♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, July 12, 2011

Apa lagi yang kau inginkan…(offer letter)



Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Apalagi nikmat yang mahu kita dustakan? Semuanya indah aturan Allah. Tidak perlu pertikai begini dan begini.
Masya Allah.
Seketika tadi saya melayari internet. Setelah puas membaca news di MalaysiaKini, saya mencuba link UIA, membuka offer letter yang sudah lama ditunggu-tunggu. Semua orang dah dapat offer letter, saya baru nak dapat, ada 'masalah', atau saya yang buat 'masalah'? Wallahu a'lam J.
Katanya 17hb Julai baru dapat offer letter, tapi saya terkejut melihat offer letter saya yang mungkin sudah lama berada disitu, tapi tatau pulak dah keluar. Masya Allah.
Pertama kali memandang offer letter, tersenyum. Sambil dalam hati kata,
"Allah selalu beri apa yang aku tak pernah sangka."

Lama saya merenung offer letter tersebut. Kadang-kadang senyum, dan kadang-kadang mata memandang jauh, berfikir.
Tipulah kalau nak kata tidak kecewa. Kecewa itu ada,sedikit. Saya memohon untuk mendapat tempat di kos Optometry. Saya ceritakan semua impian saya pada abang kakak. Begitu dan begini. Alhamdulillah mereka menyokong. Boleh kalau nak kata, saya naaaaaaak sangat Optometry tu. J
Tapi Allah selalu bagi sesuatu yang kita tak sangka. Saya cukup meyakini, Allah ada aturan yang lebih baik, pasti. Perasaan kecewa ini mesti ditewaskan. Walaupun tak dapat Optometry, jangan kecewa. Mungkin ini yang terbaek. Yakin. Yakin. Yakin. J

Saya memberitahu Ibu. Sebenarnya saya tak dapat nak agak respon Ibu. Tapi bila saya beritahu, saya tak dapat Optometry, Ibu tenang saja. Malah, Ibu teruskan bicara dengan motivasi-motivasinya. Semangat semangat.
"Taknak lah tengok cerita sedih. Kakak dah sedih dah, tengok cerita sedih, boring la"
"Malam ni kakak nak tido awal, sebab kakak sedih.Ibu sedih tak?"
Jawab Ibu,
"Tak langsung."
adakah saya perlu ucapkan selamat tinggal pada Optometry? Sobsss

Entah kenapa 'jiwa besar' ini hancur juga sekejap tadi.
Tapi setelah berbicara dengan ibu kakak abang, semuanya rasa ringan dibahu. Mereka memahami, tidak mendesak, malah menerima dengan tenang dan senang hati. (tapi ada sorang lagi abang yang tak tahu, takut nak beritahu.) Syukur pada Allah yang mengurniakan keluarga yang memahami dan meredhai, malah kata-kata motivasi yang mendorong pula penuh dengan azimat Ilahi. Masya Allah. Terima kasih semua. J
perjalanan masih jauh dan tidak siapa yang tahu apa yang ada didepan. semuanya kuasa DIA.

Saya tidak kecewa lagi. saya yakin benar, Allah takkan menzalimi saya. DIA tahu kebolehan saya, kemampuan saya, mana mungkin DIA tidak adil dengan hambaNya. Saya perlu meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya pada diri. Kenapa mahu kecewa? Sedangkan boleh jadi kamu menyukai sesuatu yang tidak baik untukmu dan kamu membenci sesuatu yang baek untukmu. Masya Allah.
Kembali BERJIWA BESAR, insya Allah.

Tidak ada apa yang mampu saya nukilkan melainkan ungkapan kesyukuran Alhamdulillah.
Kata-kata Ibu yang paaaaaaling saya suka,
"Kita belajar nak cari redha Allah, once you get there, tengok keajaiban ciptaan Allah, belajar ilmu-ilmu Allah. Apa saja subjek yang kita ambil, semuanya ilmu Allah, mesti buat kita lebih dekaaaaaat dengan Allah. Itu yang penting. Soal kerja, soal gaji, its come next lah. Yang first thing to come, REDHA ALLAH."

Make me sad, hamper terlupa matlamat hidup, MARDHATILLAH. Bukan saja dalam bidang 'juang' kita mahu cari redha Allah, tapi dalam segenap ruang. Insya Allah, bertambah lagi aspek untuk lebih 'gila' bercinta dengan Allah. J Masya Allah.
Aku tidak kisah kemana Kau mahu campak aku, yang penting, dimana saja aku, aku mahu selalu dekat padaMu, Ilahi Rabbi. J
(bila tiba part jiwang, ayat macam orang sedang mabuk cinta pulak. Aduh)

Tadi ada orang tu sms, katanya, dengarlah lagu Too Phat, tajuknya Alhamdulillah.
So, I paste the lyric here. Awesome. Cuba hayati molek-molek apa lirik ni kata. Baaaaaaanyak benda best. dan menyentuh hati.
Percayalah. Kesyukuran itu perlu dalam susah atau senang.
Dan kesyukuran itu tandanya REDHA. Insya Allah.
Selamat menghayati lagu RAP dari Too Phat. OOo… J



Merenungi luar jendela,
Mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna, aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua.
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,
Ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar,
Kerna semua yang kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak lupa diri bila gembira,
Dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan pengaruh kuasa dan perempuan
Oh, Sentiasa legar diminda,
Dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi
Dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,
Nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan, menjiwai peranan
Menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Aku yang memandang di dalam lubuk hati,
Mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat, alam meliputi
Wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi, di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,
qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini,
Aku yang bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
Semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,
Moga dapatku menghadang tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan,
Cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'Tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta

Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


 Bingkisan Muslimat Redha,

Husnataqwa. =)


TERSENTUH hati melihat gambar ini dari album2 BERSIH2.0 yang memenuhi FB dan alam maya. Sekarang Berita TV dah tak layan, menipu hangit ja semua tu. Alamak hai... Bila nak bersih klo asyik main kotor je..
p/s: Maaf, demam BERSIH takkan berkesudahan. 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

Anonymous said...

aku mencari2, habistu ko dapat kos ape weh?

detective said...

saje je budak kecik ni buat orang tertanya2. kos apemende?

husnataqwa said...

aik, tade state ke dalam post tu?

detective said...

hoi!sendiri tulis, sendiri tahu la beb.. cakap la cepat.

husnataqwa said...

ada sepupu pun mengada2, datang umah la, tanya ibu aku.

detective said...

macam rumah una tu dekat semeter.
kalau datang, tak ada makna setakat nak tanya kos ape, pinang terusssss. kasi angkat. mudah cerita maaa

husnataqwa said...

senang hati merdeka dia nih.
malas nak layan.
nt cerita. mesej la..

n08n said...

meh nak teka, kak husna dapat diet ye?

husnataqwa said...

n08n- tetiba rasa lamenya awak tak komen kat blog saya.. sobsssss

zubaidah said...

dapat mende k.husna??duk scroll down xjumpe2 pon..ce cite ce cite..hehe

husnataqwa said...

next post will tell u friend. =)

kak ju said...

apa sajer yang trbaik unt adik,kami sokong. adik gembira kami gembira. lain kali jangan takut bagitau abang,dia merajuk jugek adik tak bagitau dia. biasalah, dia sayang bangettt sama kamu dik. susah senang same2. kiter sokong je adik...

husnataqwa said...

wah, tetiba rasa manja sangat with that 'adik'.

yup, tahu sangat kak. sebab tanak abang kecewa,sedangkan diri sendri dah kecewa. sobssss

ye, dia sedang merajuk sebab tu dia tak call ye?

ish. sabo je la.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.