♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 11, 2011

Anak Angkasawan Negara.


Siapa yang tidak kenal dengan Sheikh Muszaphar Syukor.

Angkawasana Nombor Satu NEGARA.

Generalnya, saya mengagumi beliau. Semangat dankecintaan beliau pada ilmu benar-benar perlu dicontohi. Pada tahun beliau terbang ke angkasa, saya kira saya antara orang yang obsess terhadap beliau. Kagum. Sungguh kagum. Lagi-lagi selepas membaca buku yang beliau tulis. Buku tersebut merupakan sebuah buku motivasi 'wajib baca' untuk gagah perkasa dalam usaha menuntut ilmu. Bayangkan bagaimana seorang doctor pakar mampu menjadi seorang angkasawan? Bukankah itu dua bidang yang jauh berbeza? Wallahu a'lam.

buku motivasi dari beliau.

Anda semua patut cub abaca buku yang beliau tulis. Saya paling suka bahagian yang mana beliau menggunakan prinsip yang semua orang sudah tahu, 'begin with the end of mind'. Tapi dalam buku tersebut, dituliskan secara praktikal bagaimana beliau mampu menjadi seperti hari ini dengan prinsip tersebut.

Tapi saya cukup kecewa apabila beliau berkahwin.sangat kecewa. Bukanlah saya berhajat untuk menjadi isterinya. Tidak sama sekali. Manakan sama darjat kita wahai Sheikh Muszaphar. J
mereka bergambar di puncak Broga. Wah, rugi tak buat gaya ni juga waktu tawan Broga Mei lepas. =)

Tapi saya kecewa kerana isterinya tak pakai tudung. Sobsss.. saya rasa dan seingat saya, sebelum Doktor pergi mengembara ke ISS, Doktor digembar-gemburkan belajar cara untuk solat dan etc. bagaimana Doktor bertayammum menggunakan cermin dan etc. Gaya Doktor bercakap pun, menarik dan 'kenal' akan Allah. Sebab tu saya kecewa bila isteri beliau tak pakai tudung. Ooh, katalah apa saja sekiranya anda mahu kata saya menilai dari zahiriah. Percayalah, zahiriah itu datang dari batiniah,kata Fadhilah Kamsah. J

Saya suka baca buku motivasi. Buku HM Tuah hamper semua versi sudah saya baca. Tapi dalam masa yang sama, kena baca juga buku-buku lain, tawazun. J

Ramai orang kata, useless baca buku motivasi. Tidak. Tidak useless sekiranya anda mencari buku motivasi yang betul. Banyak input yang kita dapat dari buku motivasi, kadang-kadang isu semasa pun ada, sirah pun ada, sejarah pun ada. Petuanya Cuma, cari buku motivasi yang bagus. Tapi seperti kata saya awalnya tadi, mesti tawazun. Kalau baca buku motivasi sebiji, ken abaca juga buku sirah dan sejarah Islam. Kena baca juga buku Amal Islami dan sebagainya. Baru adil. Dan minda pun 'betul'. Susah nak jadi orang yang hebat tsaqafah ni. Paling kurang ken abaca dua biji buku sebulan. Setakat ni tak mampu lagi. buku Peperangan Rasulullah yang dibeli hujung bulan Jun hari tu pun belum habis dibaca lagi. erk, separuh pun belum dibaca lagi. masya Allah.

teruja nak dapat baby. tahniah untuk entum =)

Ooh, ala kulli hal, tak lama lagi, Sheikh Muszaphar dan pasangannya bakal menimang cahayamata. Waaahh. Teruja pulak saya nak tengok anak angkasawan Negara. Surely, high expectation kat budak kecik ni nanti. Bayangkan dia ke sekolah, semua orang tahu ayah dia angkasawan Negara. Kalau dia fail exam, mesti dia malu. Tekanan budak ni kalau salah didik. J HA.HA.HA. apapun, tak semestinya orang yang bijak akan melahirkan orang yang bijak. Tapi kemungkinan besar orang yang bijak melahirkan orang yang bijak. T.T

Teringat kata-kata Kakanda,


"Kalau mahukan hasil yang baek, kita perlu pada kilang yang molek. Seekor angsa emas, akan melahirkan telur emas. Semuanya perlu pada kilang penghasilan yang baek untuk mendapat hasil yang baik."

Pendek katanya, kalau mahu lahirkan anak yang baek, mesti daripada kilang (ibu) yang baek. (opss, ini tak ada kena mengena dengan Doktor Harlina dan Sheikh Muszaphar, ini general)

Sebab tu Rasulullah suruh cari isteri yang baek, yakni ibu yang baek untuk anak-anakmu. Maka, ikhwanul musliminku sekalian, carilah pasangan yang baek (subjektif). Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.