♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 23, 2011

Mudahnya mencari yang SOLEHAH.



Mudahnya mencari isteri solehah!
"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi. Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.



"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi!"
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin. Dah terlajak lah ni."
"Oh begitu
. Biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah. Mesti solat
, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah, ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

'Abdullah Hanzalah =)

UKUR TAQWA
"Tu yang lahiriah.
Yang paling penting bertaqwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur taqwa tu?" tanya saya.
"Tu yang pening. Takwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat,
saya nak jugak isteri solehah, isteri yang bertaqwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.

ADA CARA LAIN

"Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"

"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh. Cuba cari ciri-ciri suami soleh. Bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati. Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita, susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi, jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."

LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa, lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu. Tu yang kita silap. Bukankah Allah (SWT) dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah (SWT)."

TERLALU IDEAL
"Habis tu, saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?"
"
Tak begitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok juga tu! Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi
, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu 'on going process' (dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu.
Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri.
Jangan ambil mudah soal iman & taqwa diri sendiri. Letakkan piawai tinggi untuk diri sendiri. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit, nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita."
"Oh saya faham"
"Bagus tu.
Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya, untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah, saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin,
tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Ya Allah (SWT), rezekikanlah aku dengan cintamu, dengan orang yang mencintaimu, dengan cinta yang boleh mendekatkan aku dengan cintamu"

dengan cinta pada Allah, bawaku dengan cintamu menuju Ilahi yang Abadi. Insya Allah. 


Selama ini kita selalu berbicara sebagai seorang muslimat bagaimana nak mencari yang soleh. Mungkin kita terlupa, lelaki juga, tahap 'demand'nya agak tinggi. Maka, bukan sebagai motivasi melemahkan semangat muslimin, tapi sekadar memberi suntikan semangat untuk muslimin agar lebih aktif dalam pembinaan fardh muslim yang unggul.

Kerap kali saya terdengar luahan sahabat se'batch', "Muslimin kita ni masalah lah. Ego tak bertempat." Dan sebagainya. Kadang-kadang saya juga antara orang yang menyumbang kepada komen-komen begitu. Tapi saya yakin, saya perlu lebih optimis. Makna kata, tidak memandang serong terhadap mereka. saya kira, ia sesuatu yang boleh dibina, tidak static.

Kadang-kadang saya ditanya pendapat tentang golongan muslimin yang sudah mula mencari dan mendekati wanita-wanita solehah, sedangkan aspek pembinaan fardh muslim masih belum complete untuk meluluskan muslimin melangkah ke tapak seterusnya.

Tapi, sekali lagi saya optimis, ia bukan satu urusan yang boleh diukur dengan mata kasar. Maka, silap sekiranya kita mengatakan muslimin kita begitu dan begini.

Malah, lebih teruk, ada yang menyuarakan, "Kalau nak cari pasangan, tak mahu muslimin kita. Nak cari muslimin lain."

Soal ini saya tidak mahu banyak bicara. Mungkin setiap orang punya persepsi tersendiri. Cuma nasihat saya, jangan jadi terlalu menghukum sehingga kita menjadi seorang yang pesimis.

Maka, muslimin sekalian, tidak mahu menjatuhkan, apalagi menghina, tapi sebaliknya mahu momentum yang lebih hebat dari kalian. Malah, yakinlah, masih ada golongan yang OPTIMIS dengan kalian semua.

Muslimin ada caranya, muslimat juga punya caranya tersendiri.

Apapun caranya, matlamat kita sama, menuju pembinaan fardhul muslim yang UNGGUL. Insya Allah.

Mohon tidak disalah ertikan penulisan ini dan tidak dipanjang-panjangkan. Cukup sekadar renungan yang membaca. Tidak bertujuan untuk mencetuskan kontroversi mahupun provokasi murahan.

Kita masing-masing matang dalam membuat PENILAIAN dengan MATA HATI.

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.