♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 21, 2011

Bicara Selebriti *____*


Teringin benar nak menjadi salah seorang pendengar forum ini secara LIVE.
Sejak akhir-akhir ini , jarang dapat hadir majlis ilmu. Masya Allah, terasa hinanya diri tidak dipilih Allah menyertai taman-taman SYURGA.

Kalau yang berpeluang untuk pergi, pergilah. Insya Allah besar manfaatnya. Dah lama saya teringin nak jumpa lagi sekali dengan Ustaz Hasrizal secara langsung. Mungkin Allah belum izinkan. Redha. Redha. =)

Susah nak pergi majlis ilmu tak ada orang nak temankan. Kalau nak ajak abang yang sorang tu, mesti banyak dia punya omelan. Baru habis kerja, penatlah, ada OT lah, main futsal dengan kawanlah, darah tinggilah. Macam-macam. Sabar sajalah. Lepas ni, ada suami sendiri baru senang nak bawak kemana-mana buat teman. Ni bukan menggatal ni. Antara sebab kenapa kena cari suami soleh, sebab nanti boleh buat teman setiap kali nak buat amal soleh. Kalau dapat suami tak soleh, macamana nak buat amal soleh? Takut nanti terbuat amal tak soleh pulak. Aduh, bahaya.

Maka, carilah suami yang terbaek. Sebelum tu, bina fardh' muslim yang terbaek dulu. Mari bina diri sementara menunggu 'seru' menjadi isteri terbaek untuk seorang suami yang terbaek. Janji ALLAH itu pasti. 

Tiba-tiba teringat pula kenangan di CFS, waktu muda remaja, jiwa pun remaja, suka pada 'freedom'. Apa nak buat. Selalu 'fly' kalau ada majlis ilmu kat luar. Bukan pergi buat maksiat, pergi majlis ilmu, tapi kalau minta kebenaran, belum tentu dapat. Paling tak, kena soal, "Ke kamu ni WUFI?" Eh, tak de kena mengena dengan WUFI, saya nak pergi majlis ilmu, tetiba nak kaitkan dengan WUFI pulak, saya pun blurr. Malas nak gaduh dengan officer ni, sebab confirm memang dia. Tak menangnya kita ni.
Semangat nak dengar tausiyyah Habibuna Munzir Fuad Al-Musawwa.
Ni golongan pencinta Habaib ni. Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.
Asyitah, Wirdah, Athiah, Afiqah Zulkifli, Farah Adlina
Mereka memang hebat-hebat belaka ni. Alhamdulillah.
Sekarang, Encik Guard bertambah-tambah strict. Tenure sekarang ni, depa tak boleh nak jadi 'haraki' macam kami dulu-dulu. Tapi tak apalah, saya selalu pesan, nak cari ilmu ada banyak cara. Bukan satu cara saja. Tarbiyyah kita pasti berbeza. Insya Allah, doa saya sentiasa mengiringi adik-adik saya di PJ. Perjuangan mereka mungkin lebih mencabar, tapi saya yakin, disebalik kesusahan itu, pasti ada kemenangan yang lebih besar. Ujian itu tanda kasih Allah buat pejuang-pejuang berjiwa besar macam kalian.
Gaya tangan kena paksa, tapi mereka mengikut dengan rela. =)
Belakang : Firzan, Bukhari
Depan: Faizol, Azmi, Kamil
Waktu sisa-sisa terakhir di CFS, memang penuh dengan jamuan lah. Macam-macam jamuan. Orang sibuk exam, kemas barang, saya seronok pergi jamuan. Bukan semata-mata nak makan, tapi nak bertemu mata buat kesekian kalinya dengan adik-adik.
Jamuan last LG. Seronok bila ingat saat bersama mereka. Alhamdulillah. Walaupun barisan trainer (yang duduk di kerusi) nampak sedikit, muslimatnya saya menjadi wakil tunggal, tapi saya bangga dengan pencapaian adik-adik ini. Alhamdulillah kulli hal. Walaupun serba kekurangan, tapi entum generasi tarbiyyah yang bangkit dalam kekurangan.
LG? HEBAT! =)
Ishk, sejak akhir-akhir ini sering terimbas kenangan di Petaling Jaya. Sedangkan nak masuk Kuantan lebih kurang sebulan lebih saja lagi. Oh, perasaannya seperti tidak mahu berpindah dari Petaling Jaya. Sebab tu sampai sekarang tak bayar lagi duet RM310 untuk registration 6th Sept nanti. Masya Allah.

Semoga Allah merahmati perjuangan mereka disana. Allahumma Ameen.

Wallahu a'lam.

^_________^
Abdul Munir, anak saudara sulung yang sekarang menetap di Taman Chengal Utama, Senawang Negeri Sembilan. Subhanallah. Munir, rindu sangat kat Munir..
Rindu sama ini budak. Seremban dah terlalu jauh dari sini, tak macam waktu dok PJ. Kalau dok PJ, tiap-tiap hari Jumaat menjelang tiba, adalah saya dalam KTM ke Seremban. Rindu zaman-zaman keluar tak bawa overnight card dan macam-macam lah. Seremban, tak tahu bila lagilah boleh jejak.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

nadia said...

wah wah bunyi macam dah ada peneman majlis ilmu tu. alhamdulilla dapat yang soleh....

husnataqwa said...

ishk2 nadia.. *__*
alhamdulillah dapat yang soleh.

saya lambat lagi nak dapat peneman tu. calon pun tadak.. &____&

nadia said...

ye ke. tak caye. tak caye. heeeee..

nadia doakan yg terbaikkk buat sahabat nadia.

nanti jangan lupe diundang pulakk.

amilin said...

Una, cik nadia kita ni diam2 ubi berisi. Sekejap lagi sampailah kadnya tu. Saje tu usik2 orang. tak gitu Nadia??

husnataqwa said...

macam2 lah. bila nadia & amilin bertemu *___*

ameen atas semua doa yang baek. syukran sahabat ^___^

sukma atiqah said...

menariknya! org hbat2 yg cakap tu.. hrap2 ade yg record dri awl smpai abes..

naaakk sgt g, tp way too far.. =(

husnataqwa said...

Sukma lagi jauh koooootttt.

takpe, nati kita cari rakaman. nak rakaman jugak. =)

tengok speaker pun dah tahu mesti best kan. =)

Ummu Abiha said...

assalamualaikum.. kak husna,, doakan kami di pj ye =) rindu akak sgt!! xpe,, t kita g ramai2 majlis ilmu =) ~mira

Anonymous said...

dak2 LG hebat2, tengok le sentuhan tangan siapa 'mak' nya.

husnataqwa said...

Ummu Abiha,
memang selaluuuu doakan yang terbaek untuk entum smeua kat sana. moga Allah lapangkan urusan entum, urusan dunia dan akhirat.

Yup, nt cepat2 mai kuantan, kita p buat havoc majlis ilmu kat sana pulak. *_________*

sampaika salam buat semua ya!

husnataqwa said...

sape 'mak' nya? =)

mereka punya potensi +___+

Anonymous said...

mak nya cik husna yg baik lagi bertaqwa ni la. akak, kita rinduuu bangat nak dngar tasji' akak.

teruskan doa pada kami disini ye, kami perlukan sokongan akak.

terima kasih atas semua usaha dan pengorbanan akak selama ni. SAYANG AKAK ,,,,,

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.