♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, May 23, 2011

Wanita SEKSI punya ALASAN.


PENGALAMAN SENDIRI

Saya juga pernah menyoal siasat adik yang berada dalam program saya sewaktu saya meng'handle' program di sebuah sekolah menengah. Masya ALLAH, pakaiannya sungguh-sungguh seksi. Tidaklah seperti mereka di KL, tapi kalau kat Kelate, kira dah 'pelik' berpakaian sebegitu. Maka saya bertanya pada beliau,

"Kenapa tak pakai molek-molek?" punyalah lembut soalan saya, tapi sayang beliau memasamkan muka. Riaknya yang ceria tadi berubah. Lantas beliau menjawab soalan saya dengan perasaan yang cukup tidak puas hati,

"Kakak ingat kakak ahli syurga ke nak tegur saya? Saya tau la kakak baik, tapi belum tentu sampai mati kakak baik. Syukur la kakak jadi baik, tak payah nak sibuk hal orang."

Keras orangnya. Maka setelah berbalas mulut, akhirnya saya berputus asa. Budak ini tidak boleh ditegur dan tidak mahu ditegur. Akhirnya, saya memberi kata putus,

"Takpelah. Nanti kalau rasa dah nak mati, datanglah cari kakak. Kakak sedia nak tolong awak. Cari FB kakak kat internet. Taip je nama kakak. "kata saya sambil menaip nama penuh saya dan emel, moga-moga terbuka pintu hatinya untuk mencari saya suatu hari nanti. Beliau ambil walaupun wajahnya cukup tegang.

"Jangan buang pulak kertas tu, simpan tau. Nanti kamu cari kakak kalau ada apa-apa. Kalau kakak mampu bantu,kakak bantu, kalau kakak tak mampu, kakak minta orang yang mampu untuk tolong kamu. Tapi pesan kakak, kamu kena ingat, lagi lama kamu tunggu untuk berubah, lagi banyak dosa, lagi lama duduk dalam neraka."

Kemudian saya melihat kertas itu diselitkan didalam walletnya. Saya lega. Sekurangnya beliau masih mahu menyimpan nama dan emel saya. Saya senyum semanis mungkin, tidak mahu beliau menganggap saya mahu memusuhinya.

Dan ALHAMDULILLAH, selepas enam bulan, saya mendapat mesej melalui FB, (waktu itu nama FB saya masih NURUL HUSNA KAMARUDIN),

"Kakak? Kakak ingat saya? Saya sekolah kat XXXXXXXXX sekarang. Kakak, doakan saya. Bulan lepas mak saya meninggal. Saya janji saya nak berubah. Kakak jangan dendam dengan saya, saya minta maaf pada kakak. Ni nombor telefon saya, XXXXXXXXXXXX. Kakak, hubungi saya ye, saya jarang buka internet. Kena ke cyber café dulu. Tengkiu Kakak."

Dan sewaktu itu saya menitis air mata sambil meneliti profile FBnya. Walaupun tidak banyak update, tetapi gambar-gambarnya cukup berbeza berbanding dulu. Bukan saya yang memberikan hidayah, pemberi hidayah itu adalah DIA. Tapi betapa bersyukurnya rasa hati melihat perubah tersebut.

Dan sehingga hari ini beliau sering berbalas SMS dengan saya. Dan saya kira beliau cukup sabar melayan saya yang selalu jarang membalas SMS beliau. Bukan tidak mahu, tapi kekangan-kekangan yang mungkin sengaja dicipta bila mendapat mesej beliau. Apapun, saya cukup bangga dengan beliau. Moga ALLAH merahmati beliau dan seluruh ahli keluarganya.

13 SOALAN DAN JAWAPAN TIPIKAL WANITA SEKSI.

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam."Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu."

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

syasya said...

teruskan dakwah mu kakak ku ! hihi

Anonymous said...

kakakmu kakakku jua.
hehe
teruskan tinta dakwah ini.

all out lah!

Anonymous said...

rindu mujahidah muda bertinta. take care sayang~

Izzati Nur said...

cam kenal je yg duk lam gambor tu

no alasan, yg wajib ttap wajib ditutup.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.