Setelah post SOAL MEMILIH, saya terkesima dengan respon yang bertandang di YM dan emel. Mungkin salah faham atau penjelasan saya yang kurang jelas. Ala kulli hal, saya memohon maaf terlebih dahulu.
Pertama dan selamanya, tidak pernah terniat untuk membezakan golongan Hafiz Quran atau tidak. Ramai orang pertikaikan, ada saja golongan yang tidak Hafiz tetapi jauh lebih baek berbanding Hafiz. Tentang soal itu, bukan kita yang mampu mengukurnya, wallahu a'lam. Tapi suka untuk saya katakan, mentaliti menghukum manusia secara zahir itu adalah normal. Akan tetapi, saya totap menolak sekiranya ada pihak yang mengatakan saya taksub dengan golongan Hafiz. Wallahu a'lam.
Sebenarnya, saya betul-betul quote daripada kata-kata Ustaz Muhadir, tidak punya niat yang lebih dari itu.
Apa yang hendak saya gariskan disini, adalah iman. Manifestasi keimanan itu berhak diukur bergantung pada individu. Tapi hakikatnya, Allah yang lebih Maha Mengetahui.
Suka untuk saya ingatkan, memilih calon perlu atas dasar imannya. Ketaatannya kepada Allah dan segala perintah serta larangannya. Itu yang paling utama. Yang lain, datang selepas itu.
Percaya atau tidak, iman merupakan titik asas segalanya bermula. Persefahaman, tolak-ansur, melengkapi, semuanya perlu pada iman yang mapan. Dengan iman, manusia menjadi sebaek-baek manusia. Maka, saya kira, dalam bab memilih calon, aulakan IMAN sebagai garis panduan yang utama.
Saya kira ia terlalu subjektif. Bagaimana mahu menilai keimanan seseorang. Berdasarkan pakaiannya? Tutur bicaranya? Akhlaknya? Atau apa yang boleh menjadi kayu ukurnya?
Saya tidak punya jawapan, kalau ada jawapan sekalipun, saya lebih senang untuk mendiamkannya.
Secara amnya, nilailah keimanan seseorang berdasarkan semua aspek yang kita mampu nilai. Yang mana terzahir padanya, itulah yang kita nilai. Ingatlah, kita tidak mampu menghukum apa yang kita tidak Nampak. Apabila dinilai dari segala aspek yang kita Nampak, maka tawakkal pada Allah, moga-moga pilihan kita tidak salah. Jangan lupa juga sepanjang memilih, mintalah pada Allah dibukakan mata hati, bukan mata nafsu. Agar memandang dengan hati, bukan nafsu. Agar memandang kecantikan akhirat, bukan kecantikan dunia semata-mata.
Salahkah cantik dunia?
Tidak sama sekali tidak. Itulah bonus. Tapi jangan kerana kecantikan dunia itu mengaburi jalan menuju ke akhirat. Jangan letak dunia nombor satu. Kecantikan luaran tanpa iman yang mantop, tidak membawa kemana-mana. Kerana kecantikan itu tidak kekal, bila-bila boleh berubah.
Buat sahabat yang sedang giat memilih, menimbang tara calon-calon pendamping hidup, saya ucapkan selamat memilih. Dan saya pasti dasar memilih kalian adalah agamanya. Tidak semestinya Hafiz, tidak semestinya Ustaz. kadang-kadang orang yang Nampak biasa, juga punya iman yang luar biasa. Jangan menghukum pada kredibiliti semata-mata. Lihatlah dengan mata hati dan mohonlah petunjuk Ilahi.
Pastikan setiap langkah dalam urusan memilih, diiringi doa yang tiada henti. Kerana kecintaan kepada Allah sahaja yang mampu membawa kepada kecintaan Akhirat yang berpanjangan. Insya ALLAH.
Selamat mendapat sebaek-baek calon. Calon yang baek di mata orang lain belum tentu baek untuk kita. Maka, ukur baju dibadan sendiri. J
Semoga Allah merahmati kalian dan semua yang membaca.
Insya Allah, setiap orang pasti melalui saat-saat untuk memilih. Yang penting, bila tiba masanya, letaklah IMAN di hadapan. Insya Allah, kepuasannya ada dan bakal berpanjangan. Insya ALLAH.
Allahu Allah. Barakallahu alaik. J
Tinta anak muda,
Husnakamarudin.
No comments:
Post a Comment