♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 04, 2011

Umur bukan ukurannya.


Assalamualaikum.


Apabila kawan-kawan sekeliling sudah mula mendaftar mengundi, apabila kawan-kawan sekeliling mula mengedarkan kad kahwin, semuanya membuatkan saya merenung kembali masa lalu.

Sahabat di sekeliling sudah habis belajar, kalau tak habis pun, tinggal setahun lagi, tapi berbeza dengan saya yang baru hendak mula belajar.

Indah aturan Allah. Kadang-kadang saya cemburu dengan sahabat yang sedang praktikal di tahun akhir mereka, seronoknya. Padahal kita daripada batch yang sama.

mereka mahu menamatkan larian di universiti dan saya sedang mahu memulakannya. chaiyok Husna boleh!

Tak hairan dengan sahabat-sahabat yang mula mengedarkan kad kahwin atau menjemput menghadiri majlis pertunangan mereka. tak pelik, zaman sekarang orang kahwin awal-awal belaka dah.

Dan yang advance ada lagi, saya bakal menziarahi sahabat se'batch' yang sudah melahirkan anak sulungnya baru-baru ini.

Umur yang 'sama', batch yang sama, tapi belum tentu pencapaiannya serupa.

Lantas saya teringat pada pesan seorang kakanda,

"Tak kira lah after 21 years old, where are you.. yang penting, after 21years old, how much you get from this life."

saya akan terus tekun dan tsabat di jalan ini. =)
takkan menangis ditinggalkan mereka. 
kerana saya budak kecik berjiwa besar. =)


Saya terkesima. Kata-kata kakanda sewaktu saya meluahkan rasa 'cemburu' pada mereka. mana tidaknya, saya juga ingin cepat menjadi 'dewasa'.

Selepas 21 tahun, tak kisahlah dimana kita berada, di matrikulasi, atau di tahun pertama untuk degree, apa yang penting, selepas 21 tahun, apa yang kita dapat dalam hidup ini, pengalaman, amal ibadah,ilmu dan pelbagai lagi. terbaek!
umur bukan manifestasi kematangan. =)

Sesekali bila keluar bersama sahabat-sahabat satu sekolah, seronok melihat mereka bergaya gaya orang 'dewasa', tapi saya totap 'budak-budak' macam ni. Seronok lihat mereka shopping dengan duet sendiri, saya setiap kali nak keluar memberi 'tangan dibawah' kepada ibu ayah. Mintak duet.

Tapi mungkin kita terlupa, keberkatan umur itu tidak terletak pada pencapaian dunia semata-mata, tapi ukuran Allah yang sepatutnya menjadi keutamaan.

tahniah untuk diri sendiri dan rakan-rakan seangkatan. =)

Saya yakin, walaupun saya baru bertatih untuk masuk tahun pertama dalam degree saya, saya mesi buktikan, empat tahun lepas saya telah lakukan yang terbaek dan saya dapat 'sesuatu' dalam hidup ini. Ya, itu yang mesti saya buktikan.

2 tahun di matrikulasi UIA Petaling Jaya.
satu tahun setengah di Bumi Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru.

Empat tahun saya terlambat, lebih kurang. Setahun setengah di Darul Quran dan dua tahun di Matrikulasi. Wajib saya buktikan, umur yang saya 'habis'kan, tidak sia-sia. Malah ia mesti memberi manfaat pada ummah seluruhnya. Insya Allah.

Kepada sahabat-sahabat yang bakal membina rumah tangga, jangan risau, saya pasti hadir memenuhi undangan. J

Tahniah sahabat yang baru memaklumkan undangan perkahwinannya melalui YM semalam kepada saya. Semoga Allah memberi bahagia yang berterusan.

Yang penting, doakan saya juga ya. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

alia nasuha said...

21tahun...

erk,post ni cik puan tulis unt tahun depan ye? advance tol la cik puan ni.

ala kulli hal, saya doakan yg terbaik buat cik puan yang saya sayang. ngeh3

nurulhusna said...

senget

'Aishah Jauhara said...

masuk degree umur 20 cik husna, tidaklah tua namanya..umur yang biasa dan normal ;)

Anonymous said...

haha. ada orang kantoikan dia.

athirah anuar said...

una ingat best ke jadi dewasa? tak best pun sebenarnya.

kalu dah muda lagi tu, buat la macam muda lagi. enjoy enjoy.

Anonymous said...

aisyah jauhara- dy tulis post ni unt taun depan sebenaqnye. keh3

kak ju said...

nampaknya ada orang kesunyian disini..
dik,anything call lah. sedia mendengar everything..
awk tak pernah sorang2..

nurulhusna said...

aisyah- hehe =) tapi ada orang tu umur 20 dah masuk tahun 2. =)

athirah anuar- enjoy sampai mati pun tak puas. tamau lah asyik enjoy je.

kak ju- bukanlah sunyi.. ok2 aje. tengs kak. kem salam abang

'Aishah Jauhara said...

kamu ni.. =.=
cuba bandingkan dengan orang lain.. contohnya siraj bin yasman [harap2 dia tak baca komen ni], umur dia dah 24 (kan?), tapi bulan 9 ni baru nak masuk degree.. [ni salah satu contoh ye..heh~]

belajar tidak mengenal usia..[cewah]

kamu kira beruntung husna..dalam tempoh menuju program ijazah, kamu diberikan peluang oleh Allah untuk menghafaz kalamNya. tidak semua yang diberi rezeki begini.. ^^,

dan jika diizinkan Allah, ingat projek kita.. "butik pengantin" :)

nurulhusna said...

uhuk3. syukran Aisyah Jauhara kerana mengingatkan saya yang terlupa. =)

tetibe rasa kerdil jah... =(

Siraj bin Yasman, harap2 dia baca dan dia bangga. =)

ooooh, beres butik pengantin tuh... huuu...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.