalah PERASAAN yang BIASA? Sungguh, aku takut pada PERPISAHAN. L

Friendship isn't how you forget,but how you forgive,
not how you listen, but how you understand,
not how you see, but how you feel,
not how you let go, but how you HOLD ON.

Luahan Jiwa Sang Kelana,
Bintu Kamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

uda sangat teringin untuk bersama kalian...forget me not :(((

husnataqwa said...

Tak pernah lupa pada kalian. UDA apatah lagi. moga suatu hari nanti kita juga MAMPU cipta kenangan yang lebih indah antara kita selepas KENANGAN yang INDAH di DQ. =)

Ameen.......

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.