♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, June 13, 2011

Hidup yang Allah tentukan.


'Abdullah Hanzalah

Bayangkan anda memegang sebatang pensil, dan anda melakarkan apa yang anda mahu. Walaupun anda rasa itu adalah yang anda mahu, ingatlah pensil itu mampu melakarnya adalah dengan kuasaNya DIA.

Hidup ini Allah yang tentukan. Baik. Buruk. Bahagia. Sengsara. Senyuman. Tangisan. Semuanya DIA yang cipta.

Lakarlah impianmu secantik langit sekalipun, jika kau tidak berbuat taat pada DIA, lakaran itu pasti SIA-SIA.

Ini hidup aku, dan Allah yang menentukannya sebegini indah.

Sejak dari kecil sehingga aku dewasa, Allah tidak pernah lupakan aku.

Sesekali DIA menghantar basyira buat aku, supaya aku tenang dalam taat.

Sesekali DIA menghantar nazira buat aku, supaya aku gelisah tetapi wajib tetap taat.

DIA menguji aku berterusan. Tarbiyyah yang berterusan.

Ya, inilah hidup yang Allah tentukan.

bila jumpa orang, orang selalu kata macam ni pada aku,

"Taka pa, Allah sayang, sebab tu Allah selalu uji. Orang lain yang tak pernah sakit Allah tak pernah uji, entah bagaimana keadaannya bila diuji, masih taat atau sebaliknya."

Dan familiar phrase, "Allah sayang kamu.. Allah mahu kamu dekat dengan DIA."

Dan believe it or not, setiap kali ayat-ayat itu menyapa telinga aku, hati aku menangis, tapi aku tetap senyum.

Hidup ini yang Allah tentukan. Kita Cuma mampu memilih, tapi kuasa yang HAQ ada pada DIA.

Hidup ini bukan saja kehidupan di dunia, tapi ada akhirat yang bakal kita lalui.

Bersedialah dengan kehidupan sebagai hamba.





Tinta Budak Kecik Berjiwa Besar,

J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.