Hari ini berpeluang bertemu empat mata dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir. Saya kira,sudah lama mengatur pertemuan, tapi percaturan Allah menemukan kami hari ini. Dan alhamdulillah, pertemuan yang tidak sia-sia tentunya.
Beberapa hari meng'uzlah'kan diri di bandaraya Kuala Lumpur, menemukan saya begitu banyak hikmah dan permata yang baru ditemui. Syukran pada mereka yang membantu dan menemani saya mencari 'sesuatu'.
Perasaan RINDU pada Encik Lappy di rumah memang tidak dapat dibendung. Tidak selesa untuk mengupdate menggunakan lappy orang lain, tapi kali ini nampaknya, 'terpaksa'. Masih ada urusan yang bersisa di PJ untuk diselesaikan. Moga-moga Allah mudahkan urusan kami dan memberi jalan keluar terbaek untuk kami, terutama kepada adik-adik saya. Kuat adik-adik!
Sepanjang beruzlah, saya berazam untuk mendaki gunung sehingga berjaya ke puncak. Meskipun saya terpaksa berkaki ayam, saya mahu meneruskan pendakian. Tidak ada apa-apa yang boleh mengatasi cinta Alah dan Rasul. Insya Allah.
Bersama-sama sahabat yang masih di PJ, kami mengulang sejarah-sejarah yang mungkin selepas ini susah untuk di ulang. Menjejak Ali Bistro. Pelbagai. Ukhuwwah bukan retorik, ukhuwwah ini memang tidak plastik, insya Allah.
Tentunya tidak ketinggalan saya mengucapkan terima kasih kepada Ayah dan Bonda atas keizinan yang diberikan untuk saya tinggal 'lama' disini. Tidak pernah saya jangkakan Ayah dan Bonda begitu berlapang dada, malah membenarkan saya 'berhenti bekerja' semata-mata 'urusan' di sini yang masih bersisa. Terima kasih Ayah dan Bonda, pasti saya tidak sia-siakan peluang yang diberikan. Bukan saja pengorbanan itu, malah tak kurang wang ringgit dan segala kemudahan, dan yang paling penting doa dan semangat yang berterusan dari Ayah dan Bonda. Tak kurang buat kakak dan abang yang sentiasa menyokong dari belakang. Syukran 'ala kulli hal.
Ya Qawiyy Ya Matin... Inilah zikir yang menemani saya semasa menghabiskan 'sisa' di Bandaraya Kuala Lumpur. Nikmat kesihatan sepanjang keberadaan saya disini teramat saya syukuri. Benarlah, Tuhan tidak pernah mengecewaka hambaNya yang meminta. Alhamdulillah, saya berjaya.
Tidak ada apa-apa kecintaan yang perlu dilebihkan, melainkan kecintaan kepada Allah dan Rasullah. Kekalkan kami dalam istiqamah ya Rabb. Kekalkan kami dalam jiwa ibadah ya Ilahi Rabbi. Kekalkan kami dalam istiqamah. Insya Allah.
Semalam saya menghadiri AGM MEDCY, alhamdulillah dapat melihat muka-muka bakal pemimpin MEDCY yang baru. Adik-adikku, coraklah MEDCY sebaiknya, jangan dihancurkan potensi yang ada. Allah bersama kalian dan kakak sentiasa mendoakan kejayaan kalian memandu MEDCY ke arah sebuah persatuan yang bukan saja berjaya dimata manusia, malah cemerlang di hitungan akhirat kelak, insya ALLAH.
Doakan saya sentiasa istiqamah dan berjaya mendapat taqwa. Pesanan Al-Muhtaram Ustaz Muhadir, saya semat dihati. Moga saya mampu menjadi muslimah yang lebihbaek lagi. Jazakallah Ustaz atas pesanan dan nasihat yang kena pada hati. Allahu Allah.
Akhirul Kalam, terima kasih pada semua yang mencorakkan hari-hari yang saya lalui di Bandaraya Kuala Lumpur. Banyaknya tarbiyyah yang saya dapat, Allah saja yang tahu, samada secara direct atau indirect. Yang pasti, saya hargai walaupun sedikit yang kalian pernah corakkan. Yang banyak corakkan tu tentu saya lebih lebih hargai. Allahu Allah. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian semua. Innallaha ma'ana.
Sehingga bertemu dalam coretan yang akan datang. Banyak yang ingin dinukilkan, tapi kurang selesa dengan laptop orang lain. Sehingga bertemu lagi. Allahu rabbi.. Ilalliqa'...
1 comment:
tahniah. balik gak akhirnya. lame ditunggu2. hiii
Post a Comment