Ramadhan hamper menjelang tiba. Perbanyakkanlah sesi muhasabah diri. Carilah renungan dan hadis nabi untuk dibedah. Bukan maknanya kita nak ibadah dan buat baek hanya pada bulan Ramadhan, tapi jadikan bulan yang penuh rahmat ini sebagai satu medium untuk kita lebih bersemangat mengejar kebaekan. Tak salah. Bukan bermaksud bulan-bulan yang lain kita tidak muhasabah, kita tak banyak amalan, tapi kita memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan, dan moga-moga momentum itu kekal ke bulan-bulan yang akan datang. Jadi, jangan takut nak berubah di Ramadhan. J
Mari renungkan 10 wasiat Imam Hassan Al-Banna. Moga-moga kita para JUNDULLAH, sentiasa muhasabah diri dengan checklist-checklist pada pejuang. Biar ada garis panduan. Jangan main hentam je. J
Selamat meng'check' diri masing-masing. Jangan renung orang lain, renung diri sendiri. J
1.Apabila mendengar azan, bangunlah bersembahyang dengan serta merta walaubagaimana keadaan sekali pun.
2. Bacalah Al- Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu ialah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alla itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan sungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment