Ibunda TERISTIMEWA. TERIMA KASIH ibu. |
Meniti hari-hari yang mendewasakan,
Kadang-kadang langkah ini perlahan,
Tapi engkau setia memimpin tangan,
Walaupun engkau sendiri kepenatan.
Pernah jiwa muda merasakan,
Tidak mengapa tanpa ibu,
Tapi rupanya itu satu kesalahan,
Aku buntu tanpamu ibu.
Disaat semua orang memandangku serong,
Dihatimu aku tetap seorang anak yang hebat,
Dan engkau tidak pernah membuatku bingung,
Tapi aku sentiasa memberimu tamparan yang hebat.
Sewaktu aku menjadi hina,
Engkau tak putus berdoa,
Sewaktu aku menjadi mulia,
Engkau tetap terus berdoa.
Mulianya hatimu ibu,
Tapi mata hati ini yang buta,
Betapa engkau anugerah buatku,
Kepada Allah aku meluahkan rasa gembira.
Terima kasih dariku untukmu,
Melayan karenahku tanpa jemu,
Walau kadang-kadang menyusahkanmu,
Tapi engkau ibu, tetap disitu.
Aku menyayangimu ibunda,
Sayang yang bukan biasa-biasa,
Kasih sayang yang cukup istimewa,
Hanya Allah yang boleh membalasnya.
Tinta Istimewa dan ORIGINAL dari ANAKANDA buat IBUNDA tercinta,
CHE NORISAH SHEIKH AHMAD.
Ibu, maafkan semua kesalahanku dan ampunkan dosaku padamu. Samada dalam keadaan tidak sedar atau sengaja. Moga-moga keredhaanmu ibu untukmu, menjadi KUNCI keredhaan ALLAH untukku.
Sayang Bu sangat..Sangat. J
Ya Allah, rahmatilah IBU, kerana BELIAU yang menjadikan AKU dan ABANG,KAKAK dan ADIKKU seperti hari ini, atas keizinanMU. Allah, kesyukuran ini mahu aku zahirkan. Moga rahmatMu buatku berterusan.
Ibu, mohon doa berterusan.
p/s: SETIAP HARI ADALAH HARI IBU.
Tinta Anak Ibu,
Nurul Husna binti Che Norisah. J
2 comments:
Anak solehah,,, penyejuk mata ibu ayah...
ameen..
Post a Comment