♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 25, 2011

Kaku melihat wajah itu.


Hari ini saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan segala urusan kemasukan ke Kuantan. Wah, Nampak macam semangat sangat. Padahal lagi 6 minggu baru masuk Kuantan. Lambat lagi tu. Tapi memandangkan Ramadhan Mubarak bakal menjelma, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan segala urusan, nak reserve Ramadhan untuk aktiviti yang lebih menarik. Siapa yang berminat nak join, JOM. Kita buat aktiviti JELAJAH dan IMARAH Masjid sempena Ramadhan. Di samping 'mengulang' dan 'mengulang'! Ramadhan datang sebulan setahun, tak mahu sia-siakan begitu saja. Semuanya mesti BERKUALITI, kuantiti tolak ke belakang sedikit, tapi tetap diambil berat. Nak jaga kualiti Ramadhan, kena FOKUS. Betul tak? J



Lagipun, ini kali pertama Ramadhan saya sebagai seorang PENGANGGUR. Maka, perlu lebih KUALITI, tanda SYUKUR dengan NIKMAT masa lapang yang ALLAH beri. Alhamdulillah. J



Allah mudahkan semua urusan saya hari ini. Menarik pula tu perjalanan seharian. Walaupun sendirian tanpa teman, tapi tak mengapa, saya mesti jadi independent. Orang yang takut menjadi independent, payah nak ada cita-cita besar, pesan 'cikgu' saya.

11 pagi saya bertolak ke Kota Bharu. Perlahan memandu, sambil dendangan Qasidah dan Nasyid bergegar dari speaker, kuat. Sesekali menjadi chorus, sesekali menjadi solo. Dan kadang-kadang berduet mendendangkan Qasidah Burdah dan Selawat Badriah. Seketika teringat CFS. L

Setibanya di Bank Muamalat, nak buat pembayaran yuran pendaftaran berjumlah RM310, saya kelam-kabut mencari parking kereta. Rezeki tidak ada untuk saya, terpaksa parking diluar kawasan bank. Kemudian saya berjalan laju kearah bank. Setibanya saya di perkarangan bank, saya kaku di tengah jalan. Terlihat satu susuk yang mendebarkan hati. Sejuk habis kaki dan tangan. Masya Allah, jiwa saya 'cair' apabila terpandang susuk tubuh itu. Masya Allah. Jalannya perlahan, di bahunya tersangkut kot hitam, barangkali melindunginya dari kesejukan. Saya terkaku di depan pintu masuk itu, lama. Dan susuk itu melintasi dekat dengan saya yang kaku. Bau yang harum, mengingatkan saya pada taman syurga. Masya Allah, nak menangis pun ada juga. Ya, susuk itu melintasi saya, dekat sungguh. Kalau saya lelaki, confirm saya pergi salam dengannya. Mata saya mengikut jejaknya.(kaku pun sempat juga ambil gambar). Sebuah kereta PERDANA sederhana mewah menunnggunya di hujung anak tangga. Kemudian, susuk itu menapak ke dalam kereta. Saya memandang tidak berganjak. Sehingga kereta itu berlalu pergi. Dan saya tetap disitu. Memandang dan berfikir, seorang Menteri Besar yang terlalu sempurna di pandangan mata saya. Tanpa ditemani 'orang ramai', hanya bertemankan pemandu dan seorang pengiringnya, susuk tubuh yang Nampak lemah itu masih gagah mahu menapak. Lama saya termenung. Berfikir, kalau Allah membawanya 'pergi', pasti seluruh dunia terasa kehilangannya. Masya Allah. Sungguh, saya kagum dengan beliau, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). Dengan pakaian sepasang baju melayu, beliau seperti 'orang biasa' yang sekiranya tidak diketahui dialah MB Kelantan, Mursyidul Am PAS. J

sempat ambik gambar. Masya Allah, susuk itu sungguh saya kagum. Subhanallah!

berbaju belayu, berserban, imej yang sinonim dengan beliau. Allah, rahmatilah beliau...

terambil gambar slip BMMB. Kenangan dan BUKTI PEMBAYARAN. =)
Anda dah bayar ke? Kalau belum, cepat-cepat selesaikan semuanya. =)


Masya Allah. Diari ini saya titipkan kelak buat tatapan generasi-generasi akan datang. Biar mereka tahu, susuk ini yang memperjuangkan agama, susuk ini sungguh gagah dalam bicara, walaupun jasadnya kian dimamah usia. Susuk ini tak gentar menapak langkah, walau yang membencinya semakin lantang bersuara. Ya, susuk ini terlalu ISTIMEWA. Jiwanya gagah, hatinya zuhud, hidupnya sederhana. Kalauku punya anak, biar anak-anakku jadikan beliau idola. Erk, terlalu taksubkah seorang aku? J

Maha suci Allah yang memberi saya peluang menatap wajah itu. Semalam saya sempat menatap wajah Sheikh Nuruddin di sekolah adik saya sewaktu kuliah Subuh di masjidnya. Walaupun sekejap mendengar butir bicaranya, sudah mampu membuat saya bermuhasabah panjang. Hari ini Allah temukan saya dengan seorang lagi ulamak.
Maka, hati mana yang tidak menangis pilu, mengenangkan sayangnya Allah pada aku, memberi aku cahaya-cahaya muhasabah, supaya aku mengikut mereka punya jejak langkah. Masya Allah. 
Terima kasih Allah. Hati ini, mahu selalu dekat dan ditarbiyyah. J

Ya Allah, lindungilah negeri kami, Kelantan Darul Naim dan pemimpin kami, TGNA serta barisan-barisan pimpinan yang lain. Semoga Allah merahmati kepimpinan Tok Guru. J

Perjalanan saya diteruskan dengan mudah, Alhamdulillah. sewaktu saya nak dapatkan sarung kaki, yang asalnya ditawarkan dengan harga RM6 sepasang, saya dapat dengan harga RM4 sepasang. Apa lagi, saya borong 10 pasang. Susah sangat nak jumpa sarung kaki SYAM, sekali jumpa, beli banyak-banyak terus, untuk bekalan masa hadapan. J Alhamdulillah. urusan saya dengan Maybank dan klinik juga dipermudahkan Allah. Urusan saya selesai awal, pukul 2 dah selesai semuanya. Sementara menunggu Ibu pulang dari sekolah, Allah beri ruang untuk I'tikaf di masjid. Seronok juga sorang-sorang, tak adalah melepak dan berborak kosong semata-mata. J

Terlalu banyak Allah mentarbiyyah kita dalam hari-hari yang kita lalui. Tinggal lagi, kita mahu ambil ibrah atau sebaliknya. Kerana dirimu begitu berharga. Mari bina jiwa tarbiyyah. J



Wallahu a'lam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

orang dah bayar lama dah cik husna.

husnataqwa said...

oh ye ke. saya jadi gol tercicir dalam hal ini nampaknya. =)

Ummu Abiha said...

Subhanallah.. best nya =D

husnataqwa said...

=)

best................ =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.