♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, July 19, 2011

Aku mahu bercinta T.T

Seharian aku termenung panjang. Memandang langit biru dengan burung yang berkicauan. Sesekali memandang juga kebawah, melihat rumput hijau yang segar mata memandang.

Berkali membawa diri, tapi momentum masih tak dapat dikekalkan. Masih bervariasi.
Aku berjalan mencari, kenapa cintaku masih belum sejati...
Aku cemburu melihat orang lain bercinta. Bukan biasa-biasa. Sanggup berkorban, malah sanggup terkorban. Kenapa aku tidak begitu?

Sewaktu dekat, mampu aku tersenyum. Bahagianya terasa hingga ke tulang sum-sum.


Sekejap rasa mahu mendekat. Tapi kadang-kadang automatik aku seperti menjauh, tanpa niat.
Apakah masih sudi ada yang menunggu?
Bila panggilan darinya memecah kesunyian disisiku, aku bangga. Tapi belum tentu aku terus menyahut. Entah apa yang masih aku fikirkan.

Mengapa cinta itu seolah mahal untuk dimiliki...

Mungkin belum cukup pengorbanan yang aku beri.

Aku benar-benar cemburu melihat mereka yang asyik bercinta. Malah tidak tergugat dengan sebarang duga atau cela. Sentiasa. Aku cemburu.

Terasa bagai ingin aku berlari dalam hujan. Biar kesejukan. Dan menangis tanpa diketahui orang. Aku perlukan cinta.

Tapi, yang disebelah sana, masih setia menunggu. Biarpun aku berlari jauh.
Malah dibekalkan aku payung. Untuk melindung.
Mungkin dia tahu, apabila aku kedinginan, aku pasti kembali berlari kepadanya. Dan mendakapnya erat.

Dan bila-bila saja aku akan menjauh kembali. Tapi tangannya sentiasa dekat dengan aku.

Kerana kasih dan sayangnya, melimpah ruah, buat aku, dan semua yang bergelar HAMBANYA.

Ya, aku mahu bercinta dengan Tuhan.
Aku cemburu melihat mereka yang tenggelam dalam cintaNYA. Mereka yang tenggalam dalam lautan zikir buatNYA. Tenggelam dengan nikmatnya tahajud untukNYA. Tenggelam dalam asyiknya alunan Al-Quran kalamNYA. Tenggelam dengan cinta.

Sedang aku, masih begini. Mencari kepingan cinta yang tersisa. Perlu pada mujahadah. Perlu pada muaqabah. Perlu pada muraqabah. Dan masih sentiasa perlu pada muhasabah.

Siapalah aku mendamba cintaNYA untukku. Tapi aku mahu cintaku untukNYA.
Mana mungkin mencintai makhluknya, sedangkan mencintai pemilik makhluk pun aku tidak mampu. 
Dan mana mungkin hadir cinta makhlukNYA, sedangkan cintaNYA pun belum aku raih.
Terlalu hina seorang aku tanpa cintaNYA DIA, Rabbul Izzati.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

soooo sweet...

husnataqwa said...

Arigato ^_____^

Anonymous said...

nice writing sis.

husnataqwa said...

jazakillah

Anonymous said...

slm, adik. izin copy artikel ni. nk sebar kat blog batch. smoga bermanfaat :) -uda mesir.

husnataqwa said...

pleasure Uda. Tafadhal sekali bermanfaat. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.