♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 07, 2011

Marbahan biwasiyyati Rasulillah. Ahlan Bina!


Salam sejuta TALAQI. Alhamdulillah, kali ni kita bakal kembara ke Shah Alam untuk mengikuti kuliah Dhuha Sheikh Nuruddin Al-Banjari.

Kepada semua pelajar UIA, khususnya, ahlan bina. Mari bersama-sama mengimarahkan Masjid Negeri, Shah Alam. Insya Allah, penuh keberkatan.


Buat student UIA yang berminat menyertai,

Muslimin dan Muslimat,

Sila berkumpul di MAIN GATE UIA tepat JAM 7.30 PAGI. Dan Insya Allah kita akan bergerak ke sana bersama-sama, (mencari keberkatan dalam beramai-ramai) ke Stesen KTM di KL Sentral. Dari Stesen KTM KL Sentral, kita akan menuju ke KTM Shah Alam. Insya Allah, jika dimudahkan Allah, ada dua buah kereta yang akan berulang alik menjemput pelajar UIA dari KTM Shah Alam dan akan dihantar ke Masjid tersebut. Insya Allah. Moga Allah mudahkan jalan. J

Mohon jasa baik disebarkan pada yang berminat dan berkelapangan menyahut seruan AlFadhil Muhtaram Ustaz Muhadir. J

Pesanan lanjut boleh dilihat di poster dan hebahan-hebahan lain boleh di dapati di Facebook saya. (Click Badge FB saya disebelah.)





*Alhamdulillah ramai yang berminat. Penuh INBOX telefon bimbit saya dengan SMS bertanya dari mereka yang mencintai Majlis Ilmu. Kagum dengan semangat entum. Moga ruh kesufian itu berkekalan. Insya Allah. Mohon tidak disalah gunakan, kadang-kadang SMS terus dibalas tanpa bertanya siapa, tapi ada juga yang menyeleweng dan sebagainya. Harap-harap tidak menyimpang dari matlamat asal. Syukran atas kerjasama. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Afiqah Zulkifli said...

nnt share la dgn saya ya.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.