♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 07, 2011

Travelog Kuliah Dhuha. =)


Minggu ni sungguh 'menarik'. Sangat. J

Hari Jumaat menyaksikan kegembiraan sahabat-sahabat mendapat sentuhan daripada UFM. Alhamdulillah ala kulli hal. Walaupun diri sendiri agak tidak berpuas hati kerana tidak mampu mengutip sebanyak mutiara daripada UFM, tapi berlapang dada itu lebih manis dan mulia disisiNya. Cemburu juga dengar mereka memetik mutiara hikmah dari UFM, takpe, sekurang-kurangnya mereka berkongsi, wlaaupun hanya ayat, "Saya tak redha kalau kamu tak pilih yang ada kat sebelah ni.." Mendalam… Mendalam… J Terima kasih UFM atas sesi yang menarik. Alhamdulillah. J

Kemudian, malamnya pula bersama adik-adik MEDCY sebelum menyantap eskrem dengan "budak-budak" UTM yang comel-comel dan hebat-hebat belaka. Walaupun kali terakhir, moga-moga masih ada pertemuan selepas ini. Wah, nostalgic pula. Apapun, UTM memang terbaek. Meriah dan very MULTITASKER yang cemerlang. J

Selepas itu, tenggelam dalam 'kematian yang sementara'. Keesokannya, meneruskan perjalanan hidup menghadiri kuliah Dhuha Sheikh Nuruddin (Sila rujuk post yang lepas) di Masjid Shah Alam. Best jadi "conducter" ni (bukan conducter bas, tapi orang yang conduct program), memang tarbiyyah dan tadhiyyah kena sebati dalam diri. Betul kata sahabat saya, "Tarbiyyah ni datang dari macam-macam sumber, beruntung orang yang diuji Allah. Kerana itu tarbiyyah yang cukup baik." Peace. J

Semoga Allah merahmati beliau. =)



Ramai juga orang yang berminat menghadiri majlis ilmu yang penuh barakah ini (Insya Allah). Saya pula, sejak di DQ sudah mula "jatuh cinta" pada Sheikh Nuruddin. Lebih-lebih lagi bila mengetahui zaujah Sheikh juga bernama HUSNA. Wah, bangga pulak. J Perjalanan bermula di PJ dari jam 7.30 pagi. Kemudian mendapat "ihsan" dari Illeya Ibrahim untuk menumpang keretanya ke Masjid, kemudian buat 'trip' dan 'route' yang cukup sinonim dengan KAMI. J Mengimbau kenangan lama yang punya SENTIMENTAL VALUE yang tersendiri. J Itulah, tarbiyyah dan tadhiyyah. Moga-moga lepas ini saya menjadi produk tarbiyyah yang berkualiti tinggi. Susah tu, tapi mencuba. Doakan saya. J



Masjid adalah sebuah tempat yang cukup tenang. Sejak DQ juga, saya sudah jatuh cinta dengan MASJID. Tempat terbaek yang ingin dituju. Ketenangan dan zuqq berada di rumah Allah adalah sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan apa perkataan sekalipun. Moga-moga Allah mudahkan rezekiku untuk menjejak Tanah Haramain sebelum maut menjemput nyawa. Ameen. Dari pengalaman mereka yang pernah ke Haramain, saya yakin, saya juga bakal jatuh cinta dengan Tanah Haramain itu. Dan saya yakin, tidak ada orang yang pernah SERIK untuk ke situ. Tentu mahu mengulang-ulang ke Tanah Haramain jika dipilih menjadi tetamu Allah. Moga Allah mudahkan. Lepas ni kalau dapat tawaran berbulan madu, nak sangat ke Tanah Haramain. Moga Allah mudahkan jalan dan murahkan rezeki. Amen… J





Kemudian, lebih kurang pukul 1 tengahari, setelah menjadi "driver" bertauliah… Eh, silap. Saya bukan "driver", saya "co-pilot" saja, kami meneruskan perjalanan ke PAS ( Plaza Alam Sentral). Menyantap santapan, sejak dari pagi tak makan, muka sorang-sorang dah macam nak makan orang dah, lapar. Indah rasanya sesi MAKAN-MAKAN MAHABBAH bersama Hani Nabilah, Hazwani Khamarudin, Wirdah Mohd Zain, Illeya Ibrahim, Shaahida Zainal,dan Muna Adila. Mungkin tidak ada rezeki untuk berMAHABBAH di PAS bersama Hannani Ahmad Puaad, Nabilah Othman dan Yeni Mardhiyyah. Takpe, kita punya masa untuk mengulang MAKAN-MAKAN MAHABBAH lagi walaupun di bilik yang 'serba kekurangan' ini. J

Indahnya Ukhuwwah atas dasar AQIDAH. Moga-moga UKHUWWAH tidak RETORIK semata-mata. Mode: Sedang cuba menjadi sahabat yang terbaek. Doakan juga. J

Tiba di Petaling Jaya tepat 3.30 petang. Bergegas untuk bersolat ZOHOR, mengejar masa sebenarnya untuk balik ke PJ, tambah pula badan yang sudah mula kehabisan tenaga untuk minggu ini. Entah masih larat atau tidak untuk mengikut KEMBARA MAHABBAH esok hari. Ibu sudah memberi kebenaran untuk bersama mereka, tinggal lagi 'kemampuan' diri sendiri. moga-moga keinginan dan semangat boleh membuat diri ini 'mampu'. Insya Allah.

Saya, NURUL HUSNA KAMARUDIN, dengan rendah hati memohon MAAF atas segala kekurangan dalam TRAVELOG KULIAH DHUHA. Kepada AHLI TALAQI, maaf sekiranya ada SMS-SMS yang tidak terbalas, bukan tidak mahu balas, kadang-kadang terlepas pandang. Mungkin ada SMS yang lambat dibalas, bukan sengaja, tapi mungkin sewaktu menerima SMS sedang ada komitmen lain, maka, mohon berlapang dada dan memaafkan segala kekurangan. Maaf juga jika tak mampu 'serve' yang terbaek. Persediaan LAST MINUTE sebenarnya. Semuanya adalah kerana kekurangan diri yang ada pada hamba yang HINA ini. Mohon maaf atas semuanya. J

Akhirul Kalam, moga-moga hati-hati yang mencintai MAJLIS ILMU ini bersatu atas KALIMAH HAQQ, bukan atas kepentingan SYAKHSI atau MASLAHI semata-mata. Tapi semuanya kerana AQIDAH YANG SATU, insya Allah. Moga Allah berkati usaha dan pengorbanan kalian dalam usaha memenuhi 'hajat' dan permohonan AlMuhtaram UStaz Muhadir, guru talaqi yang dikasihi, Alhamdulillah. Hanya Allah yang mampu membalas usaha dan pengorbanan kaian. Kagum pada semua orang. Kagum pada pencinta-pencinta Majlis Ilmu. Moga istiqamah di JALAN KEBAIKAN. Teruskan menitikan kaki pada JALAN KEMULIAAN, iaitu MAJLIS ILMU dan bersama ORANG-ORANG yang SOLEH.

Merindui sahabat di Kelantan. Apa agaknya khabar Cik Zakirah yang sedang menjadi guru ganti di sekolah lama saya. Moga khair-khair saja sahabat. Moga diberi peluang untuk kita bertemu mata. Insya Allah


Tinta PENA orang yang banyak dosa,

Husna Kamarudin. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

mmg sufi haraki lah kak husna. terbaikkk

jumaat berharaki.
sabtu bersufi.
complete..

ni boleh masuk lagi tak ni? kot2 dah berpunya la

husnataqwa said...

sufi haraki? doakan ye, sedang menuju ke arah itu. setakat ni rasanya tak sampai lagi.. dalam usaha.

moga2 semua itu menjadi jalan mendekati Tuhan, tidak jalan membelakangkan TUhan.

single..single..

=)

.. said...

single but not available?

Anonymous said...

xbek beri harapan pd org len sedangkan dlm hati dh ada org len.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.