♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, June 15, 2011

Petua doa makbul Ustaz Zahazan.


inilah bukunya. kecil dan chumellll. =)
Jom kita share---

1-Berdoa dengan IKHLAS kepada ALLAH.

Persoalan ikhlas ini susah untuk kita ukur, yang penting, kita berdoa mesti bebas dari kepentingan-kepentingan lain. J

2-Mulakan dengan pujian kepada Allah diikuti dengan selawat ke atas Nabi s.a.w dan diakhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi juga.

Ustaz Muhadir setiap kali selesai ber'sms' dengan beliau, pasti beliau pesan agar memperbanyakkan selawat. Terutama dari hari Khamis selepas Maghrib sehingga Maghrib untuk hari Jumaatnya. Pasti besar barakahnya. J

3-Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah.

Biasanya kita bersungguh-sungguh berdoa bila kita mahukan sesuatu. Kalau hidup dah senang, nak tadah tangan lepas solat pun LIAT! Mesti yakin Allah akan memakbulkan doa, jika tidak didunia, pasti di akhirat kelak. Allah pasti tidak mensia-siakan hambaNya yang meminta.

4-Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.

Kalau kita minta kerja dengan angkuh pun, tak da siapa sudi beri kita kerja, ini pula doa. Untuk Allah pula tu. Maka, perlu rendahkan hati. DIA pencipta, sedangkan kita hanyalah HAMBA. J

5-Mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa dengan penuh pengharapan.

Put ur hope high up the sky. Tak salah mengharap pada DIA, insya ALLAh DIA tidak memekakkan telinga daripada doa hamba-hambaNYA.

6-Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Tuhan.

Jangan mudah putus asa dan jangan sesekali merasakan TUhan tidak mendengar doa anda. Kadang-kadang lambat dimakbulkan, bukan maknanya DIA tidak mendengar, ketahuilah, DIA lebih tahu apa yang baek untuk hambaNYA.

7-Sentiasa berdoa setiap masa samada waktu senang atau susah.

Ramai manusia yang tunduk pada ALLAH hanya sewaktu mereka susah. Sedangkan ramai manusia yang lari jauh dari Tuhan bila mereka merasa senang. Jadilah hamba yang sentiasa syukur dalam susah, syukur dalam senang. J

8-Tidak berdoa tentang keburukan seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.

Kalaupun kita benci pada manusia, jangan doakan keburukan buatnya. Doakan moga ia mendapat hidayah dan taufiq dari Allah. Doa kebaekan, pasti tertempias jua kebaekan untuk kita. Insya Allah. Tidak sia-sia jika kita doakan kebaekan untuk orang lain.

9-Tidak berdoa pada tempat maksiat.

Jagalah kesucian doa. J

10-Merendahkan suara.

Makhruh berdoa dengan suara yang lantang melainkan dengan sebab musabbab tertentu. J

11-Mengulang Ya Rabb sebanyak 3x.

12-Menghadap kearah kiblat.

13-Berdoa dalam keadaan berwudhu'

Dalam keadaan suci, kita akan lebih dekat dengan Allah, dan pasti doa kita juga suci. J

14-Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum berdoa.

Suka untuk saya berpesan, biasa-biasakanlah diri dengan solat taubat. Apabila hapus dosa-dosa kita, tentu tidak berat untuk kita mendapat kasih sayang dan rahmatNya.

15-Tidak bersajak dalam berdoa.

16-Menggunakan ayat-ayat yang ringkat tapi padat dengan makna (Al-Jami')

17-Menyeru Allah dengan nama-namaNYA yang mulia.

COntoh Ar-Rahman. Ar-Rahim. Sebutlah nama Allah yang ada dalam asma Al-Husna. Insya Allah, ada keberkatannya pada nama-namaNya yang mulia itu.

18-Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal.

Berhati-hati dalam memilih makanan terutama makanan yang syubhah. Mengelakkan syubhah adalah tindakan yang mulia.

19-Hendaklah melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Tugas sebagai khalifah dan kita tidak boleh lari daripada kewajipan melaksanakan dakwah. Mesti ada usaha dalam dakwah.

20-Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa untuk orang lain.

21-Menghimpunkan anak-anak jari semuanya melainkan ibu jari.

22- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.

23- Mengaminkan doa yang dibaca.



Saya memetik petua-petua ini daripada buku Doa dan Zikir Harian daripada Ustaz Zahazan Mohamad. Buku kecil yang comel hadiah pemberian Abang Ki sewaktu pulang ke kampong baru-baru ini. Setiap adik beradik dapat sorang satu. Sebelum tidur, selepas membelek-belek buku haraki, saya membuka buku doa ini, membaca doa-doa yang ada, sebelum mata berat dan terlelap. Hari ini terasa mahu berkongsi petua doa makbul. Mari kita amalkan setakat yang kita mampu, kalau boleh biar mampu semuanya. Insya ALLAH.

Abang memang peminat setia Ust Zahazan. Terutama sesi Tafsir Quran pada pukul 6.30 pagi dari IKIM, mesti berkumandang dari radio rumah dan radio keretanya. Alhamdulillah. satu contoh yang boleh diteladani. Syukran abang atas qudwah hasanah. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

ada orang sedang menghilangkan gelisah ye..
kagum dengan semangat kamu yg kuat. tahhniah teman..

husnataqwa said...

wallahu a;lam..

bukan mudah unt menjadi ;kuat'.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.