Malam ni perlawanan sengit (sengit ke?), Malaysia melawan Singapura. Singa lawan Harimau? Apa-apalah. Yang penting, TV memang kena booked dah kat kaum muslimin yang ada kat rumah ni (dua orang je pun). 'Terpaksa' jugaklah menjeling. Sesekali tengok Khairul Fahmi beraksi, hebat! Dalam surat khabar Sinar Harian, katanya Khairul Fahmi mungkin tak bermain malam ni, eh, tiba-tiba Nampak kat padang bola. Semangat habis semua penonton. Mereka ternanti-nanti Apek (Khairul Fahmi) beraksi. J
Setiap kali Khairul Fahmi Berjaya menempis serangan bertalu-talu dari pihak lawan, semua orang bersorak-sorai. Macam-macam dialog ada.
Apek dengan TGNA. =) |
"Apek, I love you forever!"
"Kalau Apek masuk padang, confirm kita menang!"
"Hoo. Apek makan apa hari ni? Hebat. Hebat!"
"Apek kaki emas Harimau Malaya!"
"Apek, cerah masa depan Malaysia keranamu!"
Pelbagailah yang pentingnya. Kadang-kadang menggeleng kepala juga baca status pelik-pelik. Terutama dari sister. Bukan nak marah, tapi tak manis puji melebih-lebih anak teruna orang tu. J
Bila Apek melebarkan tangannya menghalang bola memasuki jaringan gol, semua manusia memujinya.
Tapi sayang, bila sepakan dari pemain Singapura melepasi kawalan Apek dan bola menerjang ke jaringan gol, sorakan dari pihak lawan menjulang ke langit. Dan penyokong Malaysia berhenti memuji, malah ada yang terkutuk.
Aksi Khairul Fahmi dinanti-nanti oleh peminatnya. |
"Apa la Apek, dah tak ada semangat lah tu bila dah sumbat satu gol tadi."
"Apek ni ingat tunang ke? Khayal pulak!"
Masya Allah. Manusia. Memang tidak boleh lari dari fitrahnya begitu. Bila keadaan menyebelahinya, dipujinya habis-habisan. Bila keadaan tak menyebelahinya, dikutuknya habis-habisan.
Sama juga, bila Allah beri nikmat, manusia mengangkat tangan memuji Allah, khusyuk dalam ibadah, semangat dengan amal soleh. Tapi bila Allah uji dengan ujian yang sedikit, terus lupa pada nikmat yang banyak. Mempersoalkan keadilan Allah, persoalkan kasih sayang Allah. Terus jadi buta dengan segala nikmat yang banyaaaaak Allah beri sebelumnya.Ujian yang sedikit sudah boleh melunturkan syukur pada nikmat yang banyak. Manusia, memang mudah lupa.
Berbalik kepada situasi Apek, sudah 10 cubaan menjaringkan gol oleh pihak lawan, dan salah satu cubaannya pihak lawan Berjaya menerobos gol Negara Malaysia. Lantas Apek diperkotak-katikkan. Mungkin orang ramai tak Nampak, dah 10 cubaan Apek Berjaya tangkis, Cuma satu satu yang terlepas. Kenapa mereka memandang yang satu itu tapi tidak memandang yang 10 itu? J
ujian itu ibarat SMS CINTA dari Allah, menguji, samada hambanya setia atau derhaka. =) |
Maka, pandanglah nikmatnya yang banyak, berbanding ujiannya yang sedikit. Kerana setiap kali kita melihat pada ujian, tentu kita akan rasa susah hati dan tidak tenteram, sedangkan setiap kali kita diberi kemenangan, kita selalu mengatakan ini semua dari Tuhan.Ada juga orang macam ni. J
Banyak dan ramai. J
Yang penting, mari kita elakkan bersikap pesimis seperti itu. Kita kena optimis. Ujian Allah beri itu, insya Allah, gugur dosa-dosa kita, insya Allah ringan azab kita di sana. Siapa tahu? Jadi jangan mengeluh dengan ujian ya! J
Cuba teka ini follower blog sapa sampai 15 ribu! Masya Allah, first time jumpa ni~
tengok betul-betul jumlah follower nya! |
Inilah blog tersebut..
macamana boleh dapat terlalu lalu ramai follower? |
Sebab...
sebab penulis blog ini adalah tunang si Khairul Fahmi. Wah, terkena tempiasnya. Erk, no komen. |
Wallahu a'lam. J
No comments:
Post a Comment