♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 14, 2011

Muhasabah: Cuti yang sudah sebulan..


Alhamdulillah. Rasa tak lengkap kalau tulis entry tanpa mengucap syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah 'ala kulli hal wa nikmah. J

Kali ini tidak banyak mahu berkongsi, sekadar sesi muhasabah diri.

Sekarang dah masuk bulan kedua, kita bercuti. Tinggal lagi lebih kurang sebulan lebih. Maknanya, dah sebulan total kita bercuti.

Renungkan sebulan yang berlalu (Jun 2011), bagaimana kita menghabiskan sisa-sisa cuti?

Apa peningkatan yang telah kita capai pada diri?

Sekurang-kurangnya, apa kebaekan yang telah kita lakukan? Ihsan atau amal jariah lah kalau dalam bahasa yang dipermudahkan.

Kalau seorang ibu yang baru melahirkan anak, apabila anaknya berumur sehari, sehinggalah anaknya berumur sebulan, tentu ada perubahan yang berlaku kepada anaknya. Tak adalah sampai tumbuh gigi atau boleh berjalan budak tu, tapi paling tidak pun boleh senyum. Kira perkembanganlah tu.

Kemudian, diri kita pula macam mana? Jangan pula kita jadi manusia yang tidak bersyukur dengan mensia-siakan cuti yang panjang lebar ini. Panjang. Saya kira, sepanjang hidup saya, inilah cuti yang paling panjang pernah saya rasai. Kalau dulu, paling lama pun sebulan. Kalau sebulan, lepak rumah kakak seminggu, lepak rumah abang seminggu, dan lagi dua minggu balik ke hometown. J

Saya kira, (saya ni asyik mengira je kan.) cuti kali ini sangat bermakna sekiranya kita pandai memanfaatkannya. Yelah, lepas ni Ramadhan pulak menjelma. Banyak peluang dan ruang untuk berubah diri kearah yang lebih baek. Masa yang bersisa, boleh counter sejarah-sejarah Islam, Sirah-sirah Nabi dan isu semasa yang tak terjawab apabila disoal. Malu pula rasanya, namanya pejuang agama, tapi sejarah tentang perang Ahzab pun tak tahu! Malu kat budak darjah tiga. Waktu saya mengajar depa, ada cerita tentang Perang Ahzab ni, walaupun tak detail, tapi at least, kita tahu, apa itu pokok pangkalnya PERANG AHZAB. Wah. Seronok condemn diri sendiri. J Yelah, kat rumah mana ada orang nak condemn. Lagi satu, jangan nak harap orang asyik condemn je, orang pun tak larat nak condemn kita, pepandailah kita muhasabah diri sendiri dan mengambil langkah bijak untuk berubah kearah yang lebih berkualiti.

Pencapaian saya? Tidak banyak. Tapi cukup untuk diri sendiri muhasabah. Subhanallahil 'Azim. J

Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat,

"Kat rumah ni dah banyak rehat, harap-harap bila dah 'bekerja' nanti, tak banyak bunyi. Kalau di lapangan nanti pun nak rehat juga, mati kutu nak kata apa." 
Ishk, desperate benar. Saya faham. Mungkin beliau mengharapkan momentum yang hebat daripada golongan-golongan penganggur muda ini. J

Ada juga sahabat yang berkobar-kobar semangatnya,

"Tak sabarnya nak masuk Kuantan. Nak build new connection. Nak berkhidmat!" Wah teruja saya mendengarnya. Semangat benar. 
Okies, sekadar muhasabah bersama. Renung-renungkan sejenak. Kalau rasa cuti ini memang bermakna bagi anda, sehingga anda merasakan tak mahu cuti ini berakhir, tahniah, anda memang Berjaya mengisi masa dengan baek. Harap-harap isi masapun dengan perkara yang baek juga. J

Kalau masih ada yang tidur pukul 2 pagi, kemudian sambung tidur lepas subuh hingga 11 pagi. Itu memang tak boleh dimaafkan. J

Sepanjang berada di rumah, tidak ada komitmen lain, usahakan untuk tidur lebih awal. Lainlah kalau ada kepentingan. Contoh, tidur 2pagi pun sekurangnya dapat ulang 2juzuk. Itu takpe, dialu-alukan. Tapi kalau tidur 2 pagi, dihabiskan dengan tonton movie korea, atau online, erk. Tatau nak kata apa. Usahakan tidur awal, supaya dapat bangun awal, dan dapat manfaatkan hari-hari yang dilalui.

Pengalaman, kalau kita bangun tidur pukul 11pagi, nak buat apa pun tak ada semangat. Tak gitu? J

Terpulang pada setiap individu untuk mengatur jadual masing-masing, apa yang penting, dimanfaatkan masa cuti sebaeknya. Insya Allah.

Doakan juga semoga semua orang istiqamah dalam kebaekan. Semoga Allah membahagiakan kita dalam amal ibadah berpanjangan. J

Maha Suci Allah yang melindungi zat ini dari godaan syaitan. Ameen. J





Rasanya, dah lebih sebulan, batuk-batuk ini tidak mahu berhenti. Sejak majlis perkahwinan Kakak pada 4 Jun lagi,rasanya. Masya Allah. Dugaan sungguh. Pernah mengikuti beberapa program dalam keadaan batuk-batuk begini, sapa yang pernah bersama, pasti familiar dengan bunyi batuk sewaktu program. J

Sahabat juga ada menjemput ke Kedah, menyertai KoKUM (Kolokium Ulama Muda Kebangsaan) di KUIN Kedah. Masih dalam permohonan mendapat keizinan dari ibu ayah. Moga-moga diluluskan permohonan. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

Anonymous said...

mak ayah bagi pergi kedah tak? ;)

nurulhusna said...

ooh, tatau lagi. in progress. kenapa?

Anonymous said...

just asking. kalau tak boleh jumpa disana ramai-ramai.

nurulhusna said...

oh, ramai2?

ooww, insya allah klo dapat p alhamdulillah.

sape eh ni?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sahabat seaqidah ;)

sufygirl said...

slm, dik..

akak pun sedang berkira2 (mengira jugak, huhu) untuk pergi. dilema lagi ni, haih~

owh, batuk belum hilang?
ambil kayu manis, rendam sekejap, better semalaman. baca ayat kursi, selawat, qul huwallah. yakin & tawakkal, insyaallah hilang batuk & sakit tekak tu.

mak buatkan. alhamdulillah dah tak batuk. :)

nurulhusna said...

Wah. Ye ke? =) Macam best je idea akak tu. Rendam dalam air biasa je la eh? Memang mencari2 ubat unt sembuh, tak larat nak batuk.. tak bermakna tak redha ujian tuhan kan? ehehe =)

Akak pegi dengan sape kedah? =)

sufygirl said...

1st time try, mula2 kakak buat, jadi.
lepas tu mak pun buat, sebab adik pun batuk jugak. alhamdulillah kejap je dah hilang.
guna air masak je.

kedah tu, tak tau lagi. tapi kalau jadi pergi, sorang je. :)

nurulhusna said...

=)

Insya allah, malam ni nak rendam kayu manis tu.. syukran atas petuanya ye kak. =)

ish, kalo pergi sorang, penginapan macamana? susahtu.. bole cari kawan nanti. =) ehehe

kesempurnaan said...

quran macam mana cik kak?

mesti dah berjuzuk2 nih..
jeles weyh dengan orang kuat mujahadah nih. hihi

nurulhusna said...

Quran?

expected quest. =)

dah khatam dah, alhamdulillah.


tapi khatam bace lah. khatam hafal lagi sekali tu, belum berjaya lagi, masya allah......

takde mujahadahnye, sedang muaqabah adalah.. =)

kesempurnaan said...

expected answer. ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.