Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.
"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat??
aku rindu sahabat T-T |
Maka sahabatnya yang kedua menjawab,
"bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu.. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu??
Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"
Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.
Sahabat pertama tadi menjawab, "Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."
Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.
"Wahai sahabat, puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu...tapi tidak juga kutemui.." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat..apa kesalahanku??"
Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.
"Pernahkah kau mengingatkann aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??" sahabatnya menggeleng.
"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??"
sahabatnya menggelengkan kepala lagi. "Pernahkah kau menasihatkan aku supaya bepuasa setiap hari pada bulan ramadhan?? " Sahabatnya menggeleng lagi.
"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?? "
Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis.
Namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya.
"Dan soalan ku yang terakhir... Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?"
Sahabat kedua mendiamkann diri sambil menengis teresak esak.
"Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau...mulai hari ini kita bukan lagi sahabat."
***
Hamba berdosa ini memohon maaf sekiranya saya tidak pernah menjadi sahabat yang benar-benar sahabat buat entum. Tidak mengingatkan entum akan kebesaran Allah. Lupa mengingatkan entum akan azabnya neraka Allah. Maafkan saya yang mungkin sering melalaikan kalian dengan keindahan dunia. membuat kalian jatuh cinta dengan imbuhan dunia semata-mata sehingga lupa pada Akhirat yang sejahtera.
Maafkan hamba. Andai bersama dengan saya, kalian melupakan Tuhan. Andai bersama dengan saya, kalian lalai mengerjakan suruhan Allah. Andai bersama dengan saya, kalian menjadi jauh dengan Rabbi. Maafkan saya andai bersama saya, kalian terlupa pada perjuangan menegakkan haq. Maafkan saya kerana tidak menjadi sahabat yang selalu mengingatkan kalian pada Pencipta yang Agung.Hak-hak kalian yang sudah saya abaikan, minta halalkan.
Sahabat yang baik itu, apabila memandangnya, terasa tenang hati dengan jernih wajahnya. Apabila mendengar bicaranya, terasa tenteram jiwa dalam kalimah agung Rabbi. Apabila membaca tulisan, terasa dekat dengan Al-Khaliq Yang Esa. Apabila bersama dengannya, tingkah lakunya mengingatkan kita pada sunnah RasulNya. Apabila berjauhan dengannya, terasa semakin dekat dengan Tuhan dengan merinduinya.Betapa jauhnya aku daripada kayu ukur ciptaan sendiri. masya Allah. Muhasabahlah!
Sahabat, aku mahu menjadi seorang yang apabila bersama denganku, dirimu dekat dengan Tuhan. Apabila bersama denganku, dirimu sentiasa rindukan perjuangan. Apabila bersama denganku, bibirmu tidak berhenti memuji Tuhan. Insya Allah. Mari sama-sama kita usahakan.Segala Puji bagi Allah yang menjadikan kita bersahabat, tapi AWAS, ambillah waktu untuk melihat hak-hak kita pada sahabat kita. Moga tertunai dan terlunas!
Sehingga bertemu dalam lembaran akan datang.
kenangan dengan sahabat. =) |
Dari sahabat buat sahabat.
Husnataqwa. J
5 comments:
kak, for me u are a good friend. kata2 akak selalu buat kita ingat allah, motivasi akak selalu pada kasih sayang allah. kadng2 rindu nak dengar tasji akak. walaupun susah nak jumpe akak, susah nak borak dengn akak, tapi each n everytime with u, kita selalu rasa nak menangis. kat surau lvl 9, kat surau lvl 7.. hem... semoga allah kurniakan yg terbaik unt akak dan keluarga..take care kak dan semoga cepat sihat deh. ;)
k.husna..gambar tu time bila..kenapa saya xde..sedih..T_T
sebab siti tade s.sem kot??
hehe
n08n, syukran.. insya Allah, lepas ni lagi susah nak jumpe. moga2 ukhuwwah tidak hanya sampai disini. =)
p/s: overdose anda punya 'pujian'. masya Allah!
Post a Comment