♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 28, 2011

010811- Ramadhan 2011


Demikianlah tarikh yang direncanakan bermulanya puasa. Insya Allah, kebiasaannya, tarikh yang diletakkan dalam calendar, sama saja walaupun bila dah tengok anak bulan. Tapi apa-apa pun, kita tunggu jugak Penyimpan Mohor Besar Diraja umumkan tarikh rasmi 1 Ramadhan.
 Insya Allah, ada pelbagai perasaan bila nak dekat dengan Ramadhan ni. Antara yang terlintas kat benak hati, "Boleh ke aku istiqamah dengan KPI aku untuk Ramadhan kali ni?"




Bukan tidak percaya pada diri, tapi mengikut pengalaman-pengalaman lepas, selalunya panas awal-awal Ramadhan, kat tengah-tengah Ramadhan tu suam-suam kuku, bila nak hujung-hujung tu baru menggelegak balik. Masya Allah. Jadi, persoalan yang timbul itu, sebagai satu post-mortem, bagaimana nak kekalkan momentum ibadah dengan efektif. Insya Allah.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini fully puasa di rumah. Ada plan nak ke Johor dan Seremban, tapi setakat ini masih 'beku'. Kadang-kadang terfikir, apa salahnya habiskan Ramadhan tahun ni dengan Ibu Ayah, mungkin ini Ramadhan terakhir bersama mereka, samada mereka yang meninggalkan saya, atau saya yang meninggalkan mereka, wallahu a'lam. Yang pasti, bila ajal mendatang, tidak akan lewat walau sesaat dan tidak cepat walau sesaat. Maka, beringatlah akan MATI dan bersedialah untuknya. Insya Allah. J

Tahun ni, pasti rindu pada Petaling Jaya dan terlebih rindu dengan Ramadhan Mubarak di Darul Quran.
Kalau di Darul Quran, bila tiba Ramadhan, rutin ke Dewan Makan (DM) tidak diulang 4 kali sehari lagi. kalau ada yang rajin, turun bersahur di DM seawall jam 4.30 pagi. Tapi saya memilih untuk bersahur di bilik dengan kurma dan Jacob. Kadang-kadang, sempat makan kurma 3 biji kurma serta buah tiin saja. Penyakit malas nak pakai jubah, malas nak turun tangga, menyebabkan golongan-golongan ini tidak turun bersahur, walaupun nasi dan makanan sahur sudah disediakan, orang hidang lagi, tinggal makan saja. Wah, nikmatnya hidup di Darul Quran. J Kadang-kadang kalau terbangun awal pagi pun, lebih memilih untuk mencari 'modal' untuk tasmik. Semangat mujahadah begitu tinggi. Kalaulah semangat yang sama ada sampai sekarang, masya ALLAH! Paling seronok Subuh di Darul Quran. Kesejukan dingin pagi tatkala melalui rumput-rumput hijau, berlatar belakangkan tasik, berjalan menuju ke Masjid. Sejuknya sampai ke tulang sum-sum! Tapi terubat dengan bacaan-bacaan dari Imam-Imam yang sungguh syahdu dan merdu. Alhamdulillah. pelbagai lagu pulak tu. Mana nak cari, susah dah. J

Waktu kat DQ lah, paling seronok, sebab selalu jemaah 5 waktu setiap hari di Masjid. Alhamdulillah. tapi sekarang susah dah nak ulang sejarah itu. Subhanallah. Lepas berbuka puasa, kadang-kadang beli makanan di café, kadang-kadang ambil makanan di dewan makan, dan kalau yang lagi semangat, keluar ke Bazar Ramadhan di Kuala Kubu Bharu. Selepas azan Maghrib, cepat-cepat bukak puasa, kemudian berkejar-kejar ke Masjid, nak dapat takbir pertamalah katakan. J Seronok benar kenangan 'takbir pertama', bila teringat, asyik rasa nak senyum je. Ish2.. Lepas Solat Maghrib, macam biasa cari modal. Kemudian, solat Isyak dan terawih ramai-ramai. Waktu Ramadhan ni memang saff penuh sampai ke belakang. Kadang-kadang tak muat! Kalau bulan biasa, paling ramai pun 4-5 saff saja. Tapi kalau bulan Ramadhan, sampai ke depan saffnya. Masya Allah. Kagum sungguh dengan barakah bulan Ramadhan. Kemudian, ada tazkirah. Saya masih ingat, tazkirah yang membuat saya sayu dan menitiskan air mata dengan kisah Nabi Yusuf yang disampaikan oleh Ustaz Ihsan Fadhli, waktu itu YDP Darul Quran, mantop orangnya. Tazkirah yang disampaikan saban malam sepanjang Ramadhan, benar-benar bermakna, ada input dan pengajarannya.
Alhamdulillah. selepas terawih, kami teruskan usaha cari modal. Saya lebih suka bermastautin di masjid berbanding bilik. Kalau di bilik, konsentrasi mencari modal terganggu dengan banyak benda, ada tetamu datanglah, tetiba rasa nak kemas mejalah, tetiba rasa nak melawat bilik oranglah,macam-macam rasa timbul, kadang-kadang jadi rajin tak tentu pasal. Kalau di Masjid, tenang dan focus juga lebih baik. Lepas cari modal, dalam perjalanan pulang, ada orang sediakan moreh. Kadang-kadang kuih, bihun goreng, bubur lambuk dan macam-macam lagilah. Seronok. Bawa balik ke bilik dan makan ramai-ramai. Kadang-kadang, tak boleh nak focus baca Quran sebab terfikir, "Malam ni moreh apa ye?" Kenangan sungguh. J

selipar sisters di surau KC waktu Ramadhan. kalau bukan Ramadhan, susah benar nak tengok macam ni. Alhamdulillah.....


Berbeza pula suasananya di Petaling Jaya. Kalau nak ke masjid tu, macam liat sikit, sebab jauh. (alasan.. alasan) Biasanya berterawih di surau KC, atau di level 5 punya surau. Banyak kenangan sangat di surau level 5. J Kadang-kadang jadi imam solat terawih, pakej terus dengan jadi bilalahnya. J Seronok. Waktu ni semangat belajar jadi bilalah. Sampai sekarang pun dah masyi apa yang bilal baca. Kalau sahur pula, sama saja, dengan tiga biji kurma, kadang-kadang ada roti, kalau bernasib baik, ada nasi lemak yang dibeli pada waktu malamnya. Walaupun ada kedai yang dibuka untuk makan sahur, tapi memilih untuk makan di bilik. Nak efektifkan masa, untuk qiam, baca Quran dan sebagainya. Kalau turun makan, dah banyak burn masa. (alasan.. alasan..) takpe, yang penting, kita sahur juga, ambil berkat sahur. Jangan sampai malas nak bangun untuk sahur, itu memang teruk sangat tu. J
Kalau buka puasa pula, selalu cari peluang iftar murah. Bayar RM1, dapat makan nasi lauk ayam dengan air siap hidang. Best juga. Save bajet. Kadang-kadang ada iftar dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal. Menarik sungguh. Kat AMF jadi sasarannya. Makan dalam talam. Kadang-kadang terus terawih kat AMF. Sejuk air-cond, memang khusyuk lah, selesa. J (demand.. demand..) Yang lagi seronok, iftar dengan sahabat-sahabat kat bilik. Macam-macam selera ada. Ada yang suka ikan bakar, kerang bakar, air carrot, susu. Masya Allah, selera memang macam-macam. Waktu nak buka puasa, penuh makanan, kadang-kadang sampai tak habis. (nafsu..nafsu..) Seronok membeli. Kadang-kadang keluar ke bazaar ramadhan. Tapi saya jarang keluar, selalu kirim saja pada yang rajin keluar. Jauh nak jalan ke main gate pun rasa malas.

Itulah, kenangan yang pelbagai. Tak kira lagi dengan event-event lain. Subhanallah, terlalu banyak memori rupanya. Bukan sedikit,kalau nak diulang tayang semuanya, mahunya berminggu-minggu. (macamanalah kat Padang Mahsyar nanti bila semua amalan dunia di'siar'kan oleh Allah. Muhasabah. )

Dan kali ni, tiada lagi terawih di masjid Darul Quran, tiada lagi iftar di AMF, kembali kepada zaman kanak-kanak semula, berpuasa di bawah ketiak mak ayah. J

Mungkin tahun ini, Allah mahu ibadah puasa lebih berkualiti. Tanpa kelas yang memenatkan, tanpa assignment yang perl disiapkan, tanpa program yang perlu dihandle, Allah beri peluang tahun ni untuk ibadah habis-habisan di bulan Ramadhan. 
Apa lagi nikmat yang boleh kita dustakan? Kalau kat rumah, insya Allah, sahur dengan nasi, lauk apa pun tak kisah, lalu je nak telan, kadang-kadang telur mata pun sedap. Tiap-tiap hari sahur telur mata letak kicap pun takpa. Alhamdulillah Allah bagi nafsu makan sahur yang molek. Ada setengah orang tu sampai demand macam-macam untuk sahur. Sudah lah begitu, tidak ada komitmen lain. Kalau saya sendiri, sekarang sudah tidak bekerja, duduk 'goyang kaki' di rumah. Banyak masa terluang. Jadi masa luang ni boleh banyak-banyak isi dengan amal soleh di bulan Ramadhan. Kalau Ramadhan kat Darul Quran dank at Petaling Jaya boleh khatam 30 juzuk Al-Quran, kat rumah ni boleh try buat dua juzk sehari pula. Mana tahu boleh khatam 60 juzuk untuk Ramadhan tahun ni. Tentu boleh kalau ada mujahadah yang kuat. Paling tidak pun, kuatkan amalan sunnat yang lain seperti solat sunnat, qiam tu tentu dah wajib, zikir, tambah ilmu dan tsaqafah dan macam-macam lah.

Jangan pula mentang-mentang di rumah, asyik fikir nak buat kuih raya apa, langsir nak tukar ke tak, nak basuh itu, nak basuh ini. Bukan tak boleh, boleh, itupun ibadah juga. Apa salahnya tolong mak buat kuih, basuh langsir, tapi jangan sampai obsess sangat sampai amal soleh terbengkalai. J Aulakan yang lebih aula. J

Persiapan hari raya tu perlu juga. Buatlah sedikit demi sedikit. Esok, tentative keluarga saya, insya Allah nak selesaikan urusan cari baju raya. Setelkan semuanya sebelum puasa, supaya bulan puasa nanti, focus pada benda lain pula. Insya Allah.

Kali ni, saya berpuasa sebagai anak tunggal lagi. (sokmo gini..) ingatkan adik bakal menemani saya berpuasa di rumah. Tapi rupanya tidak. Adik dapat tugasan menjadi iman terawih di Kuala Terengganu. Masya Allah, jauh. Ibu pun macam susah nak lepas, tapi keinginan adik sendiri menyebabkan Ibu tak menghalang. Memang adik saya semangat nak jadi imam terawih. Pada mulanya, dihantar ke Selangor, tapi Ibu memang berat hati, kemudian, tukar ke Kuala Terengganu. Insya Allah lebih tenang, kata Ibu. Biasalah, anak bongsu. Tambah-tambah, adik tak pernah keluar negeri, selalu dalam Kelate saja, selalu ibu boleh jenguk bila-bila masa. Tapi kali ni, jauh. Insya Allah, kami sekeluarga berhajat ke Terengganu hari Ahad nanti. Kata Ibu nak tengok penginapan, makan minum adik kat sana macamana. Risau beanr kat anak bongsu mereka nampaknya. Maklumlah, umur adik pun baru 15 tahun. Muda lagi untuk hidup di tempat orang dan berdikari. Takpe, tarbiyyah untuk adik, insya Allah. J

Kagum den kat dia, Quran masyi, baca sedap, Alhamdulillah, tercapai hasrat ibu ayah, insya Allah. J

Demikian saja coretan Ramadhan dari saya. Tidak ada yang istimewa melainkan disebabkan keistimewaan Ramadhan itu sendiri, maka istimewalah semuanya. Masya Allah. 
Mari bersedia untuk Ramadhan yang lebih berkualiti. J



Sehingga bertemu lagi,

Wallahu a'lam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.