♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, June 13, 2011

Kuasa DOA


Oh, semalam saya mendapat undangan ke majlis perkahwinan sahabat se'batch'. Kira umur 'sama' lah, 21 tahun. J

serunuk mengupdate blog


Beliau menjemput saya menghadiri majlis akad nikahnya, majlis kenduri akan dibuat pada hari raya nanti.

Teruja juga saya dijemput ke majlis akad nikah. Dalam telefon, semangat beliau memaklumkan kepada saya dan meminta saya hadir.


Saya terkejut dengan panggilan beliau dan agak terkesima. Maka, respon saya pun agak pelik.

Kalau ditilik-tilik, saya rasa, saya lebih matang dari beliau. (perasan tidak)

Kalau direnung-renung, beliau lebih 'main-main' berbanding saya waktu muda-muda remaja dulu.

Kemudian saya tanya pada beliau,

"Eh, apsal ko kawin muda sangat ni?"

"Cik Una, aku doa sejak aku form 1 lagi aku nak kawen bila umur aku 21 tahun. Allah dah makbulkan doa aku. Fortunately I met my Mr.Right on this age. Who know kawen jugak after 5 month declaration!"

Terkejut saya. Dia doa sejak tingkatan satu nak kawen umur 21 tahun? Hebat!

"Apsal ko doa macam tu? Awal kot. Belajar lagi…"

"Kunonya alasan ko. Alah, Allah dah mudahkan untuk aku semuanya. DIA makbulkan doa aku. Umur aku 21 tahun, aku kenal this guy. And at the same time, aku asyik mimpi this guy je, dan bila bagitau mak ayah, mereka setuju. Aku yakin ini doa aku yang Allah dah makbulkan. So ak get married lah. Cemburu ke?"

"Eh tak. Aku Cuma berkesima dengan kuasa DOA!"

Gelak panjang beliau disebelah sana.

Alhamdulillah. tahniah sahabat. Tahniah atas doa yang dimakbulkan.

Moga-moga Tuhan makbulkan jua doaku. Aku juga punya AIM. Moga-moga dimudahkan Allah. Tapi bukan AIM kawen je, AIM nak pergi 'sana'. J

Insya Allah.

Aku bertambah percaya akan kuasa hebat, kuasa DOA.

Memohonlah. DIA ada mendengarnya.

Cuba…. Kau berdoa…… J

Hebat kuasa DOA.



p/s: tak sabar nak jadi bridemate. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

nak pergi 'sana'?
mane? mati ke?

nurulhusna said...

mati? hem, boleh juga.

masyitah said...

hem,hebat kuasa doa kan cik una. allahu allah... kita yang jarang berdoa dan tak yakin dengan kuasa doa...

mari perkasakan doa..

nurulhusna said...

baek puan masyitah~

sahel akmal said...

salam, kak husna. lame x dtg jenguk blog ni. huhu.

x sangka berdoa dr tingkatan 1. tu mmg btol2 nak kawen awl.hoho

nurulhusna said...

Wassalam, sahel. Syukran sudi lagi jejak, ingat tak sudi dah. =)

Mungkin ada musabbab kot beliau mahu kawen awal, nak jaga keberkatan. Harap2nya macam tu lah~

Semua orang nak kawen, rezekilah lambat ke cepat.. Tak gitu?

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.