♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 10, 2011

Syeikhuna Nuruddin *~~~*



Alhamdulillah. terubat hati, terubat jiwa, maka bersemadilah dengan tenang. J

Selepas Maghrib tadi, saya bersama Ibu menghantar adik Khalil Ridha ke sekolah tahfiznya di Repek. Sudah dimaklumkan awal oleh adik lelaki tunggal saya bahawa mala mini akan diadakan cemarah sempena Isra' dan Mikraj. Adik kata, penceramahnya Sheikh Nuruddin. Tapi saya tidak percaya.

Mana mungkin. Kalau kat KL bukan main susah nak jumpa Tuan Syeikh. Kami sanggup ber'musafir' ke Shah Alam untuk bertemu Syeikh. Menarik-menarik pula tu kisah pengembaraan sufi kami. J

Alhamdulillah.

Setibanya di perkarangan Masjid MTDQ Repek yang masih dalam pembinaan, saya terdengar suara penceramah. Kami tiba agak 'telat', tambah pula perjalanan dari rumah mengambil masa hamper setengah jam ke sana. Suara yang cukup dikenali. Gaya berceramah yang cukup disenangi. Ya, DIA bukan ORANG LAIN. Dia benar-benar Syeikhuna Nuruddin Al-Banjari. J

Terubat rasanya segala ridnu. Terutama rindu pada talaqi dan geng-gengnya juga. Setiap kali menatap wajah Syeikh, saya pasti teringat pada Al-Fadhil Ustaz Muhadir. Setiap kali bertemu Ustaz Muhadir, mesti dan pasti Ustaz 'mentioned' apa-apa saja berkenaan Syeikh. Maka, saya 'jatuh cinta' pada beliau.

Pertama kali jatuh cinta pada pandang pertama dengan Syeikh sewaktu di Masjid Wilayah. Masa tu saya masih di DQ. Seingatnya baru lepas khatam hafazan. Kami ikut semua program yang dianjurkan HEP. Akhirnya, 'kenakalan' itulah yang membawa saya mengenali Syeikh seawal usia 18 tahun. (kira awal lah tu J)

Masih segar diingatan saya dua tahun yang lalu, Syeikh syarah tentang Sarana Sedeqah. Dan saya ada membeli kitabnya. Ada lagi kitabnya di Seremban. Allahu Allah. Selepas pertemuan pertama, setelah mengenali beliau, makin kerap dipertemukan. Kalaupun tiak dipertemukan jasad, seringkali dipertemukan 'nama' dalam talaqi Ustaz Muhadir. Dipertemukan pesanan. Dipertemukan doa. Insya Allah, semuanya pasti ada barakah disisiNya.

Tadi saya dan Ibu akan 'jakun' disitu. Ramai muslimin. Tapi kami menempah juga tiket untuk menatap wajah Syeikh. Pada awalnya, berniat hanya mendengar dari dalam kereta. Lagipula, dalam kereta pun mampu dengar dengan jelas. Tambah pula, saya berpakaian santai,rasa kurang enak untuk keluar. Tapi desakan Ibu juga desakan iman untuk menatap wajah Syeikh, kami keluar dan memasuki Masjid yang sedikit lagi bakal siap dengan sempurna. Sinar wajahnya saja cukup menggembirakan hati, malah menenangkan jiwa. Benarlah kata Ustaz Muhadir, melihat orang 'Alim pasti menenangkan. Insya Allah. Allahu Allah. Teringat-ingat pula pada Ustaz Muhadir. Masya Allah…. J

Oh, apa yang menarik sepanjang mendengar ceramah tadi, pelbagai. Kisah Isra' Mikraj versi yang menarik. J Tak mampu saya coretkan semuanya disini, memandangkan saya pun tak membawa pen dan kertas sewaktu mendengar ceramah, maka tidak ada catitan. Sekadar yang ingat di ingatan. Insya Allah. Tapi tidak punya semangat untuk menulis. Dari tadi diserang sakit kepala, gara-gara memakan nasi goreng yang kaya dengan monosodium glutamate a.k.a ajinomoto. Pantang benar. Hari ini Ibu dan Ayah keluar. Saya pun malas memasak. Minta adik belikan nasi. Tapi sayang, memang rasa ajinomoto je. Tak paham den. Maka menderitalah sakit kepala. J

Sedikit yang saya mahu kongsikan, ada pelajar yang bertanya pada Syeikh berkenaan makam orang yang ikhlas, sabar dan redha. Antara tiga makam tersebut, makam yang manakah paling tinggi darjatnya? Jawpaan Syeikh, cukup menenangkan hati saya dan menarik jiwa saya. Makam yang paling tinggi adalah makam orang yang redha. Orang yang redha dengan ketentuan Tuhannya samada dalam kedaan yang baik mahupun yang sebaliknya. Keimanan kepada qada' dan qadar adalah rukun iman, perlu redha. Mesti redha. Wajib redha. Sesungguhnya Tuhan itu tidak memberi sesuatu yang 'buruk' pada hambaNya. Kalaupun itu buruk dari segi zahiriahnya, tetap ada kebaekannya yang tersembunyi.
Maka, mari kita sama-sama belajar untuk mendapatkan makam tertinggi disisiNya. Kalau kita gian berusaha untuk dapat 4.0 flat, kita juga perlu berlatih untuk mendapat makam tertinggi disisi Allah. Besar pengorbanan dan saya yakin tidak mudah menjadi orang yang redha. Tapi saya yakin, kita boleh melakukannya dengan iman yang mantop, insya Allah.



Ooh, 9 Julai 2011. Tarikh istimewa saya kira. J

Ala kulli hal, Alhamdulillah atas pembebasan tahanan-tahanan yang ditangkap sewaktu BERSIH 2.0. Terutama TG Presiden PAS, Abdul Hadi. Terkejut dengan penangkapan itu, saya kira, berani benar pihak kerajaan menangkap pemimpin besar pembangkang itu. Tapi Alhamdulillah, cepat dibebaskan.

Ala kulli hal, tahniah atas usaha besar yang dilakukan oleh NGO-NGO yang terlibat. Tidak mahu ulas panjang, Cuma satu minta saya, saya mahu Negara Islam yang benar-benar Islam. Selain itu, saya juga minta pihak kerajaan memberi PERHATIN pada TUNTUTAN BERSIH2.0. jangan terlalu obsess menahan peserta BERSIH, menembak gas pemedih mata, menyembur water canon sehingga terlupa 8TUNTUTAN yang diperjuangkan. Wallahu taala a'lam. J



Tak tahan sakit kepala. Sehingga bertemu kembali esok.Kalau nak tengok gambar lagi banyak-banyak banyak banyak, boleh klik sini, malas nak upload, (SINI)
  JK K

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.