♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 11, 2011

DIARI BERSIH 2.0


Ini bukan kali pertama titisan jernih ini mengalir di tubir mata apabila menatap ukiran-ukiran perkataan yang menggambarkan BERSIH 2.0 bertarikh 9 JULAI 2011.

Terasa ada zuqq jihad disitu. Ada lontaran semangat disitu. Pertama kali meremang bulu roma sewaktu menonton Buletin 1.30 di TV3. Dari siaran itu sejak jam 11 pagi saya meng'update' tentang BERSIH. Tidak kemana-mana. Tercongok di hadapan TV. Puas. Walaupun tak dapat turun ke sana, bersama merasai ruh jihad, saya beruntung masih mampu merasainya dari alam maya, segenap alam maya. Buletin 1.30 menyiarkan semua berita. Tidak kisah tentang pengulas berita seperti Izwan Azir Salleh dan Junaidi Suboh, yang penting saya mahu melihat keadaannya. Tersentap jiwa sewaktu mendengar laungan LA ILAHA ILLALLAH dari stesen komuter Kuala Lumpur. Kelihatan ramai orang bersesak disitu. Dan tak lupa, dipenuhi juga mereka yang beruniform biru tua, terselit pistol di bucu pinggang beserta belantan di tangan kiri. Masya Allah. Inikah Malaysia? Saya tersenyum,puas.


Saya tidak bersama mereka. tapi sokongan saya penuh pada 8 TUNTUTAN dari BERSIH 2.0.


 1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 
 

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.




Saya yakin dan percaya, ada segelintir orang yang membantah BERSIH 2.0. saya tidak tahu kenapa membantah. Mungkin belum cukup kefahaman atau terlalu 'kenyang' dengan suapan media yang tidak bertauliah. Opss.. J

saya 'kopi pasta' apa yang saya kira menarik untuk dikongsikan dengan semua. Diari BERSIH daripada hamba Allah yang menyertainya. Saya tidak mendedahkan namanya, tapi boleh cari kat FB. Ia tersebar dengan meluas. Apapun, bacalah. Bacalah dengan hati. Kalau air mata anda tidak mengalir, tandanya boleh minta Allah beri hati baru untuk anda, sebab itu tandanya hati anda mati.

Semangat jihad bukan keganasan. Kalau ditanya pada saya, siapa yang mahu keamanan? Saya tentu orang pertama yang mengangkat tangan. Saya mahu tenang dan damai. Yang penting tenang dari korupsi, rasuah, tipu helah, maksiat dan yang terlebih penting, TENANG DENGAN ISLAM.

Wallahu a'lam. Saya tahu ada yang tidak suka apabila blog saya bercerita tentang politik. Bukan saya tidak mendengar pandangan pembaca, tapi saya kira ia menjadi hak saya untuk menulis apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Biar anda semua tahu. Dan saya juga mahu menjadikan diari, kelak, bila anak saya membaca blog ini, dia tahu, SAYA AMBIL KISAH tentang BERSIH 2.0. Dan pasti, BERSIH memberi kesan pada anak-anak saya kelak. Mereka bakal mempelajarinya di dalam SEJARAH. Dan saya harap, ukiran SEJARAH tentang BERSIH ini ADIL dan TIDAK BERAT SEBELAH. SEJARAH ITU KEBENARAN DAN FAKTA. Kalau diubah, ia menjadi AUTA!

Saya hidangkan dengan diari BERSIH 2.0. Selamat menyelami. J

Salamun'ala manittaba'al huda.



Saya coretkan segala memori BERSIH 2.0 di sini buat peninggalan generasi selepas saya untuk mereka baca sekiranya saya sudah tidak ada kelak ^_^ Saat saya menulis, kesemua memori itu seolah-olah wayang yang dimainkan didepan mata.



 .::. Pagi itu saya dan 6 orang teman serumah bersiap seawal mungkin untuk bergerak ke sana. Malah Amie yang begitu bersemangat pagi-pagi seawal jam 7.30 pagi sudah berdiri tegak dihadapan pintu rumah. Masak dan makan beramai-ramai akan menjadikan pagi BERSIH satu kenangan yang takkan kami lupakan. Kami berpecah dengan 4 menaiki tren dan 4 orang menaiki motorsikal.



..::. Sudah hampir 3 bulan saya tidak menaiki motorsikal, dan pagi BERSIH itu saya menaikinya semula. Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya sungguh gembira. Terima kasih kepada ustaz Ridhuan Helang Senja kerana sudi meminjamkan saya BGN yang sungguh berjasa ^_^



..::.. Tidak tahu mahu bergerak ke mana kerana sekatan polis yang menggila, saya dan Shahidat beserta Maryam dan Karimah memilih untuk melalaui lorong-lorong kecil menuju ke Pasar Seni. Tiba di sana seakan buntu tidak tahu mahu berbuat apa. Menunggu hampir 30 minit dengan hanya 4 orang kami sahaja. Ramai orang di sana, ada yang tua, ada yang muda, ada yang tertidur kerana penat bertolak daripada jauh barangkali. Dan saya sempat membeli seekor ram-rama untuk diletakkan di atas kepala ^_^ Dan ia masih hidup hingga kini sekalipun meredah hujan dan asap bersama saya.



.::.. Tiba-tiba sedang kami berdiam diri, di depan KTM Kuala Lumpur, terdengar laungan Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Berderau darah saya, sudah bermulakah? sedangkan jam baru menunjukkan angka 12.30 tengahhari. SMS yang saya dapat memberitahu perarakan ke Stadium Merdeka hanya pada selepas solat zuhur.



..::.. Tanpa sebarang arahan, tanpa sebarang pembesar suara, semua yang berada di situ secara serentak berlari-lari memasuki crowd di sana. Seolah-olah kesemuanya dipukau ke sana, saya kira ribuan ummat dengan pelbagai rupa ada. Baik cina, melayu mahupun India.



..::.. Kesemua mereka berjalan dengan aman, tidak ada yang mematahkan sekalipun sebatang ranting pokok, berjalan ke arah bangunan pejabat Pos Malaysia. Sungguh saya teruja berada dicelahan mereka. Ada yang berkecek klate, berinteraksi dengan loghat Kedah, mung aku dengan Terengganunya, saya fikir ini baru 1Malaysia.



.::.. Baru sahaja melepasi bangunan Pos Malaysia, tanpa diduga gas pemedih mata dilepaskan secara membabi buta. Sungguh saya kira yang melepaskan itu lebih buta dari babi. Tidak berfikirkah mereka, ada si tua, si kecil dan si kurang upaya yang tidak bersalah? Buat kali pertama air mata beribu manusia tumpah di situ, hanya kerana kerakusan nafsu sang boneka yang menjadi tunggangan kerajaan durjana.



..::. Kesemua berpatah semula, terbatuk-batuk mencari oksigen, saling memberi air dan garam, mengelap muka dan saling membantu. Sungguh ajaibnya apabila mereka ini tidak pernah mengenal siapa yang dikiri mahupun di kanan mereka. Apa yang terbayang adalah, aku kena bantu dia! Aku kena bantu dia! Allahuakbar! Air mata saya menitis saat itu bukan kerana pedihnya gas  beracun tetapi memikirkan laknatnya mereka yang sanggup menindas rakyat sedemikian rupa.



.::. Kami berjalan semula, melalui Pasar Seni ke Masjid Negara, sungguh bangsat mereka yang menyekat kami daripada bersolat di dalam rumah Allah yang mulia. Berpatah semula, saya melihat saat itu bertebaran ummat manusia sujud di kiri kanan jalan, ditepi-tepi sungai, di atas rumput, mendoakan yang terbaik buat rakyat. Zohor berlalu dan kami pantas bergerak ke Stadium Merdeka



..::.. BERSIH! BERSIH! BERSIH! ALLAHUAKBAR! Itu laungan yang berkumandang disepanjang perjalanan yang tidak pernah meletihkan. Tiba-tiba..... Air hujan mula mencurah-curah, membawa kami ke daerah semangat yang lebih membara! Merasakan Tuhan itu ada bersama kami. Menenggelamkan kami dalam lautan cinta kepada keadilan sejagat.



..::.. Sedang kami berkumpul didepan Stadium, ada yang menjerit; "BERI LALUAN, BERLALUAN"  Zasss datangnya Dr Hatta dengan badan yang menggigil kesejukan tapi wajahnya mempamerkan semangat yang menyala-nyala. Laungan BERSIH kembali bergema, "BERSIH!BERSIH!BERSIH!"



..::.. Tidak berapa lama, berbunyi pula satu suara, "BERI LALUAN......" Nah datang pula si rakyat berbangsa India dengan sebelah kaki yang tiada melaungkan "REFORMASI!!"  Saat itu berderai air mata saya! Si dia yang kudung sudi menapaki jalanan ini, lantas apalagi yang saya mahu lihat! Its is enough! Saya tahu, rakyat sudah benar-benar marah!



..::.. Berpatah semula ke KLCC, saya kira langkah yang sudah hampir 20KM itu tidak disedari lantaran kiri dan kanan saya diapit mereka yang dahagakan keadilan. Laungan terus bergema, Takbir makin menongkah arus. FRU dan polis kembali tergugat, DUMP!!! DUMP!! Ledakan gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi, tercungap-cungap sahabat saya bagai meminta nyawa. Sekali lagi, saling membantu, ku berikan air, dan kau berikan garam padaku. Terima kasih Tuhan untuk anugerah BERSIH ini.



..::.. Belum sempat ke KLCC, dibelakang saya ada seorang budak sindrome down menjerit "Bodoh punya polis, bodoh punya polis" Saya terfikir, tahukah dia apa yang sedang dijeritnya? Dia sendirian ke BERSIH tanpa seorang teman pun di sisi? Allah...... Sekali lagi air mata saya diragut situasi yang melanda.



..::.. Tiba-tiba kawasan Bukit Nanas bingit dengan bunyi"neno-neno-neno",  kenderaan FRU mula memenuhi kawasan tersebut, dengan helikopter yang sengaja direndahkan, kesemuanya menghalau lautan ummat manusia di situ. Polis mula mengejar seorang demi seorang, dan rakan saya berlari sehinga ke dalam hutan disebalik kawasan perumahan.



..::.. Mamak yang membuka gerai membukakan laluan pintu belakang mengajak rakyat berlindung disitu, garam dihulur dan alhamdulillah kami bersekutu membawa mesej yang sama.



..::.. Terlalu banyak yang mahu saya coretkan lagi, namun kesemuanya takkan mampu melakarkan apa yang saya dan ratusan ribu yang lain rasa. Sungguh kami kira, jalannya kami dibumi Kuala Lumpur ini takkan mampu dihalang dek polis durjana, kerana kami sudah sedar yang kuasa rakyat jauh melangkaui apa yang mereka ada. TUHAN! SAKSIKAN AIR MATA KAMI YANG MENITIS, PELUH KAMI MENITIK INI, AGAR MENJADI BUKTI YANG SATU KETIKA MEREKA_MEREKA ITU PERNAH MELUKAKAN KAMI!


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

~serikandi kaktus~ said...

mcm knl je si bunga ros kuning tuh..

dan rasa mcm terpnh baca status tu lah.. hehe :)

~sy bru nak post nukilan diari BERSIH akak sigma tuh. ^^

husnataqwa said...

=)

kenal ye? kawan ke? ehehe.

tafadhal. tak salah klo nk post sekai lagi kat hazirah. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.