♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 09, 2011

Mohon doanya *______*


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu

Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

kalian pengubat duka lara *____*

Senyumanmu sungguh bermakna bagiku... *___*

Ada orang kata, hidup dengan kenangan ni menyeksakan. Ooh, tidak. Kenangan itu satu memori yang pernah berlaku dalam hidup kita. Tak kiralah memori itu baek atau buruk, yang penting semua tu adalah lakaran hidup kita.
Dan kita kena ingat, tak pernah ada kesilapan dalam kenangan lalu, kerana mana mungkin perencanaan ALLAH itu silap sedangkan DIA itu Maha SEMPURNA. Masya ALLAH.
you all make my life bright with Allah's love and mercy. twink!

Buat Cokdi a.k.a Nurul Nadiah Hasan, saya tidak pasti masihkah ada ruang untuk kita bersama, tapi saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana sudi menerima dan melayan karenah saya selama ini. Walaupun mungkin saya banyak menyakitkan. J
kenangan Kalumpang, Kuala Kubu Bharu. Daerah Darul Quran dalam kenangan *___*

Buat Ateh a.k.a Wan Qurrotu Aini Wan Sanusi, terima kasih sebab jadi 'ateh' yang cukuuuup baik untuk saya yang tak berapa nak baek. Yang paling terharu, terima kasih temankan saya uzlah kat surau sorang-sorang waktu saya 'jatuh ditimpa tangga ujian dari Allah'… J TERIMA KASIH ATEH!
Buat kawan-kawan yang lain, yang pernah sekelas, se'meeting', dan sebagainya, saya sangat menghargai kalian.
Terima kasih kerana pernah mencorakkan sebahagian dari diari hidup saya. J
doa sahabat buat sahabatnya pasti makbul. Insya Allah.

Mohon doa sebenarnya dari kawan-kawan. Insya Allah, sedang menjalani beberapa 'ujian kecil' dalam kehidupan. Moga Allah bekalkan secebis kekuatan dan keteguhan iman.
jangan henti doa untuk kebaekan kita semua.

"Kita ni manusia, robot pun rosak, manusia pun sakit. Itu normal lah."
Semangat yang kuat, moga-moga hati juga kuat! J
Insya Allah. Syukran atas ingatan dan doanya JJJ

mohon doanya *~~~~~*


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.